20.2.11

Rumah Kelabu

Rumah Kelabu
S.Rendra

Rumah batu, rumah kelabu
begitu lapang berpenghuni satu
kesuraman merebahinya
redup lampu, denting piano bertalu-talu.

Terpendam penghuninya mengurung diri
warna duka menembusi jendela
lagu piano, lelap sepi, redup lampu.

Racun apa mendindingi dirinya
begitu benar dicintainya sepi?

Pupus kepercayaan oleh ketidakabadian segala?
Apa ia kelewat mencinta dirinya?
Tidak dibiarkan satu luka di sisi bekas yang lama?
Mati citarasa bagi nikmat agung sedetik bunga?

Penghuni yang mengunci diri dan hati pada sepi
di hati kutanya-tanya, kapan ia bunuh diri?

Rumah batu, rumah kelabu
kemuramannya tidak memberita kecuali teka-teki.

*******************************

Pernah yang menjadi tukang ketuk key key piano tu gua..walau jari tak runcing tapi gua suka jugaklah main tekan2 key piano. Berangan tu kunci kejayaan. Dare you to dream, bak kata iklan Hanessey. Okeh, gua amek contoh iklan arak, setankan gua skg gak wahai #serbanists!

"aku paling terkesan dgn ini. dah lama aku rasa macam.. lahiriah mmg macam ni "

"tak payah fiq. kau ada peluang untuk bahagia. guna sebaiknya." 

"i refuse."

" best ke rasa macam ni, tak. so, please. dah ada peluang tu, gunalah. jangan sia-siakan. membazir ni amalan setan fiq."

"at once aku pernah rasa begini. aku tgh bina bahagialah ni.."

"yang kau gedik nak "i refuse" bagai kenapa?"

"aku takut.. kalau bahagia sangat nant DIA tarik. apa yang tinggal untuk aku pada masa tu?"

itu hasil borak dua orang member. soalan terakhir dia, ada sesiapa yang mampu jawab sampai empunya soalan puas hati?

kalau tak ada, baliklah! bawak segala taurat,injil kau pulang ke rumah. simpan kemas-kemas dalam rak buku. 
jangan ulang datang.

sampai satu tahap luruh jua satu persatu pelepah yang bertangkup di sayap bidadari. ini bukan kes carik-carik bulu ayam, tinggal rotan yang togel. ini fasal luruh-luruh pelepah sayap bidadari, yang timggal hanyalah iman sekeping yang karat! 

*******************

dia perlukan satu goncangan kuat dari mana-mana tangan yang mengaku belas padanya. 
rangkul bahunya biar erat, jangan kejap! erat..!
teriakkan namanya hingga bergegar tampuk bumi. lap peluh yang menitik di dahinya dengan penuh kasih. tak perlu kata apa-apa. dudukkan dia di pangkin mengadap laut biru. biar dia hirup udara sejuk dan jangan lepas rangkulan di bahu tadi.

jangan, biar pon sekejap!