14.3.11

Bukan Malam Jumaat

1130am
melihat kondisi gerabak lrt yang belum berapa penuh, aku masuk lambat. tapak kaki kanan langkah masuk perot gerabak. pintu otomatik tutup. lambat aku labuhkan buntut. lambat keluarkan "The Boys of My Youth". selak. lagu di mp3 sudah bergendang NIN - Everyday Is Exactly The Same. lambat otak mencerna. next page. next page. part ciom, tenung dalam. bosan. next page. next page.

kerusi hadapan kosong. "zon keutamaan" dan gambar orang tua, ibu dan anak dan orang kurang upaya terpampang. aku kerlih gambar orang perot buncit ke depan tu banyak kali. aku tunduk melihat perot. aku renung cermin hadapan ada Menara Berkembar dan Menara Kuala Lumpur sepintas lalu. tangan automatik menggosok perut. sekali. dua kali.

gerabak lrt berhenti di salah satu berbelas perhentian laluan Kelana Jaya. pintu bukak. pintu tutup. aku tutup kuap mulut. huarghhhh....

semalam bukan malam jumaat. tetapi, tetap mengantuk jugak.! Aiseh...