2.3.11

Aku dan Gadis-Gadis Purdah


Dalam ramai-ramai mereka, ya, aku terselit. Hanya selendang biru sering dipakai, t-lengan panjang supa XXL besarnya *jarang aku sauk ini, tapi akhirnya aku sauk juak*, jeans lusuh romp yang dibeli 3tahun lepas dan bagpack isi serba sedikit keperluan untuk dua hari satu malam di kem bina semangat. Bak kata, nak balik Misr kenalah brainwash dulu bhai~! Err..brainwash supaya bila aku pulang karang karang karang nunn..aku balik bekerja jadi buruh untuk rakyat Selangor, sebabnya hutang budi lah nak balik Misr ni pakai duit zakat makbapak korang korang orang Selangor.. Jangan larik buat housemenship di Sarawak walaupon bayaran housemen sekarang RM7000 kalau berkhidmat di Sarawak, lebih tinggi dari bayaran di semenanjung. *telan air liur*

Kena2 pulak aku tak tahu yang kem ni banyak aktiviti indoor *aku hanya tahu perlu tahu kena daftar kem ni pada hari kem tersebut bermula, tengah hari plok tu,haruuuuu*. bila tanya pegawai yang in charge, dia jawab aku cuma perlu pack T dan track suit sebabnya, nak main air. alahaii..~~ ingat aku ni budak skola teruja bila dengar perkataan terjun air? aku dapat info yang tak cukup. bila tanya tentatif pon sorang pon tak nyahut! dem.. salah aku lettuww..tak cakna lebeh!

Balik pada topik aku dan gadis-gadis bertudung labuh dan berpurdah.
sebenarnya sungguh appearance aku ini peliklah, kau bayangkan semuanya bertudung labuh hingga ke pinggang, berjubah pulak tu....., berlainan sekali dengan aku. ini semacam bukan rare.ini dah off. dah out of topic. kalau aku pakai kurung, boleh diterima otak lagi. sampai mak kata

"semua pakai baju kurung, pakai jubah, malulah mak, kakak!". perghh...makan pleura aku dibuatnya! ketap bibir semedanga ku jawab, "kenapa kena jadi orang lain,mak?" selamber badak aku berlalu pergi. kang bertakung airmata mak aku, ado ko nak jawab.? baik aku blah siang siang. hailaa..aku je pon yang ada kat tempat tu,aku je pon yang akan jadi loneranger. aiseeh..chill la! last last aku lambai mak dengan penuh semangat dan hampir hampir orang bertudung labuh takkan buat depan orang. aku yell "Bye mak..! kakak tak ada, honeymoon puas puas dengan babah tau!" okeh..perangai ada macam syalll, sikit!

Dalam fokus aku mendengar ceramah motivasi, aku tak boleh lari nak tanya kepada setiap mata gadis itu

"kenapa tengok aku dengan mata sinis, sekali dengan reyot mulut tu??"

alah kamonlah.. sapa tak paham body gesture bila seseorang tu pandang jijik pada kau? kahkahkah

aku terima dengan redha. gadis-gadis ini juga manusia. mungkin sebilangan mereka belom pernah beramas mesra dengan perempuan kayak aku. aku PEREMPUAN. note itu @akuskizo.

tidaklah.. aku tidak pula mengambil sikap judgemental di sini. bukan juga berfikiran negatif. serius cakap, aku serap sebanyak mungkin aura positif yang berbintang di kepala aku sepanjang  and briefing dari petang hingga ke malam hari itu. aku pandang ke depan, dan senyum nipis bila bertentang mata dengan mana2 peserta *dgn ustaz tu idaklah teman menengoknyee..*. nyata mereka masih kekok untuk berada sekitar aku. mereka lebih selesa berpasang-pasangan. normal lah..kalau anak enggang pon mana nak berkawan dengan pipit? mana monyet nak berkawan dengan buaya kerana takut buaya mintak hatinya pula??

aku terfikir. kalau aku berpakaian kurung *padahal memang aku terdetik nak pakai pon,tapi tak trust intuisi aku ni -.-' * mungkin, aku juga tenggelam dalam mereka-mereka. mungkin, tiada apa yang mampu membezakan aku secara zahirnya. bertudung, berbaju kurung, ayu dan sopan.

tak pula aku ambil sikap nak jadi rare, sebab rare itu sudah jadi lunyai, jadi muntah kalau semua praktikkan. aku sedar. aku tengok keliling.

