07 January 2011

Pilihan Dia



Kamu tahu..dia bukanlah orang yang paling gagah untuk tampung semua kedukaan dalam dunia.
Dalam hati dia hanya micron sahaja lagi ruang yang masih suci dan selebihnya, kamu pon tahu, dilupur dosa duniawi. Dia leka. Dia tahu itu.


Jadi, dia khabarkan kepada aku, dia mahu ruang micron itu diabadikan dengan imej orang-orang yang tersayang.
Ya, dia tak keseorangan dalam dunia ini. Wajah bekas-bekas kekasih, rakan yang ingat-ingat lupa namanya, malah guru-guru tempat dia bertapa dahulu...semua..semuanya dia ingat! Dia rakam semua memori sewaktu dia masih berpeluang berkasih-sayang dengan jamaah dunia. Jadi, wajah-wajah itulah yang dia bakal semat di ruang micron itu.


Sekejap. Dia lihat pantulan wajahnya di kali air yang jernih. "Yang tiada dalam hatimu itu adalah kamu sendiri..", bisik bayangnya di gigi air itu lalu bayangan segera terhapus. Diskrimasi terhadap diri sendiri, nyata dia berlaku kejam. Kejam pada tubuhnya sendiri.


Masih berdaya menelan baki saliva, dia beredar ke tepi. 


***********
Fiq nyalakan keretek suria yang masih berbaki suku. Dia sedut dalam-dalam dengan sekali nafas, tahan, dan hembus keluar kepulan asap tembakau kering. 
"Kau tahu, kalau aku mati, aku mahu mati dalam rumah aku sendiri. Dengan famili. Aku mahu mati dirumah makbapak aku. Bukan di sini. ini tempat orang, bukan tempat aku." ujar Fiq. 
"Biarlah kali ni aku pentingkan diri sendiri pula. Memanjang hidup dipijak kepala, aku  muak!". Baki batang Suria dibawa ke bibir. Kali ni sedut dalam-dalam lagi. Hembus dan habis.


Nash dan Esah saling mengerling. Esah mencebir mulut ke arah aku. Jari-jemarinya kembali pantas menaip surat cinta elektronik untuk kekasih baharu. Nash pula menggeleng-geleng kepala. 
"Sudah-sudahlah gigit pen biru tu Fiq. Berlubang dah penutupnya, buruk lah!" tegur Nash. Aku menjelir lidah. 


"Aku lapar. Pergilah masak. Tolong." suruhku pada Nash. Riak muka meluat Nash berlalu ke ruang dapur dan mataku kembali menerawang menelanjangkan surface flat siling rumah sambil menepuk-nepuk perut yang sebu dengan angin sejuk winter. Minda kembali memainkan konserto terakhir sewaktu berada di rumah dahulu dan pelukan bonda yang hangat. Senyum.


"The boldness we show is the most important for those who blind." Christopher Nolan.