15.2.11

7 Hari 7 Malam

waktu siang aku tunggu nama aku ditempek di dinding gudang. sambil2 tu mata aku liar tengok isi dalam gudang. ada ustak ada doktor ada peguam ada juga loyar buruk. tidor atas lantai berlapikkan permaidani pakistan mari. sebal nama tak up up lagi dalam list, aku patah balik ke bangunan asrama D. mood nak berasmara tak ada. sebal ada.

waktu malam aku turun bersama angel dua orang, Nash dan Esah. untung2 tengok bus-bus sampai dengan pelajar2 yang baharu sampai di epot. rata-rata muka layu, bontot penyek. tunggu berejam di epot, mahu tak leper bontot? bontot jlo aku pon dah hilang... oh, bontot jlo.

waktu senggang aku ada 28jam. extra one hour untuk meditasi diri. bosan menunggu dengan sabar. bosan dan sebal. lama2 muka aku boleh tumbuh janggut. tak bawak shaver pula. oh, shaver free tak disediakan. kena beli. aku sehelai sepinggang. ada beg atas belakang isi lappie semata-mata dan buku ada lah dalam dua tiga juzuk.

FREE. makanan 3kali sehari. aku grab jubah kaler warna warni. sapa tahu adrinaqamarina? ha..pergi blog dia tgk aku dress up macam hapa. pakaian free siakk.. FREE..! puas2 pakai free, aku beli baju dalam lelaki cap apetah. tak tak..bukan yang ber-cup tu, tapi yg ala baby T tuh. aku suka pulak pakai baju dalam lelaki ni. cotton, nipis, kaler putih dan sexeh. #dearfuturehusband , awak tak kesah kan saya rembat baju dalam awak nanti? hehehe

HABIT. menung. termenung. dan juga seperti sudah jadi habitat, tidur dan terjaga sebab dengar pintu kena ketuk. mungkin kesan aku berjaga semasa tempoh berkurung dulu. selalu menanti-nanti pintu diketuk. aku kan penakut. expecting sesuatu yang horror adalah antara salah satu cara untuk aku conquer rasa takut aku. bila dah terjaga, aku akan tengok semua ahli dorm aku tidor. ada 20 orang semuanya. dan lama kelamaan 20 itu berkurang jadi 19, 14 dan akhirnya 12..nama yang dicabut tak sama rata. end up, nama aku dan baki yang tinggal dan dalam tu antara flight akhir yang balik ke malaysia. masa tu rasa sebal dan fighting tu dah kurang. dah tak merebel dan tak membebel.

LAGI HABIT. sebelah bangunan aku adalah penempatan bagi pelajar lelaki dari Iskandariah dan Tanta kebanyakannya. otomatik dorm aku bersebelahan dengan dorm mereka. aku akan duduk di birai tingkap sambil mendengar bacaan surah2 di mp3 *hya sebab playlist aku dah habis berputar,bukan sebab aku sok baik*, sama ada melihat pemandangan bandar Jeddah atau, aku lihat seorang pelajar lelaki ni, pakai baju futsal kaler merah cap AIG hisap rokok. dia akan hisap sebelum dan selepas dia makan besar. lepas hisap rokok sepuntum, dia akan campakkan putu rokok ke lantai. kumpul ludah dan kahak dan putuihhh....! matikan baki nyalaan rokok tu tadi. dan aku, tepuk tangan kuat2. dia jeling tengok dan blah masuk dalam dorm. tapi dia tak berhenti di situ. maybe sebab dia tahu aku setia berada di birai tingkap tersebut lalu dia pon akan keluar sekali lagi, buat2 tak nampak aku yang sedang memerhati, hisap rokok dan ludah, sekali lagi.

LAGI -LAGI HABIT. aku rindu dia..aku rindu dia..aku rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu dia. and there's no fullstop. hari-hari aku lihat pasangan berkahwin yang masih lagi pelajar, pasangan kopiah dan purdah berpegangan tangan dan mengusik mesra dalam kelompok manusia gersang yang lain. ada bau bahagia..ada bau manis.. senyum sendiri sambil tepuk dahi.

penantian 7hari 7malam belom mampu membuka hati aku atas hidayah yang DIA ingin sampaikan. hati ni keras. hati yang suka maki. hati ini gelap penuh hasad dengki bila melihat orang lain mendapat kesenangan yang mereka ingini. sebal dengan diri sendiri. bukan semua dapat jejak tanah Jeddah. ada yang seumur hidupnya tak pernah jejak walaupon duit nuffnang dia cecah 10ribu sebulan hingga nak dikenakan cukai. aku ni dapat jejak atas dasar luck. nasib. DIA yang tentukan. ini pilihan DIA.

akhirnya waktu untuk pulang diumumkan. finally. rasa nak meninggalkan jeddah melangkau rasa nak nak tuju malaysia. apa ni, fiq? entah..aku pon tak tahu apa yang aku tuju. aku runsing dan risau dengan rumahku di zagazig tapi aku juga rindukan pelukan mak yang saban hari bertanya khabr melalui telefon.
doa kau dah makbul, fiq..syukurilah...
lemahnya aku dalam mendapatkan apa yang aku mahu. lemahnya aku untuk ucap terima kasih.

menjelang hari-hari terakhir, aku berpeluang untuk beli sehelai jubah atau well known as abaya. a treat for my self. cost me about only 80riyal bersamaan 80myr. aku tekad nak pakai bila pulang ke malaysia nanti. :D
dan memang aku pakai pon.. :)

kami kata : trimas buat peluh tenaga dan tangisan airmata. trimas buat doa dan harapan. trimas buat kekuatan yg diberikan.

dari zagazig ke cairo penuh pancaroba. dari cairo ke jeddah senang cerita (sebab tukang karot politik ada), di jeddah sahaja ada penantian dan harapan, dari jeddah ke jakarta sarat penyesalan dan kegusaran. dari jakarta ke malaysia ada rindu yang menebal. dan rindu itu semakin aku kikis dan aku ubatkan hati dengan pertemuan. biarlah langsai semua hutang aku pada hati-hati yang rindu. rasa ingin ketemu, berkata maaf dan senyum. hey hati, ada wajah2 yang kamu takut tuk bersua, mampukah?

antony hegarty - thank you for your love.