08 March 2011

Bapak

Bapak dan anaknya keluar ke kedai mamak. Sudah berbelas tahun habit mereka berdua begitu. Cuma kadang-kadang ada family. Tapi kali ni cuma anak perempuannya yang sudah gede, dewasa menemani  bapaknya sahaja. Bapak orang tua, perut malamnya meragam mahu makanan walaupon sudah dua pinggan menambah makan malam tadi. Anak perempuannya itu anak yang sulung. Anak yang paling bebal tak mampu nak tahan emosi, paling lurus, pon paling genius. Jiwanya sangat-sangat peka lagi sensitif. Anak perempuannya lahir pada bulan ramadhan, memang memahami dan mudah dalam segala hal. Tak banyak karenah.

Anak perempuannya itu baharu sahaja pulang dari cuti kolej yang singkat, untung ada cuti kalau tidak mahu makan masa setahun tak berjumpa. Esok atau lusa atau tulat, dia perlu kembali. Jadi dia pikir, dia harus luangkan sebanyak mana mungkin waktu yang ada untuk sang bapak tercinta. Bapaknya itulah satu-satunya lelaki di hati, selain daripada lelaki yang satu lagi, yang sedang dia ber-sms kini. Telefon bimbit kadang-kadang tak lepas dari genggaman anak perempuan itu. Tapi kadang-kadang terlepas, atau hilang di celah sofa. Tangannya penuh dengan segala pekerjaan di rumah. Dia anak perempuan sulung, sudah termaktub dalam kitab undang-undang keluarga dia adalah pengurus rumah itu sehinggalah dia berkahwin kelak dan berpindah. Sudah punya rumah sendiri baharulah dia akan naik pangkat, jadi mam besar, seperti ibunya kini di rumah-sementelah ibunya bekerja pula,hal-hal di rumah jatuh dipundaknya serba sedikit.

Hal si bapak, semakin lama semakin remaja. Umur menjengah separuh abad tapi gaya masyaAllah, kayak orang remaja tangan tak renggang dari telefon bimbit. Urusan pejabatlah, urusan pengajian lah. Macam-macam lah! Gaya orang gede, orang besar.

Patah semula ke scen pertama waktu makan di mamak’s. si bapak sibuk ber-sms dengan entahsapesapentah. Anak perempuan itu menjengah muka bapak, yang kusyuk melihat ke bawah tanpa sedar bahawa tosei yang dipesan sudah terhidang bawah hidung betul-betul. Si anak perempuan sudah mula pelik. Sedangkan aku hold bermesejan inikan pula bapak. Urusan apa di pagi buta ni bapak? Si anak perempuan berdehem sekali dua. Si bapak control. Muka dihadap ke depan. Tangan diselup ke dalam poket, simpan telefon bimbit. Kedua belah tangan ditadah,baca doa. Mereka mulai makan dengan tenang. Sesekali lutut mereka bersentuhan *kedudukan kerusi adalah sebelah menyebelah,si anak perempuan suka duduk bersila di atas kerusi besi pula* pantas si bapak, menjauhkan lutut beliau. Si anak perempuan mulai pelik. berasa hati. Mungkin bapak sudah tak suka laga lutut macam dulu, mungkin sudah lama tak laga lutut dengan bapak. Pujuk hati.
Usai makan bapak pergi basuh tangan,disusuli pula si anak. Bergilir. Duduk sahaja si anak sambil mengelap tangan pakai tisu yang diberi anney, kelihatan si bapak kembali sambung ber-sms.

“Bapak sms dengan siapa tu?” soal anak perempuannya. Berani-berani. Matanya merenung tepat ke anak mata si bapak.

Hanya pandangan sejuk, dingin. Tiada jawapan. Tiada sedikit pon suara yang keluar. Balasan mata bapak itu seperti clueless, wajah pon tak beriak. You don’t have to bother.

Ironi. Dulu semasa anak perempuannya remaja,kalau ber-sms sewaktu makan,atau sekalipon bersama family, si bapak mesti Tanya “Mesej dengan siapa?”. Se-rebel rebel anak remaja mesti akan jawab, kawan je, bapak.. sekarang? Bila dewasa menyoal dewasa, tiada jawapan yang mampu diberikan. hanya bahasa badan. sadis! Masalah orang dewasa, mungkin bapak ada betina.

‘Ibu, bapak ada betina lainkah?’ Soal hanya dalam hati. 

Sampai sahaja di rumah,
kedeganggggg!!
scene hempas pintu kembali beraksi. 
si anak perempuan menepuk hati lalu bertanya ; "hey dewasa, mahu rebel lagikah?" haha

dalam diam nyanyian Rahmat turut bergendang di telinga..
"Siapa Sejambak Mawar Merah
Harum Di Kamar Hatimu
Hingga Diriku Disingkirkan"