14.1.11

Kisah Klasik Kita : ARPEGGIOS TERAKHIR

 Bacaan Hujung Minggu: 


"Kesampingkan yang lain. Cinta tu, nanti dulu ya. Sofia, cinta ni ibarat arpeggios atau bahasa mudahnya chord lagu yang belum sempurna. Ajaibnya arpeggios ni, bila disatukan dengan berbagai keynote dari instrument yang berlainan maka ianya akan menghasilkan satu alunan musik yang cukup indah! Jadi untuk arpeggios yang terakhir, Sofia tak perlu terburu-buru. Cinta tu sendiri akan datang dan menyempurnakan Sofia." ujar babah tenang. Nyata, aku perlukan sedikit masa untuk memahami teori ‘missing chords’ babah. Nyata pengaruh pekerjaannya selaku komposer musik sedikit sebanyak mempengaruhi falsafah hidupnya.

“Babah, im going to learn medicine, not musik lah! Hikhik” mengekek aku ketawakan babah. “We’ll see my dear..” jawab babah sepatah.

Aku lihat babah dengan renungan paling dalam. Aku mahu selam apa yang berada di dalam fikirannya. Mahu tahu isi hatinya. Merelakan aku, waris tunggal dan anak dara tersayang untuk berdiri di atas kaki sendiri di tempat orang bukan mudah buat seorang lelaki bergelar ayah tunggal. Tubuh ini dinutrisikan dengan kasih sayang yang cukup banyak dan perhatian tak berbelah bahagi hingga diri ini gebu dengan keceriaan dan kaya dengan sopan santun seorang gadis melayu.

Aku buka penutup kotak Lovely Lace dan letakkan di atas katil. Sudah kemas aku letakkan segala macam harta benda bernilai. Ada bingkai gambar berisi imej pegun aku dan ayah sewaktu bercuti di Danau Toba, Indonesia dahulu. Ada juga beberapa buah novel hasil karya Jane Austen hasil peninggalan bonda.

“Bonda..” ujar aku sepatah. Tak semena-mena terlucur laju perkataan itu keluar dari bibir mungilku. Babah hanya mampu tersenyum, usap lembut kepala aku, cium ubun-ubun dan berlalu pergi sambil pintu bilik ditutup rapat. Sehari lagi. Aku mengeluh perlahan. Ahh.. tiada guna kau mengeluh, Sofia. Keluhan kau bukan boleh bawa yang mati menjadi hidup kembali.. aku bermonolog sendiri.

Esok, aku akan akan menyusul kembali cita-cita bonda yang tergantung. Passport dan tiket penerbangan kelas ekonomi Gulf Air ke Cairo yang terletak di atas meja solek, aku pandang sipi. Aku kehilangan bonda sewaktu aku masih dalam susuan. Bonda terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya sewaktu menamatkan pengajiannya di tahun akhir jurusan perubatan. Dalam tidak sedar separuh daripada jiwa aku tidak sempurna tanpa bonda. Sungguh, aku bersyukur punya ayah yang sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah yang baik, namun masih, jiwa ini amukkan belaian daripada makhluk yang bergelar ibu. 18 tahun rintihan hati ini dibiar gersang sahaja. Tidak mengapa, aku sudah terbiasa. Sudah redha.

Kipas syiling diputar hingga kelajuan maksima. Perlahan sahaja aku membaringkan kepala di atas bantal. Aku peluk Mr Pooh rapat ke dada. Penat mengemas bagasi 30 kilogram masih berbaki. Muju ada Mak Minah, pengasuhku datang untuk menolong. Mak Minah sudah punya pengalaman menghantar anak ke luar Negara. Abang Amir, anak sulung Mak Minah kini berada di Jepun melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Angin sepoi-sepoi bahasa mula menunjukkan kemesraannya. Jauh aku mengelamun sedang telinga didendang lagu Last Arpeggios nyanyian kumpulan Bluedawn darii tanah selatan Korea.

