23.1.11

Sauk Angin



salam bahagia

bila mana fikiran kita sarat dan packed dengan segala macam rencana dunia, dalam tak sedar, time will passed u by like angin. bayangkan angin itu membawa opportunity, peluang atau bongkah emas sebesar segenggam tangan. kau akan kecewa bila kau terlepas menikmati angin yang datang tadi. sama lah seperti kau akan rugi kalau kau tak sauk apa yang dihidang di depan mata. 

tapi ingat. tak semua angin lesu itu memanjakan. kadang-kadang angin tu bawa taufan bersama. jangan kau sauk peluang yang menyenangkan poket kau untuk sentiasa kembung dan perut kau sentiasa kenyang. kau perlu tahu selok belok permainan dunia. seperti chess. jika kau tahu kau bakal di-checkmate dari dua penjuru, ambil jalan keluar, dan buat plan back-up. jangan pakai sauk semua. naya kau nanti! haha

tapi janganlah jika angin itu sepoi-sepoi bahasa, kau menyorok dalam rumah berbumbungkan atap genting bata pulak. berhati-hati itu perlu, tapi jangan pula terlalu berhati-hati. dunia ini, Allah sudah sediakan banyak lubang rezeki, kau hanya perlu ada rasa sedikit berani. itu sahaja. berani! 

untuk ingatan kita semua ya. 
jika kita terlalu memikirkan persekitaran dan masalah yang tak berkesudahan, takut kau tenggelam dalam dunia sendiri. nah, bahaya tu! jangan terlalu asyik dengan angin yang lembut membelai, kau lupa lihat tanda-tanda murka di langit. manalah tahu, hujan batu menuyusul kemudian, kan? atau matahari sudah tenggelam tak timbul2 atau juga mungkin meteora jatuh mencakar langit.
*senyum*


 lagu Cinta Antara Benua neh adalah permintaan dua sahabat baik aku. adik beradik kat sini. 
sorang nama Esah, sorang lagi Nash.
dua dua dah berlaki.
kehkehkeh