17.1.11

Love Happens

mengisahkan seorang duda kematian isteri menulis tentang tips bagaimana untuk berhadapan dengan kehilangan orang tersayang (ala-ala dr fadzilah come-to me tapi itu cerita laen) yang kemudiannya jatuh hati pada florist. baru dia sedar, dia sendiri pon masih belum mampu berhadapan dengan kematian isterinya. kadang-kadang selalu sahaja terbayang mendiang isterinya masih hidup. jadi apa hero buat? dia terjun dari Menara Seattle and kepala dia pon tak nampak rupa ada tengkorak. 

okeh aku tipu.
dia embrace apa yang dia telah hilang. dia redha. dia mohon maaf kerana menyebabkan kematian bininya dan dia juga mendapat kemaafan daripada keluarga mentuanya.
dia let go. dan dia dapat semangat baharu. dia move on, and dapat kiss jennifer aniston.

kau tahu, ini semacam orang sudah banyak kali putus cinta tapi menulis tentang bagaimana hendak bangkit after break-up tapi tak sedar-sedar bahawa dia stuck dengan kisah lama. phewwpheww. orang taktahu betapa kosongnya hidup dia walaupon dia keep on bagi pandangan dan nasihat dalam dunia cinta. dia berangan lebih dan jiwanya sensitip menyelam jiwa orang *macam aku,jiwa sensitip*. hahaha

kau tahu kenapa kau boleh stuck? 
sebab bola mata kau hanya pandang cermin belakang, kau lupa nak hadap benda hadapan.

Mahathir kata, kita tengok belakang sekali sekala supaya masa hadapan tak jadi serupa kisah lama. bukan keep on watching kisah lama dan berharap kau boleh ulang perkara yang sama kau lakukan dulu pada orang yang baru. 

macam bikin lagu juga. balik-balik ulang rockkapak sampai aku pon rasa nak kapak-kapakkan orang yang suka replay and replay and replay lagu 80's lama sebab tak ada buah idea yang baharu. kumpulan konon rockkapak zaman moden pulak tak habes-habes kunun2 nak beri nafas baharu pada lagu2 lama.nafas kau bau busuk tahu?! merosakkan lagu. ciptalah yang baru. yang anak-anak muda kita ni ketagih lagu2 indo dan dok nyanyi saban waktu saban hari sampai lagu tema percintaan korang pon pakai lagu indo padahal kutuk indo kaw-kaw-kaw punya. dasar manusia hipokrit. 

Jenny dalam film ni, aku terpikat benar dengan character dia. ada satu scene dia bawak si duda tu tengok concert Rogue Wave pakai lori Telekom punya casket. wakakakaka..lawak gile. tapi suweeet! sweet sebab dia usaha dan dia berani. pakaian dia pon cun. cantek. 

lagi cantik dengan semua ost film ni.
nah. ma fav. Dream by Priscilla Ahn


Long walks in the dark through woods grown behind the park, I asked God who I'm supposed to be.
The stars smiled down on me, God answered in silent reverie. I said a prayer and fell asleep.


oh ya, kau tak payah terburu-buru.
sometimes when you least expect it, love happens.
dan aku, dah tak pakai cermin belakang.
 aku hanya ada basikal sahaja. hahaa