27 January 2011

Riot Kecik dI University

as u can see, yang pakai sepek mata tu, malaysian, syafiq namanya. dia walk away lepas abeh kelas. ensem ke tak? ouh itu aku takleh jawab. dia ni kaki Korea. muka nerd dia mampu sorokkan semua kegiatan dia selama ni. tapi kalau anda fokus belakang siket, ada seorang polis 'amnu daulah' tengah slow talk dengan wakil student yang nak wat perhimpunan awam di perkarangan fakulti perubatan.

the students start to gather up. kalau fokus sikit, ada nampak drama kat situ. si baju biru sedang tenangkan kawannya yang tengah bengkek dengan polis yang tetiba masuk campur dan tak benarkan wat perhimpunan ni.well i tell u wat, our dean dont give a shit pasal perhimpunan aman ni. orang2 besar universiti takkesah pon still polis butt in. tehel...

laki bawah pokok tu menempik panggil puak2 doc and pharmacist to be untuk gather up dan dengar tiupan semangat. aku tengok polis ada dua tiga ketol. masing2 tak lepas ngn walkie talkie, siap sedia panggil fru kot? kehkehkeh

ada sorang minah ni. kalau ko nampak yang berbaju ungu tu. dia dengan sepanduk dia memang tak lepas. 

yang aku dengar
"Mubarak..bla bla bla blah la lu!!"
"Israel..bla bla bla..pigi mapus la lu..!!"
yang pasti polis2 kat tengah tu kena point selalu.. kehkehkeh

again woman with sepanduk. tengah hari terik uh walopon winter nak sampai penghujung,still angin sejuk, tapi tak dapat menyejukkan hati orang-orang muda ini. dan berpuluh lagi berdiri di tepi.


akhir himpunan awam, pak polisi masih berpacak kat tengah2 dataran. 
cube teka aku buat apa?

Nash and Aku makan omelet (roti kebab + telor) sambil tengok depa laung2 sampai perit anak tekak. perot aku yang cedera diasah gastric acid perlu dirawat jugak...
cita2 nak dapat peluru sesat tak menjadi..sigh..

Aku ada kawan penduduk local di sini. Namanya Alex, tukang masak omelet kami di kafe. dan ni adalah perbualan yang sempat aku rekod guna kotak ingatan dengan Alex. aku translate ke bahasa melayu ya? kalau pakai arab amiyyah, takot korang lak tak paham..

Aku : Eh , asal ko tak join depa tu?
Alex : Jadah apa aku nak join? Laung2 jerit2 pastu tak ada tindakan susulan pon! Setakat baling2 batu dan lari dikejar polis. Amnu Daulah tangkap nanti, kemudian hilang begitu saja. hesy..takde pekdahnya!
Aku : Habes yang depa dok bising2 ni pasai apa?
Alex : mereka bengang sebab kos makanan dan pakaian semakin meningkat. sebabnya Mesir beli power dan gas daripada Israel. ko tahu Fiq, sepatutnya rakyat mesir patut dapat 50LE sehari hasil Terusan Suez, tapi mana pergi duit2 tu semua? kerajaan lesapkan. habuk pon tarak! kemiskinan semakin meningkat. graduan pon banyak, tapi tak ada pekerjaan.
Aku : Ouh..begitu...
Alex : kau tahu Tunis? 
Aku : Aku tahu.. aku baca kat blog Obe. Obe tu ensem tapi aku malas nak ngorat dia. ha, pesal ngan Tunis?
Alex : #kemain! okeh, depa ni semua terpengaruh pasai revo kat Tunis tu lah...
Aku : Oh ya kaa...
Alex : Down with Mubarak! aku mencik dia tau.. mencik mencik!!!
Aku : Sabar Alex, jangan tunjukkan ke-nyah-an kau di sini. kau rasa Mubarak wat apa skg?
Alex : Huh, kau ingat senang nak gertak dia? dia cekik semua yang nak kacau ganggu dia tau! 
Aku : Eh, agak2 dia kenal tak Mubarak Majid? eh, dia tu femes tau kat Mesia! haha
Alex : Huh, hanget telor atas dapur aku layan ko neh.. pose aku! =P tu lah, orang suh baca sok kabar, ko baca cleo. ha, satu hapa pon ko tatau.. cess..

tap tap tap..! Alex ketuk2 roti sandwich atas kaunter makanan. Perbualan seterusnya terpaksa di sensord kan atas sebab-sebab keselamatan aku. kang, kalau amnu daulah ketok pintu and kata aku ni tali kerbau macam mana? sapa nak jawab? sapa ? sapa? 

oh ya, sebelom terlupa, gamba2 ni saja aku nak kongsi ngan korang sementara blogspot masih diberi peluang utk hidup oleh kjaan mesir ni..kehkehkeh.. fesbuk,youtube and twitter kena block abes2 and ada limit masa. sapa nasib bek,leyh la tembus. tak pon pakai web proxy. tu pon leh lumpuh gak.haruu..! 

bagi aku, revolusi rakyat ini tak mampu nak bertahan lama tanpa sebab yang kukuh dan mampan. kebanyakan yang sertai riot ni adalah darah2 muda. tengok2 end up macam UM dlu.kehkehkeh..semua sumbat ISA, hero2 yang terlepas akan ke London sambung belajar dan sebar dakyah sendri. last2, habuk pon tarak. kalau selam betul2 apa yang Alex cakap tu, kau akan rasa perasaan depa yang dah muak, jelik dan menyampah = putus asa. depa tak clear dengan apa yang mereka perjuangkan. none. null. zero. tengok2 semuanya terkubur sebaik sahaja mereka graduate atau pon dapat sahaja kerja dengan kerajaan. 

tapi aku yakin. yang kecik2 ni akan menjadi gerombolan besar sebaik sahaja mereka tahu apa yang mereka perjuangkan. fisabilillah. lillahi taala! bukannya setakat melaungkan Allahuakbar semasa ko baling batu ke arah polis2..semua itu tak ada makna! semua akan bersatu jika mereka sudah terlalu muak berada di bawah cengkaman kerajaan sekarang. semuanya tak mustahil. dan aku pula, akan tumpang jika mereka senang. well, aku pon turut rasa tempiasnya bila harga makanan mentah naik. duduk di sini, kita wat cara sini. aku dah tak compare matawang malaysia dengan egypt. 

Alex : Tapi kan Fiq, kalau kau ajak berperang kerana Islam, kerana negara, aku sanggup Fiq! siyes! Jihad fisabilillah! 

aku senyum kambeng mendengar kata2 terakhir Alex usai makanan aku siap. bagaimana kau kata  kau mahu berjuang kerana Islam sedangkan negara kau, rakan2 seperjuangan kau menerima sekularisme yang diterapkan oleh tapuk pemerintahan kau? aku tak nampak jalan keluar melainkan kau perbaharui lafaz mengucap kau dan kembali mengamalkan corak hidup seperti zaman ikhwanul muslimin. okay, this thought goes to me and kawan2 yang membaca ini. bagaimana kalau mesir yang bergolak ini adalah tanah yang anda pijak sekarang? ke mana arah perjuangan kita sebenarnya?

okeh winter break dah start. aku mau libur.mana tahu, boleh menyelit dalam kekecohan di luar sana pulak kan? doakan aku dan kawan2 ya? ;)