"Kenapa Allah pilih aku dalam ramai-ramai orang? berpakaian begini, dan tercampak dalam kelompok ini?"

ada hikmah. tapi hati ni......keras! aku bilang pada diri, ini aku. inilah aku. sebabnya satu, aku selesa menjadi aku.! berpakaian, bergerak semuanya ikut rasa aku. tetap berlembut kata, bertegur sapa dengan orang yang cuba menidakkan aku, inilah aku! tak mudah tunduk, inilah aku! ignorant, errr, mungkinkah juga aku?
dalam dua hari satu malam, aku struggle juggling siapakah aku. dan jawapannya aku kira, aku peroleh pada hari yang kedua.

pada hari kedua, pemikiran aku seolah dibogel terus. aku muntahkan semua idea apabila penceramah2 Mantop Training & Consultancy tanya aku pasal dua benda; refleksi aku tentang AMANAH dan VISI pelajar ke Mesir. tentang bobroknya dan sempitnya pemikiran apabila mereka hanya memandang dan siapkan plan 'apa nak buat bila dah abeh belajar nanti?' sahaja.

i was like, dehel, why wait for the next 4 to 6 years bila u dah jejak Malaysia? masa tu statistik kes buang bayi mungkin mencanak tinggi lebih tinggi dari  Menara 100tingkat yang-akan-dibina-bila-Mahathir-mati nanti. dan juga mungkin masa tu berlambak cerita bomoh pawang dalam filem filem melayu! kamonlah..kita kena terima, seni itu jiwa. kalau bukan kita yang pegang berusnya, hasil lukisan apa yang akan tercorak di kanvas putih? kalau kita pegang seni, maka kita pegang jiwa anak muda kita! jadi bila nak start? SEKARANGLAH!

jarak dan beza waktu tak akan memustahilkan kita berbakti kepada negara. yes, aku tak nafikan, kami berada di sana untuk bawak balik segulung gulungan kertas mengatakan "YA, ANDA ADALAH GRADUAN" hakikatnya kertas itulah tiket untuk kami untuk contribute kepada masyarakat dengan label 'KAMI PRO, KAMI SOMEBODY'. bullshit ini semua! kalau kau nak mengambil sikap pentingkan diri, igrnorancy dan tak cakna pada rakyat, u go ahead, anda bebas, anda tak perlukan tiket ini. tapi masyarakat sekarang memilih bulu...orang kutip pinggan, jaga, orang sapu sampah kau pandang hina! kau kata mereka tak layak! hey, mereka ada hak mengundi juga tauu! jadi aku-nak-tak-nak kena rebut tiket ini, supaya aku 'layak' menyentuh rakyat..menyentuh isu masyarakat. hanya kerana aku somebody. putuiihh!

aku dengan alter ego lebih rapat daripada aku dengan qarin aku.

"Besar sungguh jiwa Fiq ni, seperti ahli politik!" nahh.. ni ustaz fauzan yang kata, bukan aku. aku bukan melontar idea untuk orang judge aku atau letakkan aku dalam kelompok mana2. kau akan fahamlah kalau kau ditempatkan dalam kelompok yang aku jejak tu. kelompok suci, tapi urgh..mereka dalam dunia 'ketenangan & kemakmuran* mereka..mereka tak jejak tanah selut macam kaki aku jejak. geleng kepala.

aku bukan jenis brag pon, yelah kalau jenis brag pon, memang itu ada dalam trait dna aku. ahahhaha so apa yang aku nak kata, aku puas. satisfaction bilamana idea2 kita di dengar orang bak kata Ashraf Mazlan. lebih2 plak secara verbal di mana tika itu seluruh emosi dan inteletual kau bersatu. mahu tak berpeluh aku lepas bercakap tu..lama tak pegang mic kot...

nak usai majlis, baharulah aku terima pelukan dan salam mesra, melekap pula ciuman semut kat pipi aku nih! ya rabb.. sungguhlah..kena tunjuk belang jugak bila tinggal dalam kelompok manusia sekarang. kena tunjuk bahawa kita made up of metal. solid dan mampan! kena tunjuk kita ada buah fikiran yang dinamik! semua benda kena tunjuk! kena jaja! kena lontarkan suara, kalau tak, orang tak nampak, orang tak appreciate kita! sadis...

untuk pengetahuan, aku bukan tak biasa dengan mereka. jauh sekali elergik. malah aku cintakan sahabat sahabiah aku yang begini. karektor dan protein mereka berlaianan. tak..cumanya aku nak bagitahu, bila manusia ni berada dalam kelompok selesa mereka, mereka tend to see other people as strangers, as alien. macam darah O la kot? hahahhaa.. meng-alien-kan manusia yang lain. istighfar sikit kawan-kawan.. kita bukan hidup lama nak label label kan orang ni...

ini bukan salah gadis purdah atau tudung labuh, aku hanya pinjam ayat buat tajuk.kerana pengalaman berharga ni aku kutip sewaktu aku bersama mereka. ada rasa terkilan yang aku try ubatkan. aku terkilan tau.