 ***
“Dalam kehidupan berkeluarga, kasih sayang adalah seperti minyak yang melicinkan geseran, seperti simen yang mengukuhkan dan musik lembut yang membawa seribu satu keharmonian. Macam kau dan aku juga. Keceriaan kau adalah catalyst bagi chemical reaction dalam hubungan kita ni.” ujar Deshi Lee sambil senyum bangga. Aku ketawa terbahak-bahak mendengar teori baru pemuda cina itu. Deshi Lee adalah satu-satunya pemuda yang berjaya menambat hati muda aku sekarang. Satu-satunya dan aku harap dalam perlumbaan hidup ini, dialah pahlawan buat dunia dan akhiratku. Rambutnya yang pendek, badannya yang katang sesuai usianya remaja 17 tahun  dan fasih berbahasa melayu tanpa ada sedikit pon slanga cina memikat jiwa remaja aku. Bagiku, Deshi adalah sahabat paling akrab. Untung-untung boleh dibuat suami namun angan-angan itu tidak mungkin menjadi realiti. Keluarga Deshi berpegang teguh pada agama yang dianuti mereka iaitu Kristian. Jadi persahabatan kami hanyalah sia-sia bagi mereka yang mencemburui luasnya konsep cinta tanpa mengira usia mahupun agama. Tapi bagiku, semuanya tidak mustahil.

“Come here..” pintaku lembut. “What’s so funny about that, my little miss sunshine?” soalnya tidak puas hati dengan lagakku mentertawakan pujiannya. Little miss sunshine, gelarannya terhadapku. Deshi dakwa bahawa aku lah sumber inspirasinya, bintangnya di kala kesepian. Aku tepuk kerusi kayu perlahan menandakan ruang di sebelahku ini khas untuk dia duduk. Deshi hanya menurut. Dia duduk diam sambil mulutnya membebel perlahan. Tidak puas hati dengan aksiku barangkali. Kami menikmati permandangan indah di taman permainan itu dan aku pula memintal hujung rambut yang semakin panjang. Rambut ikal mayang, persis rambut bonda. Aku senyum kecil tiap kali teringatkan bonda . Kelihatan kanak-kanak usia tadika berlari berkejaran sambil kaum ibu berada di bawah rending pokok angsana dan berbual mesra. Petang ini, langitnya biru tanpa ada awan bergantungan menahan cahaya matahari dari memanah bumi.Hanya kedamaian menghuni hati apabila angin sepoi-sepoi bahasa membuai perasaan aku dan Deshi di bangku kayu itu.

“ Apa maksud nama Deshi Lee?” soalku. Jariku rancak mengupas kulit kacang tanah lalu bijinya disua ke mulut.
“Oh, Deshi bermaksud virtuous, macam berakhlak tinggi. Manakala Lee pula membawa maksud kekuatan.  I think t already told you about this gazillion times aren’t i?” Aku hanya mampu tersenyum bahagia. Aku akan merindui saat manis ini. Bulat matanya itu mampu mencairkan egoku, pandangan mata yang sangat telus, menyukarkan aku untuk berkata tidak dalam segala hal.

“ Ya. Aku suka nada suara kamu. Sentiasa yakin, bersemangat. Aku cemburu, tahu?” tegasku dengan nada sedikit tinggi. Aku jeling Deshi sekilas yang mula kelihatan serba tidak kena. Masing-masing diam, melayan perasaan. bungkusan kacang di tangan semakin mengecil saiznya. Apabila hanya tinggal habuk, Deshi menyuarakan sesuatu di luar jangkaan.

“ Sofi, aku mahu kekalkan nama ini bila aku menganut Islam kelak. Setuju?”

Aku angguk sahaja perlahan. Sudah beribu kali aku dengar cadangan Deshi. Lima tahun berkawan sehingga ke saat sudah hamper tamat zaman persekolahan ini aku sudah masak perangai Deshi yang kuat bercanda. Deshi berdiri tegak di hadapan aku dan berdeham kuat beberapa kali. Aku melihat dengan rasa pelik dan ingin tahu. Mulutku masih rancak mengunyah kacang. Lalu Deshi pon bersuara.

“Selamat datang ke upacara walimatul urus Deshi Lee Abdullah dan Sofia Salleh. Terima ka..”

Burrr…!

Habis tersembur kunyahan kacangku mengenai baju Deshi. Aku batuk kecil kerana tersedak dengan kacang yang dikunyah tadi. Ucapan Deshi terganggu dan dia menggelengkan kepala sambil menepuk belakangku perlahan. Batuk ku kian reda. Aku kemaskan ikat rambut yang semakin longgar. Terima kasih buat Deshi yang selalu mengharu-birukan petangku dengan jenakanya.

“Itulah, makan tak baca doa. Padan muka tersedak! Terharu ke?”
 Mengekek Deshi mengetawakan aku. bergema seluruh taman itu dengan suaranya. Gembira benar dia menyakat aku kali ini. “Tinggi cita-cita kamu, Deshi Lee?” sengaja aku memerli Deshi dengan mengeraskan suara apabila menyebut nama penuhnya. Deshi mengangguk suka.

