14 February 2011

5 FEB 2011

Dirgahayu Tuanku!

Sebelom subuh aku, rakyat mesia Zagazig dan Tanta dah terpacak di dataran. Lucky us, kaum wanita yang kununnya fragile dan patut dilindungi akan dihangkot dalam 6buah bas menuju ke airport Cairo. aku puji team OPS DARURAT yang dipacu oleh persatuan pelajar kaherah kerana at least dapat control situasi di Arma dengan baik. tahniah buat rakan2 seperjuangan yang tak kurang hebatnya mengawal nafsu serakah masing2. *macam aku tak tahu bapak ko yang DATUK tu tekan pegawai suh wat larik ko dulu kan? haila.. -.- busok toi perangai *

aku tak mahu cerita panjang betapa janji melayu itu sama seperti janji arab. lambat itu biasa. tunding menunding tu dah jadi resam asam jawa.. alhamdulillah berjaya juga keluar dari kawasan Abassiyah dan menuju ke Cairo. time to see Cairo in daylight pula.

selisih dengan lori2 yang hangkot bantuan makanan yang baharu sampai sewaktu kami da gerak keluar dari kawasan Arma. 
milo....aku crave milo...........okfine tak sempat merasa pon!

ZOMBIE TOWN! kereta tinggal penuh habuk pasir, bangunan kosong, kereta kebal sana sini, kedai tutup, tingkap pecah, city star*ala pavi* yang slalu aku lepak tu pon penuh dengan tank keliling kelalang. dan yang paling best, tiada satu pon jasad bernyawa berkeliaran dan memenuhi jalanraya dan pedestrian seperti selalu.. ke mana hilangnya seri Kaherah yang senantiasa meriah dengan ragam penduduknya? yang ada tinggal hanyalah mereka yang mengangkat senapang dalam uniform celoreng hijau-oren pudar dan bersiap siap dalam tangki hijau mereka. tangki kebal. kunonnya kebal.

sampai sahaja di airpot Cairo terminal 2, sebuah khemah besar berwarna putih dipacak betol2 luar terminal. coolioooo...aku pikir kalau majlis kawen pakai khemah ni, mau boleh muat hampir seribu orang dalam satu2 masa..oh, mungkin lebih. dan di sinilah aku bertemu dengan ramai lagi manusia warganegara malaysia. aku rasa mahu dua ribu berteleku diluar terminal sahaja. ada yang datang dengan BAKAN, Agensi, Tajaan dan sebagainya. as for me, aku dibawah induk Duta. Dari jauh aku nampak kelibat Dato Ajiz, pro pemuda UMNO. cool. beliau janji dalam masa sejam flight MAS n AIRASIA akan berlepas bawak kami semua *yang bawah DUTA* terus ke Jeddah. janji melayu UMNO memang boleh pakai.... after dia bertitah aku pon dah terperuk dalam perut kapal terbang. yang lagii best, flight before and after aku, terpaksa tunggu ENAM jam! aku yakin Dato' tu lucky charm aku. jari dah siap2 pegang pen mau isi borang mohon sugardaddy.wow!
berpusus pusus nak board



MAS is something. jejak sahaja perut kapal, aku rasa butterfly dalam usus kecil. rasa warmth and selamat already. boleh bau tanah malaysia. cumanya aku rasa sangat phailed bila pramugari punya uniform tak tukar2 jadi baru sikit. tak umph la..! akal aku melayang ke Tahrir. aku wonder, apa yang telah aku lakukan ni? kenapa aku mahu pulang ke Malaysia? aku rasa..arghhh..ini semua kerana aku keliru dengan janji yang ditabur...! Egypt isn't that bad. well the number of the dead and missing people is increasing still, hell what, why am i leaving Egypt? why? insecurity? feel prisoned? why?

buat sementara waktu..aku lupa bahawa aku sengsara emosi. sungguh. aku tak tidur, aku runsing dan aku risau..sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga atas semua kemungkinan yang buruk dalam tempoh masa yang lama, dalam keadaan mental n fizikal yang tidak fit membolehkan kau rasa exhausted dan habis fikiran. jadi, bila dalam keramaian orang yang berfikir dan merasai perasaan takut aku, aku , secara otomatiknya akan bertukar menjadi lebih dominan. menjadi kuat serta merta! menjadi protective dalam ignorant. itulah aku.

well than 2jam selepas perjalanan yang menyenakkan kepala otak aku tu, kami selamat sampai di epot Jeddah dalam pukul 3pm waktu tempatan. dan terpaksa tunggu hampir 6hours untuk urusan visa yang bakal tamat dalam tempoh seminggu. kawan2 aku semuanya bijak2. semuanya pandai mencari jalan menghiburkan diri dan kami banyak berbincang mengenai perkara2 yang membahagiakan. senyum dan gelak tawa sedang jiwa sedang resah. aku risaukan rumah sewa aku. mujur dokumen2 penting dan barang berharga aku angkot habis semua. sehingga aku tak sedar yang aku sebenarnya sehelai sepinggang! Duta hanya membenarkan luggage 7kg,sedangkan BAKAN n lain2 siap boleh masuk dlm kargo..! jilaka terkena lagi skali..

selesai semua urusan di imigresen, dengan langkah kanan dan menyebut namaNYA, aku keluar dari airport Jeddah. ini rupanya tempat mereka jejak sebelom ke kota suci mekah untuk umrah dan haji. okeh fes time..fes time..*angguk kepala berkali-kali..kunon2nye tak percaya*. bas yang dinaiki kami ada pegawai tentera yang berbagai pangkat mengiringi skali.

sampai sahaja di kompleks tabung haji jeddah, aku terpana sekejap. sebab fes, tempat ni memang BESAR sangat2.. and second, aku nampak HUMMER dan QWC milik pegawai tabung haji merata rata..........

mungkinkah putera arab saudi bakal aku ketemu di sini? kalau orang kristian kata, let's crossed our finger. tapi aku masih islam, jadi aku kata, marilah kita menadah tangan memanjat doa ke hadrat ilahi semoga doa tu termakbul..aaaaamin.. =D

TH pd waktu malam..panjang gilo bangunan asmara nehh. 
biasa aku lepak amek angin malam sambil cuci mata tengok ustak2 gebu2 belaka...
echen!