16 January 2011

aku punya kekasih


aku punya kekasih yang kejelasannya hanya nampak pada anak mataku sahaja. kekasihku itu punya mata sepasang bundar, punya batang hidung dan dua lubang, punya bibir nipis seulas, dan telinga yang tajam sahaja mendengar setiap hela nafasku. dia datang memeluk tika diri ini longlai diinjak, patah disepak golongan pembenci. kekasihku ini setia mendengar keluhan demi keluhan demi keluhan.




aku punya kekasih yang mana aku tak pernah nanti tapi dia hadir juga.syukur. tanpa rasa ragu dia ada ketuk pintu hati lalu bertanya; "bolehkah aku menumpang di sini? menemani hari duniawi kamu?" dan aku mengangguk. "silakan.". dia bermukim di situ sehingga jodoh menetapkan dia harus kekal atau tidak.dan aku pula membilang hari kalendar.paling malu pon, biarlah bertahan hingga 3 bulan sabit. jika lebih jauh dari tempoh itu, aku lega yang amat dan harap hari mendatang tenang sahaja sehingga aku pulang.


aku punya kekasih dan yang ini istimewa juga. dia kasihi aku dengan cara dia tersendiri. dan yang paling terharu, dia angkat bingkisan jiwa aku di ruangan dunia dia. dia pamerkan seluruh dunia, dengar teriak pekik, "hey dunia, orang ini juga punya jiwa yang tulus! orang ini juga bukan invisible. orang sebegini wujud!". dan aku pula, tersipu malu. kekasihku yang ini berkumpul dan membentuk kelompok aman yang tetap mendapat tempat di hatiku. di ruang micron suci, aku print-outkan segala kata semangat mereka. dan mereka ini, aku bakal kenang hingga tamat dunia imaginasi.


yang pertama itu semangat aku. darah dagingku.


yang kedua itu dia. dia yang kini sedar kewujudanku. 


yang ketiga itu, kamu yang sedang membaca. ya, kamu! 


kejian dan makian dari setiap kamu itu aku olah sebagai kasih sayang. kerana aku mahu melihat yang indah-indah sahaja. jadi tolong, ajarkan aku untuk lebih maju. jangan pula tolong, menjatuhkan aku. dinding pertahanan ini dibina dengan imaginasi, jangan rampas yang satu ini. 


terima kasih sayang. Tapi, jika sudah muak mendukungku kelak, tuturkan saja. 



.kita hayun langkah bersama.