Hatiku sudah jadi mendung berarak kelabu. Mana mungkin kami bersatu. Dia berketurunan Cina beragama Kristian manakala aku pula Melayu beragama Islam. Perbezaan jelas lagi ketara. Umpama bumi dengan Kripton! Melihat perubahan yang begitu ketara di wajahku, Deshi menukar topik.

“ Aku pernah beritahu yang aku ni pandai menilik tapak tangan?” soal Deshi. Aku menjawab dengan gelengan kepala. “ Tunjukkan aku tangan kau. Tangan kanan.”. Seperti disihir, aku hanya menurut tanpa bantahan. Menarik juga tilikan tapak tangan ni lebih-lebih lagi ini adalah pertama kali aku dengar daripada Deshi.

“ Palm reading ni bukan predict masa depan tau, tapi more to perkara yang kamu dah alami. Ada empat line penting iaitu cinta,life,nasib dan minda. Tapi aku lebih pakar tahap dewa bab garisan cinta dan hidup .” Ujar Deshi lagi sambil tersenyum kerang busuk. Deshi hanya memerhatikan tapak tanganku tanpa menyentuhnya. Salah satu perkara yang menyebabkan aku makin jatuh sayang dengan lelaki ini, dia punya keperibadian terhormat yang belum tentu lelaki muslim ada. Dia menghormati aku sebagai seorang wanita dan dia juga menyanjungi agamaku, agama Islam.

“ Garis hidup berdekatan dengan ibu jari membentuk garisan lengkung dengan sempurna. Garisnya panjang dan dalam, melambangkan kamu punya survival diri yang kuat. Tengok, garis tu melurus hingga ke hujung tapak tangan, maknanya kamu seorang yang berhati-hati dalam berkasih.”

“Kita tengok garis cinta kamu pula. Oh, garisan ni susah sedikit ya. Saya kena tenung dalam-dalam.” Deshi merapatkan mukanya ke tapak tanganku. Bezanya hanyalah seinci dan aku merasakan suatu perasaan halus bermain-main di pangkal hati. Deshi meniup perlahan tapak tanganku, lalu aku terus menjengtik hidungnya.

“Main-main pulak. Cepatlah!” suruhku. Aku sengih suka apabila melihat Deshi menggosok hidungnya yang mulai kemerahan.

“Garisan hati kamu panjang dan berbentuk lengkung bermakna awak ni seorang expressive, awak mudah meluahkan rasa cinta. That’s good.. hurmm..” tilik Deshi. Senyuman nakal bermain-main dibibir nipisnya. Senyuman memikat ala Goh Suu, pelakon utama drama Coffee Prince yang sangat aku gemari.

“Tapi..line ni ada garis pecah-pecah melambangkan kamu mengalami trauma emosi dalam hidup.” Ujar Deshi perlahan sahaja tapi tenang. Jantungku berdetup kuat.

“ Trauma emosi? Contoh?” tanyaku bodoh. Deshi terdiam. Matanya tajam melurut seluruh wajahku lalu mengukir senyuman kecil.

“ Seperti kehilangan seseorang. Sekarang, asal kamu bahagia, Sofi.” Semberono sahaja Deshi menjawab pertanyaanku. Aku terpinga-pinga. Mudah benar hati ini terusik apabila perkataan bahagia di pendengaran.

“ Bahagia? Bahagia.. tanpa kasih sayang seorang ibu? Aku tak sempurna Deshi..jiwa aku ni.. kosong..!” sayu sahaja aku berkata-kata.

Tiada ucapan penenang daripada Deshi. Serasa awan mulai meneduh tempat kami. Awan mendung berisi cecair bersifat neutral. Mataku pula mulai berkaca. Akhirnya pecah berderai empangan airmata itu, meluruti pipi gebuku hingga ke dagu tirus. Air mata ini tidak bisa aku tahan kerana teguhnya ia menurut prinsip konsep graviti. Aku tahan sendu yang mulai memainkan lagu sedih. Goyah benar aku kali ini di hadapan Deshi. Kata-katanya amat memilukan hati!

“ Adakah kerana aku lahir tanpa sempat melihat wajah bonda, membuatkan aku sudah tegar benar? Aku tidak sekejam itu..aku tidak sekeras itu Deshi.. tidak!” teriakku. Malangnya teriak itu mati di kerongkong. Aku kesat cepat-cepat air mata yang berbaki dengan harapan tiada siapa melihat perubahan aku di sisi Deshi.

“ Beri aku lihat tangan kiri kamu pula. Mari..” pujuk Deshi. Aku memandang Deshi dengan pandangan sinis.

“ Kamu mahu hina aku apa lagi?” soalku keras. Aku mahu dia tahu bahawa aku cukup-cukup terkesan dengan pernyataannya sebentar tadi. Aku mahu dia tahu bahawa aku memang kisah di atas apa yang telah menimpa nasibku.

