03 February 2011

30 january 2011

Saat aku menulis ini, aku telah siap sedia semua barang2 keperluan ke beg polo aku, seperti passport dan dompet pemberian mak. Aku perlukan sedikit ketenangan. Jadi aku terus menulis. Sesungguhnya , deep down, aku risau dan takut dengan rusuhan yang berlaku di Mesir kali ini. Satu kegusaraan yang amat2 besar sehingga aku tak mampu lagi selindungkan dari kawan2.

Petang tadi, aku, esah dan nash ke Salam. Ada hari jualan AQ di sana. Tidak banyak kenderaan di jalan raya. Sabtu minggu ini rare daripada biasa. Walaubagaimana pun, kepala kami sarat dengan perihal rusuhan. Tentang mesir dan keluarga. Talian vodafon dan etisalat aku hanya boleh buat panggilan keluar masuk. Mesej tak berfungsi. Internet tak payah cakap, mati terus. Dengan rasa sebal berbuku di dada, kami teruskan kehidupan seperti biasa. Usai membeli makanan di markas AQ, kami singgah di kedai Baba Yasir. Lewat pandanganku kelihatan beberapa orang askar yang pulang bercuti menunggu kenderaan tentera untuk datang ke rumah dan membawa mereka pulang ke markas. Menurut Baba, seluruh mesir diisytiharkan darurat dan dikenakan perintah berkurung daripada jam 4pm – 8am. Paparan di kaca tivi siaran langsung dari Alexandria dan Cairo menunjukkan puluhan ribu rakyat mesir berarak di jalan2 besar. Ada juga yang mengusung usungan mayat. Aku terpempan. Puluhan nyawa terkorban hanya kerana Mubarak enggan turun dari takhtanya. Takziah dan salam aku ucapkan buat seluruh rakyat Mesir.

Terserempak pula dengan senior. Sekali lagi perihal perintah berkurung diingatkan. Senior juga mengingatkan kami untuk berhati-hati dan siap sedia semua passport dan kad pelajar juga mensarankan untuk kami membeli stok makanan takut2 makanan dicatu.. Ada pula berita baik, rumah sewa berharga 400le dengan dua bilik sedia untuk kami duduki. Alhamdulilah. Aku yang kesuntukan wang perlu mengeluarkan duit di bank terdekat. Nash dan Esah sedia menemaniku untuk ke Bank of Egypt, cawangan terdekat yang berada betul2 di sebelah KFC. Setibanya aku di kawasan Mahattah, nyata kenderaan berkurangan di atas jalan. Ramai manusia berkumpul di jejambat dan berjalan secara berkumpulan.  Barisan di atm tersebut pula panjang. Penduduk tempatan menunggu giliran untuk mengambil duit. Aku dan Nash tidak ketinggalan.

Sempat aku melihat semakin ramai yang berjalan menuju kea rah jejambat yang terletak di kanan atm. Dalam keramaian itu sempata ku lihat Ahmad;pekerja di Pizza Paradise, berjalan bersama dua lagi rakannya. Ahmad merupakan pemuda arab yang biasa, tapi kacak ya ampun! Pemakaiannya yang kemas dalam kemeja biru dan slack hitam masih terbayang dalam ingatan saat aku ke restorannya seminggu yang lalu. Nyata Ahmad sedar akan kehadiran kami lalu dia pun melambai-lambai. Aku lontarkan senyuman masih dan mengangkat tangan sambil melambai. Semoga Allah bersamamu , kawan, detik hati kecilku sambil buku tangan digenggam dan dilayang ke udara, menyatakan sokongan aku terhadap perjuangannya menuntut kebebesan. Aku yakin Ahmad dan rakan2nya menuju ke tempat rusuhan.  Allahuakbar! Jerit hati kecil ini. Ahmad amat terharu dengan tindakan aku dan rakan2, dia pon membalas senyuman dan mengangkat keduabelah tangannya ke udara.  Persahabatan kami tak mati begitu sahaja. Persahabatan kami baru saja bermula. Dan aku hulurkan sokongan padu terhadap Ahmad. Senyum.

Syukur. Duit dapat dikeluarkan melalui atm. Jam sudah menginjak ke angka 4pm. Sungguhpon perintah berkurung sudah bermula, tapi masih ramai orang di jalanan. Aku segera menahan teksi untuk pulang ke Mauaf. Pakcik teksi tersebut menyuruh kami menutup tingkap bagi menghalang gas pemedih mata masuk. Semakin kami menghampiri kawasan jejambat, tekak dan mataku semakin pedih. Sah,! Kesan gas pemedih mata. Kami berlalu ke kawasan dalam Qamiyah melalui Syareth Mahkamah. Kelihatan FRU dan kereta kebal mengelilingi kawasan mahkamah. Orang ramai pula berhadapan dengan FRU. Aku yakin, usai sahaja kami berlalu pasti rempuhan berlaku antara rakyat dan anjing2 kerajaan itu. Seolah-olah tercekik, kami yang berada di dalam kereta mulai batuk2 dan pedih mata. Pakcik teksi yang gelabah tu segera cari jalan keluar dari Qamiyah agar kami selamat sampai ke Mauaf. Di patung firaun, betul2 di hadapan kawasan gamaah, kereta kebal di letakkan sebagai langkah berjaga2. Begitu juga trak bomba dan polis. Kamera henpon dihulur keluar dan kami mulai menangkap gamba. Hehe

Sampai sahaja di rumah, lagi berita mengejutkan. Kami di arah untuk sentiasa berjaga-jaga. Pekeliling PMRAM telah dikeluarkan agar kami tidak keluar dari muhafazah masing2 dalam tempoh kurungan. Di Alexandria, penjara telah terbakar dan semua tahanan telah keluar. Kami perlu lebih berjaga2. Lebih2 lagi kami di rumah paling bawah. Takut juga jika polis dating mengetuk. Manalah tahu, itu poser sahaja. Kan? Hehehehe dalam ketawa ada rasa gusar.

Aku mulai depressed tak boleh nak communicate dengan orang2 di Malaysia. Malam ini, bekalan api dan air diputuskan.  Dan aku?  sangat2 berharap kami dihantar pulang ke Malaysia  dalam kadar segera. Air mata menitis ini air mata rindu dan takut.