09 January 2011

Kalau benarlah dia

Sah dia yang menghantar mesej itu. Dia yang gila-gilakan dua malam aku sampai aku tak mampu nak lelap mata. Kang terkebil, kang katup, kang terbuka kembali dan synchronized lagi.. Haru.. haru.. 


Sah dia. Kompem. Perlu diingatkan, aku ini perempuan biasa. Kalau nak menulis, aku reti menaip semanis A B C tambah cendol pulut satu. Tapi kalau mahu daya ke-feminine-an aku terserlah dengan gaya bercerita tentang dia kayak jejariruncing,,ahh biarlah dia berlalu. Aku tak mampu menempek semua itu dalam saku blog Bidadari Besi. Biar tinta day-dreaming memenuhi ruangan ini. Aku selesa begitu. :)


ahh.. aku merapu lagi. Dia..dia..dia..apa tentang dia.. Dia kemas. Dia teratur. Dia gila. 




dan ya, kopi mekdi arabica itu kami janji mahu hirup bersama kelak. Pahit manis kekal bersama ya dakk.

tiada sebab untuk aku tolak kereta tamiya jika itu yang aku kepingin sejak dari kecil. yah, kecil. kini aku sudah besar. angka depan sudah 2. besarlah tu kan? besar kepala..besar hati..besar segala..! jangan besar perut! besar perut tu lombong penyakit tahu.  tamiya merah yang aku teringin sangat bawa ke litar ke taman tasik Titiwangsa. *gelak kecil. ape benda lah aku merapu ni..memori sekolah rendah bermain di kepala, hem..tamiya merah..*
sekarang aku dah dapat tamiya merah. jangan lah tamiya merah tu cepat sangat habis bateri. mengamuk sakan aku nanti.!


oh ya. Esok, dia akan segak berkemeja cokelat cair dan bertali leher cokelat tanah pekat. hurm, pasti dia nampak segak. tamiya merah memang segak. kan? *senyum sendri, tepuk dahi!*


tahniah Faizal Tahir, aku memang dah lama Hanyut dengan suara kamu. walaupon pak ajis satar tak ingat lirik Selamat Malam, tak mengapa, aku ingat! malah dendangan lagu itu yang memujuk hati ini saat diserang walang dahulu. Arghh dahulu..dah kelabu! Biarkan.


Jangan tanya mana aku tengok AJL. Live streaming terbaik dengan kondisi internet yang hanya benarkan aku tengok sehingga persembahan houdini oleh FT *Faizal Tahir bukan Faizal Tehrani*. Aku tengok dia pon tengok. ah... trimas technology.

pinjam kata2 dia; "Meleis-bodoh-butthurt-Ana Raffali menang-buat-group-anti-dia. Pure stupidity."


letak kata2 aku; "Hopefully I will be someone who you can trust like an old friend and someone you can lean onto"


Daydreaming? Aku harap tidak. Tolong ingatkan aku jika ianya daydreaming. Jangan simbah air, aku tahu untuk berjaga sendiri.


Optimis.