“ Janganlah begini. Aku mahu lihat sebentar sahaja.” Pujuk Deshi lagi. Tapak tangan kiriku unjuk betul-betul di hadapan mukanya. Tindakanku kasar tapi biar saja dia tahu aku sedang memberontak!

“ Jari manis ni belom lagi dihias dengan cincin. Sepuluh tahun lagi, aku akan sarungkan dengan kilauan permata yang paling indah buat kamu.”
Aku terpempan. Petang itu, tiupan angin menyejukkan hatiku lebih daripada biasa. Seperti ada salju halus menyirami bara kemarahan sebentar tadi. Aku mencari kejujuran di balik anak mata perang milik Deshi. Nyata yang tergambar hanyalah riak wajahku yang sedikit terkejut. Daun-daun kering pokok angsana menghujani kami saat angin mulai bertiup kencang. Kepulangan kami ke rumah masing-masing diiringi gerimis hujan panas dan dalam hatiku, ada pelangi petang membiaskan warna cintanya di segenap ruang dengan penuh gemilang!

***

“ Six years kakak. I’ll be waiting for your graduation day.” Ujar babah tenang. Ada harapan setinggi Gunung Everest dalam pesanan ringkasnya itu.

“Do visit me in Egypt once in a while. Take care babah. Rambut tu, every two weeks kasi trimmed smart ok.” Ujar aku pada babah. Aku betulkan rambutnya dan selitkan di belakang telinga. Kelihatan uban seurat dua, aku hanya ketawa kecil. Perut babah yang membuncit ke hadapan aku tepuk beberapa kali sambil mengenyitkan mata.  Sengaja mengusik buat terakhir kali. Ahh..babah..jika kau tahu betapa gundah hatiku di kala ini..

“Mak Munah, tengok-tengokkan boyfriend Sofia ni ye. Report kat Sofi kalau babah tak ikut pesan Sofdi ni tau!” ujarku pada Mak Munah. Pak Kassim, suami Mak Munah ketawa besar. Mak Munah membetulkan jaket hitam aku biar kemas di bahu dan menepuk perlahan habuk yang melekat. Ciuman hangat melekat di dahi dan pipiku. Mak Munah memeluk aku dengan erat sekali seolah tidak mahu melepaskan.

“Sudah mahu pergi jauh anak dara Mak Munah ni, ya? Jaga diri sayang..babah awak tu, jangan risaulah.” Ujar Mak Munah lagi bagi menenangkan hatiku. Aku senyum kecil. Panggilan akhir bagi penerbangan ke Kaherah melalui pesawat Gulf Air bergema di balai perlepasan Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Aku cium segenap wajah babah dan bertukar salam dengan Mak Munah dan Pak Kassim. Aku tunjukkan passport dan boarding pass kepada pegawai pemeriksa. Sebaik sahaja kaki menuruni eskulator, derai airmata membasahi pipi. Mengenangkan babah, rumah dan Deshi. Deshi yang hilang tanpa berita sebaik sahaja tamat Sijil Penilaian Menengah. Tapi rasa yang aku ada pada Deshi aku bawa bersama ke bumi Kaherah, tidak mungkin aku tinggalkan rasa itu jauh di Malaysia. Tidak mungkin.

*****
apa yg akan terjadi? mampukan Sofia Saleh melengkapkan arpeggios terakhirnya? bagaimanakah dengan hasrat Deshi Lee untuk memeluk Islam? ohh katakan SAYA MAHU TAHU...! saya yakin cerpen ini bakal cecah 400vote dalam masa 99hari.har har har..saya mahu lawan cendawan sama alexiaaqram. 


mekaseh bebanyak kerana sudi membaca dari atas ke bawah ,kiri ke kanan.
untuk undi, taip AYAT SEKIAN DI LINK INI ye (right klik sudee) :- kisahklasikita.blogspot.com/arpeggiosterakhir 

'saya vote'
'saya undi'
'i love you fiq vertigo! i vote cerpen u muah muah'
'aku undi pon sebab aku kesian kat Fiq Vertigo. ameklah undi 50sen ni.'
'saya Vote sebab Fiq Vertigo paksa vote. saya vote anyway!'
'anda tak kutuk shawl terang2. saya vote cerpen anda'
'saya tak butthurt. saya undi sebab sy murah hati'
'lu gua, kita sejiwa. wa undi lu!"

ribuan kasihsayang dan doa aku titipkan buat muslim dan muslimah semua..mekaseh.

chow~~~~~