06 January 2011

Hanyut



Bonda pesan, andai benar sudah sampai seru si perawan kepunyaan Bonda ini perlu pergi jauh dari famili, pastikan tali kasih sayangnya terus utuh dan tak mampu dirungkai oleh mana2 pedang sakti sekalipon. Hati Bonda terlalu rapuh jika melihat anak daranya ini melupakannya. Berpatah arang berkerat rotan, kata Bonda. Darah yang mengalir menghidupkan sel-sel organ anaknya itu adalah darah Bonda yang paling unggul. Segala hikmat nutrisi Bonda tanam dalam tubuh ini agar mekarnya bunga mawar ini kelak, mengharumkan dunia dan menenangkan semua yang mendekati.


Bonda pesan, jika suatu hari nanti nyata yang datang untuk memangkas bunga mawar putih ini dari kebunnya, pastikan dia pangkas dengan penuh hikmah dan berhemah. Bonda mahu lihat kekacakan hati si teruna itu dan seninya dalam hal mengambil cinta hati Bonda ini untuk menjadi suri dalam kediaman lain kelak. Bonda seperti ibu-ibu syuhada yang lain, mahukan yang terbaik buat anaknya. Jika dikabulkan permintaannya di Jabbal Rahmah, mungkin diizinkan Ya Rahman nanti, tenda serba kuning diraja meriahkan perkahwinan anaknya yang ini. Disamping sang puteri, ada putera raja yang lengkap berdarjat tinggi keimananya dan kukuh tugu ketaqwaannya dalam memimpin permaisuri menuju syurga firdausi.


Bonda pesan, bermain perlu beringat selalu. Jangan salah terpegang hati orang, kelak kalau terperangkap dalam jerangkap nafsu, kau kan parah, kata Bonda. Dalam memilih sahabat, biarlah yang elok budi pekerti asal senang mendayung lautan fitnah mahupon keji. Carilah sahabat yang memahami, kata Bonda. Yang penting, saling mendakapi jika ditimpa musibah dan bangun mencapai kecemerlangan bersama-sama. Hidup ini tiada apa yang mudah, kecuali jalan menuju neraka jahanam.


*******
Bonda, janganlah diam andai hatimu itu ku carik tak perasan. 
Bonda, janganlah bungkam bilamana aku tak mengendahkan.
sedarkan aku Bonda. Masih aku perlukan teguranmu Bonda!
Bonda, tariklah cuping telinga, cubitlah lengan, tamparlah pipi; aku janji aku tak buat lagi.
aku tak buat lagi, Bonda.


Harus bagaimana lagi..
Dan terus begini..
Dengarkan aku..
Lihat ke mataku..

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut




Bila kita jauh, kita lupa. kalau dah tiada depan mata nanti, mulalah teraba-raba.