03 February 2011

29 Januari 2011

memandangkan aku takde idea nk post apa*almaklumlah,semuanya sebijak Obe.* ,aku post apa yg aku alami pd tarikh tersebut.

Penat berparti malam sebelumnya membuatkan aku ambil masa lebih untuk memanjakan diri pagi ini. Aku lihat Nash dan juga A.N masih enak dibuai mimpi. Dengan muka comot baru bangun aku terus ke ruang tamu, menghidupkan cik acer dan cucuk broadband. Aku pakai line Vodafone. Tengok2 bites 0 tapi signal ‘very goood’. Ahh..sialan..! Kerajaan Mesir betol2 sudah kecut telur. Semua line dilumpuhkan. Enggan mati keseorangan dalam kebosanan, aku melompat semula ke katil. Buka gebar Saratoga besar2 dan segera bungkus diri. Bertemu A.N dan Nash di dunia mimpi pula. Sambung berparti.

Jam 2petang, tidur aku dikejutkan oleh pekikan suara Nash. Bangun sahaja tidur, mesti asah suara. Latihan vocal sangat penting, kata Nash. Seperti biasa, aku tenggelam dalam pelukan hangat saratoga. Ketukan pada pintu rumah yang bertalu-talu mematikan selera aku untuk terus bermalasan. Aku tinjau ‘kepompong’ A.N, masih berbungkus elok. Nash pula sudah memaki hamun makhluk yang berdiri di hadapan pintu rumah kami. Tanpa memperdulikan kehadiran mereka, kami merancang untuk keluar soru..perut yang lapar perlu di isi. Kami pon bersiap-siap. Apabila ketukan sudah mati, kami susup keluar dari rumah sendiri. Beginilah aksi aku anak beranak setiap hujung minggu. Keengganan kami untuk tidak menyertai mana2 aktiviti menyebabkan AJK2 yang mangek amat2 tak serabut perut. Hidup bagaikan pelarian hanya kerana aku mengelak untuk menyertai mana2 aktiviti dianjurkan persatuan. Dasar mereka muka tebal dan buat2 tak paham bahasa, itu aku tak boleh nak tolonglah kan? Hahahaha

Qamiyah is the perfect place for us to enjoy during weekend. Jam dah merangkak ke tengah waktu asar. Tambah heavan bila duit di tangan hanya ada 30LE, cukup2 buat makan untuk hari ini. 10LE aku peruntukkan untuk membeli top-up. Lagi heaven bila code nombor yang dimasukkan tidak berfungsi. I think system syarikat telefon dah kena shut down, ujar Nash. Nak tak nak, aku kena percaya. Kami bertanya pada tauke kedai farmasi. Pakcik tu pandai berbahasa inggeris. Menurutnya system banking, telefon line and internet telah dibekukan buat beberapa jam. Mungkin sehingga malam ini sahaja. Ini semua gara-gara rusuhan yang berlaku di Alex dan Cairo. Mata aku melekat di tv. Perghhh..! mantap lah.. ada kepala berdarah, badan lembik kena hayun dek cota. Pengsan sebab mabuk dengan gas pemedih mata dan beribu memenuhi jalan raya dan jambatan di serata Mesir. “Jangan risau, ini Cuma rusuhan kecil.” Ujar pakcik farmasi tu lagi. Nak tenangkan hati kami barangkali. Muka cuak A.N tak dapat disorokkan lagi walaopon dipakaikan purdah. Nash seperti biasa berlagak cool dan chill. Aku? ahh..anak cucu cicit Rambo ni mana tahu erti takut? Heh. Pleaselahh..!

