21.3.11

Diana

Kembali fasal hal ehwal aku di tanah Misr.


Menjadi Diana bukannya mudah. Kau kena pandai berbahasa basi arab sikit-sikit. Dan pandai, ehem, kenyit mata sama pak arab supaya jangan overdose sangat. Pak arab sini ada ramai yang gentleman. Jarang aku kena berdiri lama dalam tremco, mesti ada pak arab yang sudi sediakan tempat duduk. bukan di atas peha ye, tapi di tempat duduk.

DIANA. terpacul nama tu dari bibir aku, tiap kali lelaki arab tanya " isme eih?", apa nama? 
mana tak terpacul. jaman tadika dulu cita-cita aku nak jadik macam Puteri Diana, sekarang lah masanya nak jadi 'Diana' betei... tapi, tidaklah pula aku bercita-cita besar untuk akhiri hidup seperti mendiang, untuk menghembus nafas terakhir di pangkuan lelaki arob kayak Dodi Al Fayed. ada ke Dodi Al Fayed untuk aku dalam life cycle yang ini? mush mungkin~  

Jatuh cinta dengan gambar mendiang pakai selendang sewaktu melawat di masjid. sekarang pemakaian selendang tanpa pin mendiang diikuti ramai so-called-muslimah. tahniah! harharharrrr

tiap kali aku singgah kedai Salsa depan gamaah mesti Muhamed (attenden kedai) jerit "DIANA!" dia punya sebutan D tu masyaallah..dalam sungguh! aku pon dah terbiasa, aku paling dan lempar senyuman. Muhamed je yang rajin panggil aku DIANA. lekat dalam kepala otak dia walau sebulan lebeh tak jumpa. member2, pakwe lama pakwe baru, ada ingat nama kau walau lepas brapa minggu tak jumpe? hado? hado? hahhahahah

satu pujian keras, kaum arob kat sini, memang kuat gilo ingatan. tahap tetra! sebagai contoh, kerani gamaah aku tak perlukan KOMPUTER untuk memorize nama aku skali dengan nama arwah atok aku. Dia hanya perlu dengar pangkal nama seperti contoh Amir dan kemudian dia akan sambung, "Amir Syahir bin Yaakob niin -tolong-jangan-emo-emo " hihihihihhiiihihihiihii... Contoh...

and yeah begitu jugaklah sipat askar dua tiga orang yang jaga depan pintu pagar gamaah. kena flash student card or they called "kernih". as for me, tak perlu, sebab aku DIANA, perempuan melayu yang sering diingat lelaki arob. lelaki melayu? mereka hanya tahu FiqVertigo. 

tunggulah akad nikah, barulah nama penuh disebut sekali nafas, kan? senyum.