03 January 2011

Jangan Beralasan Lagi

Dukacita dimaklumkan bahawasanya jiwa Remy semakin parah.


ada satu macam puting beliung Helena membadai lantai jiwanya. segala bangunan2 ukhwah islamiyah jatuh tumbang. yang kekal terpacak hanyalah tugu peringatan namanya, R E M Y


Siapa Remy? usah dipanjangkan cerita. keberadaannya di sini adalah berkat tulang empat kerat ibubapanya berhempas pulas memastikan dia bukan dalam golongan buta babi mengikut jemaah Dajjal kelak. Ibubapanya mahu Remy jadi seperkasa Zulkarnain yang namanya terukir dalam kitab terakhir; mengalirkan cecair besi demi membentuk gerbang menghalangi yakjuj majuj datang membinasakan segala umat manusia.


"persetankan semua! yakjuj makjuj itu aku! aku! yang memakan daging saudara sendri, memaling muka dan membenci! akulah! aku.. aku!" bentak Remy. berderai air mata jatuh ke pipi lalu di sapu kasar oleh tangan yang memimpin. Remy terpempan. lupa, ada lagi yang masih sudi memimpin dirinya.


"Mari..! Usah jatuh lagi Remy!" gegak gempita suara pemimpin memenuhi angkasa raya. Hering dua tiga puak berterbangan membentuk pusar tepat di atas kepala Remy. matahari semakin meredamkan cahayanya. Maghrib mengambil tugas Asar.


"Mari! Aku imamkan kau untuk perbaharui imanmu! Mari!" Pemimpin menyentap tangan Remy lalu diheretnya lelaki marhen itu ke ruang wudu'. batang tubuh Remy dimandikan dengan tujuh macam air telaga ros, tujuh macam air salju Sinai dan tujuh macam mata air Zamzam. wudhu diangkat ke semua anggota berkenaan dengan sekali niat. beransur ke saf paling hadapan, di belakang imam. 


belom pon sempat dia mengangkat takbir, Remy jatuh tersungkur. autonomic nervous system nya sudah lemah tak berfungsi. sama ada voluntary atau involuntary reaction pon sudah tak berguna lagi. panas badanya seumpama dilayur atas panggang bbq party yang dia attend sempena new year hari tu. panas, tapi dia tak mampu kipas. nafas sesak. wajah membiru. pemimpin terus solat. mana nak dihirau Remy sudah bertamukan maut. solat pemimpin itu sangat kusyuq tau! 


Remy sempat mengakui keesaan ilahi, sempat mengakui status Rasul Allah Muhammad itu di sisi tuhannya. yang Remy masih sangsi, tempatnya di neraka. Jahannam milik Malik kah? Remy senyum sumbing. denyut jantung mati. degupan tiada lagi. semuanya telah end. khatam. habis. khalas. sadakallahulazim.


pengajarannya anak2 : "Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia tetap akan mengejar kita". nak putus asa? terpulanglah. jangan beralasan lagi. 2010 da lama habis, 2011 ko pon da makin tua, sayang.