25.1.11

Penangan

Segala apa yang dia dengar, aku pon dengar. segala apa yang dia baca, aku baca. segala apa yang dia lihat, dia dengar; dia akan utarakan dan sudah menjadi kebiasaan untuk dia surahkan perlahan-lahan pada ku. Dan aku pula akan meneliti dengan penuh tertib. menghurai semua telahan fikiran dia. mencintai keberadaan dia. hanya kerana dia dan bukan tarikan yang lain.


Sudah menjadi kewajiban buat aku untuk bermukim di suatu sudut dan berada dalam ketenangan yang paling dalam pada setiap petangku. saat dia datang menegur,kami pon terbang ke dimensi yang lain. angin yang bertiup lembut,latar langit senja dan rama-rama yang terbang hinggap pada lalang yang condong ke kiri. aku boleh melihat dia berada dihadapanku sambil aku bersimpuh dan dia duduk memeluk lutut di laman itu. sambil gugurnya dedaun maple kering di musim luruh, dia bercerita dengan bersungguh tentang apa sahaja yang berlaku dalam dunianya pada aku sepanjang langsungan hari itu. aku pula, hahaha, bergelak tawa melihat senyumannya yang indah. gigir bibir. malu sendiri.


dia memang indah. mungkin yang terindah hadiah dari Tuhan buatku sehingga ke saat ini. ini adalah kerana aku, ya aku yang naif ini sudah lama menunggu dia. dalam lambaian aku yang tak pernah dia nampak. ahh... tak mengapalah, itu dahulu, sering memujuk hati. aku harap dia tahu tentang semua ini. senyuman indah untuk hari yang indah.





I want you to know
With everything I won't let this go, these words are my heart and soul
I'll hold on to this moment you know, 'cause I'll bleed my heart out to show
That I won't let go