26.3.11

1.

Aku luah semua.
Aku bercerita tentang fahim dan siti.
sketsa ini perlu berhenti. siti kata henti,hentilah!
kisah kita-kita tak pernah pon bermula.

hati fahim perlu diubat.
nanti parah, biar nani [mungkin yang itu,atau yang lain] sapu ubatnya.
siti tak mampu.
siti sudah berpunya.
tangan siti sedang terikat.
"biarkan terus diikat." siti tegas, tiada rundingan. siti sedar, siti perlu cekal hatinya sendiri.
siti bukan jenis seperti kasihnya dahulu. botnya terumbang ambing hingga parah siti dikerjakan.
siti mahu cekal dengan pendirian yang baharu.

malam ini. aku dengar. ada hati yang tercarik.
dalam tiga hati.
tiga-tiganya parah.
doa siti, janganlah jangan hati si dia parah.
siti mahu tidur si dia kekal berulit indah.
tapi harus jagakan si dia dari mimpi, kerana ada fahim, yang siti gusarkan.
maafkan aku, si jejaka.

kepayahan ini bakal tertamatkan.
terpaksa ditamatkan.