Chicken Rock. Itu nama kedai macam KFC. Menu serving pon hamper sama. Ayam goreng celop tepong tapi ada nasi rempah sikit2. Sambil menunggu makanan dihidang, kami menonton tv yang sedang siarkan channel berita. Semuanya pasal revo yang kononnya kecik. Ini lagi brutal dari 98, Malaysia. Perhimpunan Bersih dulu pon tak se-brutal begini. Ini kegilaan. Aku tengok gerombolan rakyat tua muda berserban berkot semua turun jalan besar sambil mulut kumat kamit menyumpah seranah Mubarak yang tak reti-reti turun takhta setelah 30tahun memerintah. Dasar tak tahu orang dah menyampah. Annoying tau! Ada pula satu kumpulan kurang dari seratus orang menggempur van panjang polis (digunakan untuk meleraikan rusuhan dan  membawa penembak peluru getah dari bumbung van). Digoyang-goyang van tersebut, sampai orang di dalamnya, aku rasa dah lumat kena lanyak dengan rakyat yang marah, lalu van tersebut dibakar manakal senjata api pula dirampas oleh orang awam. COOOOLIOOOO..!!!

Perbualan petang kami semuanya berkisarkan rusuhan yang berlaku dan menyusun kembali plan kami untuk keluar bercuti dari Zagzig. Dengan line telepon, internet dan bank dilupuhkan, jalan keluar masuk ke bandar2 besar pon ditutup, aku rasa terkurung sangat2. Mati kutu, tiba-tiba rasa aku perlahan-lahan tenggelam dalam cusyen yang aku duduk. Bila sense aku kembali sedar, aku act normal semula.wajah ketakutan A.N dan riak gusar Nash membuatkan aku rasa aku perlu kuat untuk mereka. Ya, aku harus kuat! cubaan berkali-kali menghantar mesej ke babah akhirnya menjadi. Babah menelefon aku dan memberikan kata-kata semangat dan rangsang nerve normal aku kembali berfungsi. (okeh, aku tipu, aku kena marah sebab keluar dari rumah. Sigh.) rupa-rupanya kol in je boleh masuk. Taik kucing betol Mubarak ni. Kedekut. Usai makan baru aku lihat keadaan sekeliling. Pekerja Chicken Rock yang baharu masuk lalu terus serbu ke sinki, membasuh muka. Aku intai keadaan di luar restoran. Kelihatan ramai orang berjalan agak pantas sambil menutup hidung dan seolah berkabus. Nash segera campakkan sejumlah wang di kaunter bayaran.

 Ah sudah! Qamiyah sedang diserang. Waktu di mana, mana2 gadis akan berlari dan menyorok ketakutan di bawah ketiak kekasih, aku anak beranak pula buru-buru keluar dari restoran untuk lihat apa yang sedang berlaku (sebab kami lah gadis2 independent tanpa bf di sisi =P) . Celaka! Mereka merusuh di sini pula. Kabus gas pemedih mata menghalang pandangan aku untuk melihat dengan lebih jelas. Penglihatan semakin pudar dan bola mata semakin memedihkan. Suara serak2 basah mula keluar setelah batuk berkali-kali. Keadaan ini bahaya! Aku bawa Nash yang ala-ala kecut perut dan A.N yang sudah gigil ketakutan rapat ke bangunan sebelah. Seolah-olah menunggu putera charming menunggang kuda putih, kami hampir berputus asa dan tekad untuk pulang jalan kaki sahaja. 10 kilometer, bukannya jauh. Biasaa…! Tapi jelas nasib menyebelahi kami. Keluar dari kabus tu, muncul tremco tanpa penumpang berhenti betol2 depan kami. Tanpa sengih banyak2 terus kami lompat masuk dan bayar segenih (seringgit). Alhamdulillah, selamat setakat ini. Tremco putih membawa kami deras2 keluar dari kepungan amnu daulah. Aku lihat wajah Nash dan A.N mulai lega dan tiada lagi raut berkerut risau yang memungkinkan kedutan penuaan bertapa kelak. Almaklumlah, kami sudah 20tahun masing2. Ehem!

Satu lagi sejarah interesting yang aku muatkan dalam album hikayat aku. ekau hado? Hehehe