26 January 2011

Revolusi Tunisia : Mesir Sudah Bergolak

Rusuhan dan demonstrasi di Zagazig, Alexandria dan Cairo; REVOLUSI EXTREMIS ISLAM dari Tunisia sudah merebak ke Mesir?

YA. 

Petang 25 jan 2011, bumi Mesir bergolak lagi. Hari Polis Mesir, cuti umum dan heaven lah buat aku dan kawan2.tak perlu buru-buru ke kelas. tak aku sedar, luar pintu rumah aku, rakyat marhaen Mesir sedang bertarung emosi dan melaungkan kata-kata kebebasan. mereka mahu keluar dari cengkaman kuku besi Mubarak.

Berdesup darah aku naik ke kepala bila melihat beberapa video rusuhan yang berjaya direkod dan masih lepas dari pemerhatian polis mesir. pada mulanya, aku nak ber-tweet. tengok2 server down. apekehal? rupa-rupanya, nah, disekat akibat rusuhan yang gila babi hari ni.member cakap,dah ledak lama, hari ni besar-besaran pula. perfect! time cuti umum barulah berdemostrasi ye dak?

Tanta bergelap - polis mahu elak rusuhan. bandar2 utama dan besar yang lain seperti Mansoura juga tak terkecuali terkena lempias revolusi.dapat pula mesej dari senior2, jangan keluar rumah langsong, Mahattah (perhentian, pekan zagazig) ada rusuhan. sorang polis syahid di Cairo dan dua rakyat biasa maut di Alexandria. okeh fine, aku tak keluar. menghadap buku, laptop dan kawan2 serumah. dalam hati berdoa, semoga hari esok cuti, gamaah tutup sebab rusuhan. hell yeah benda tu nak menjadi. kahkahkah.. 

Ada apa rasa duduk dalam drama politik ini? suka. sebab aku pernah bau gas pemedih mata. rasa kena inject semula vein aku ni yang dah lama tak gelodak marah. drama 1998 bermain dalam kepala. aku mesej babah, berterima kasih kerana gendong aku untuk sama-sama rasa REFORMASI Malaysia dulu. reformasi yang mulai suam. senyum sinis.

pukul 11pm di mesir, menteri pertahanan mesir mengeluarkan statement untuk tembak sesiapa yang membuat rusuhan. TEMBAK. nyawa kau sumpah macam anjing kurap! aku teringat berapa ramai yang kena tendang dengan FRU dan direman dalam lokap dulu. pon juga teringat pasal 80 tahanan yang separuh bogel di selatan thai semua mati akibat kelemasan tiarap begitu lama. jilaka.

ini adalah momen rakyat Mesir mulai bangkit. inilah momen dia. aku tinggal dalam lombong emosi rakyat mahu bangkit. aku ambil kesempatan ini untuk duduk di tepi dan melihat. ini momen merteka. aku sapot dengan doa semoga kebenaran dan kekuatan berpihak pada mereka. 

pada video ni, fokus pada minit pertama dan ke atas. kau boleh lihat pemuda berani berdiri betol2 depan truck water canon. kau boleh tengok kepala dan muka dia kena sembur dengan air tu. aku yakin, kulit muka dia ada rabak!


bagi aku, rakyat mesir dah malu dan muak ditindas dan tertindas. rakyat malaysia tak malu ditindas dan tertindas. budak2 muda kena suap sebuku duit dalam mulut kang nanti dia senyaplah! kena ugut buang kerja lah..etc2.. arghh..memang sial kalau pasal politik kan?

nasihat aku, kita jangan jadik macam babi. kau makan, berak dan beranak. halal haram benda yang kau kunyah kau apa ada kira?! main angguk tunduk saja. 

i've been there with them. I've been there!