4.2.11

Suku kaki sampai ke Malaysia.

lokasi : Dewan Malaysia Abbasiyah Cairo
jam : tengah malam 3 feb 2011

pada mulanya memang aku cadang nak redah Cairo sekiranya masih tiada apa2 tindakan yang oleh embassy untuk dak2 Zagazig. biasalah..darah muda tengah cuak lak tu sebab banyak kali kol duta, duta kata tak tahu. blur.. tup2 dapat kol pagi buta tadi untuk bkemas and ada pegawai dan bas datang nak hangkot semua dak2 zagazig. aku pikir kalau aku gerak sendrian berhad,hehehe,kebarangkalian untuk diaqiqah tu amatlah besar ye kawan2..jadi aku sauk je peluang depan mata. senang.

berlaku salah fakta atau auta tadi tengah hari. tahu2 kesemua isi pelajar bumi Zagazig dihangkot dengan 8buah bas dan 2shuttle menuju ke Cairo. plan ke Alexandria untuk evakuasi dibatalkan last minit.

Inilah perjalanan paling lama dan paling mencemaskan sepanjang aku ulang alik ke Cairo. usually it only takes bout max 1hour and half. jarak macam dari KL ke Seremban la kot? tapi perjalanan kali ni ambil masa dari kul 4 pm hingga 8pm.kira lah berapa jam tu. sebabnya, hampir 20 check point askar yang perlu kami tempuhi sebermula keluar dari sempadan Zagazig hinggalah ke Cairo. setiap check point tu macam2 ragam kami hadap. dengan askarnya yang perangai cam haram men bukak case peluru,tunjukkan pada kami, pasang balik case and then acukan senapang tepat kat muka. macam haram..arab memang men gurau kasar..
"Sebok main senapang..Dia ni kalau tak jadi askar, mesti jadi flasher!" ujar Esah. dalam senyap dia ada marah. berapi je telinga dia keluar asap! fuhh!

berpuluh tank kebal aku nampak along the way and yeah, Cairo yang biasanya padat dengan penduduk kota raya, jam selalu atas jalan kini lengang. kosong! magis sungguh! ajaib... sampah2 tepi jalan tade.semua bersih kilat! fuhh..hebat penangan curfew dan revo kali ini. banyak tank tutup jalan2 besar yang menuju ke Muhandiseen, jambatan 6 October dan Tahrir serta sekitarnya.

nak masuk kawasan Abassiyah pon payah. last2 jip tentera iring kami hingga ke bangunan Dewan Malaysia Abbasiyah Cairo. selamat jugak...alhamdulilah. sampai je Arma tu, kami disambut pula dengan abangs abangss ustak dan doktor...ehem..sweater yang senteng ditarik-tarik ke bawah.biar nampak lebeh sopan. kehkehkeh.. after dinner, nombor bilik pon diagihkan lalu dengan suka relanya aku menyempit 7orang sebilik. almaklumlah,masa kami sampai Arma sudah ada 900 orang umat manusia malaysian. tambah plak dengan 8 buah bas kami. mahunya seribu lebih men-sardin-kan diri kat arma tuh. Direktor Ops Darurat kata, tunggu 900 ni kuar mesir, barulah giliran kami. aku telan air liuq. nak kompete ngan dak2 anak negeri lagi nak nek belon..fuhh..bukan senang dan cepat..

tak pa..tak pa.. at least da selesai satu step, da kuar idop2 dari Zagzig. esok giliran Tanta plak membanjiri kawasan Arma ni. :) kalau tanya pendapat profesional, aku tarak kesah nak tolerate dengan dak2 cairo dulu. biaq pi depa kuar dulu..asalkan aku n member2 zagzig dapat kuar jugak dan pulang ke malaysia dengan selamat lepas tu. kita kemudian tak mengapa, destinasi yang dituju semuanya sama. janji we're already on the safe hands. dah berada di bawah lindungan duta betul2 dah. :)

trimas buat kawan2 dan keluarga yang tak putus mendoakan kesejahteraan kami. yang penting kita saling optimis, ya?