21.1.11

Parut

Dia anak perempuan kepada babah dan bonda.
Dia punya abang long, abang wa dan kakak, Nana.Semua telah beranak nikah.
Dia juga punya adik; perempuan keduanya. Adik dan Baby.
baharu menjengah alam menengah dan satu lagi bakal meninggalkan pula.
Oh ya, dia punya lapan anak saudara kesemuanya.
Dan kesemua anak saudara itu dia titip kasih umpama anak kandung sendiri.
Dia tegur jika mereka nakal, dan cium bila mereka berkelakuan baik.
Dia juga punya banyak arwah-arwah kucing. 
Hubby, Comel, Chitam. Semuanya kucing peliharaan yang paling terkesan dalam hidupnya.


Semuanya normal, kan?


Hidupnya kini berkelana.
sering membayangkan yang indah-indah dalam kepala
kerana dihadapannya penuh kesengsaraan.
kemiskinan, kebuluran, kedaifan..kesemuanya kayak tali yang menjerut lehernya.
Jejak sahaja luar pintu rumah
dia berperang dengan semua manusia yang tegar mencaci menghina keberadaannya di sini.
Sebagai pendatang, dia tidak disenangi oleh penduduk local.
Seperti orang-orang tanah airnya melayan kedatangan bangla, indo, myanmar etc etc
pandangan hina itu dia sauk setiap hari.
Hinanya berada di negeri orang,dirinya lurus ditipu setiap masa. 
Sepulangnya dia disarang, wajib dia selam muka dalam baldi air!
Mahu samak kepala daripada fitnah dunia.
Jiwanya bergelut untuk bertahan, siapa yang mampu paham?!


Dia perlukan pelukan bonda yang paling kemas.
Dia paling butuhkan itu sekarang. ya..selagi dia masih ada jasad itu untuk dipeluk.
Petang harinya ditemani oleh kekasih, segala lelah dia, kekasih itu dengar dan huraikan kusut akalnya.
Dia ketawa. Dia lega.


Mati sahaja ketawa, dia akan ulang kayuhannya di negeri orang.
dan ulang dan ulang dan ulang
sampai dia berjaya untuk pulang
dalam tangan ada gulungan mumtaz
juga..parut berbalah sepanjang dia berperang sendiri.


Setiap perempuan pon mesti ada parut, bukti dia juga bertarung sepanjang hidup. ye dak..