26 March 2011

Dua tapi Kosong?

Tekapkan headphone ke telinga. peluk kemas kepala. diam. wilayah Iskandariah aku tarah sedikit sahaja semalam. melihat birunya laut di Cleopatra buat aku hanyut jauh. seolah mahu buang keluarga,buang syurga,buang semua..gila? sedikit. betapa aku mahu bebas. mahu jiwa serakah ni suci dibilas dalam ombak yang hempas-hempas ke pantai batu. aku takkan bosan dibilas begitu. cuma bilasannya air kahak dosa manusia. tumpahan minyak,racun toksik segala.

duduk atas muka bumi, mana ada aliran dari sungai syurga. aku tak pandai cari. kalau masuk sistem jualan berasaskan halalon toyyibban, pakaikan aku jubah hitam dan kelabuhan menutup dada bugar mampu aku dapatkan aliran air syurga, silakanlah. silakan selubung aku dengan semua itu.

bukan alexiaaqram tapi Alexandria.

hey masa, kau takkan pernah cukup buat aku manusia yang suka buat perkara sia-sia.
hey dunia, lafaz syahadah aku tiap masa semakin berkurangan, aku lagha..makin lagha dalam dakapan manusia yang lain. sehingga ya, aku mahu pilih dunia yang lain.
seolah aku ini Paulo Paulini yang menyiram haruman penunduk ke seluruh badan lalu lenyap atas muka bumi Paris dan tanah itu bergelar tanah cinta. aku punah binasa dirobek manusia dahaga cinta. pada aku,pada mereka,aku tak ada nilai apa.
dinner doplohtaon. dajajun kentaki.

selamat hari lahir kekasih. paling lama aku bermujahadah dalam semua ini adalah aku,diri aku sendiri.aku tak suka berlama-lama dengan manusia yang lain,sering rasa mereka tiada attach jiwa dengan aku,tiada rasa apa aku rasa,tiada sejiwa. malah aku jauh dengan rahim yang lahirkan aku ke muka bumi. juga jauh dari pelukan lelaki yang membenihkan rahim itu. kali terakhir sempat aku kucup bibir-bibir tua itu. mahu gegas sumbat dalam belon terbang lalu tinggal terbuang di tanah label anbiya'. kusutnya aku ini kerna tiada syukur. kusutnya aku ini kerna tiada syukur. dua kali pengingatan buat manusia yang lain.

comolot buat kamu,diri. jika selalunya aku ditanya apa azam permulaan hidup yang baharu? kosong fikiran aku semalam, kerna bagi aku setiap hari adalah hari aku.hari aku sentiasa mulakan syahadah baharu dengan tuhan. blog ini hidupnya sudah makan masa setahun. dan dalam setahun itu aku dirangkul kemas dalam dakapan ramai lelaki *ayattablahbhai*. yang talinya sebagai darah, saudara, kekasih dan teman-teman sepermainan. dalam masa setahun itu tangan-tangan aku berhayunan dengan teman-teman perempuan, yang selalu ada buat aku hela nafas kusut aku. trimas buat semua selalu buat aku lena panjang.

Dalam doa berserta syahadah, aku pautkan nama family, nama rakan dan tak pernah lupa Ashraf Mazlan (syukur,aku peroleh dia setelah cakap-cakap dengan Ya Rahman). giliran dia pula bersemadi dalam doa aku untuk hari ini dan hari-hari mendatang.



So take care what you ask of me,
'cause I can't say no.