30 September 2010

Bila Lapar

Salam.

Gamaknya aku tengah sangat lapar..jadi aku terbayang Mamad yang jual krib di sekitar gamaah.

kalau Firakh (ayam) dan Lahmah (daging) dalam 9geneh je. tapi aku suka koktel = semua..dalam 12geneh.
lumayan.
wakakkakaa..
berjam baru habes makan


Nanti dah masuk kelas, aku amek gamba pak & mak arab kat sini eyh.. kasi korang tengok lifestyle depa macam mana..

pakai purdah + skirt jeans, amy whinehouse pon ada. tak lupa gayyah gayyah yang macho habes. Fakulti Engineering mamatnya memang mengancam habis. 

lapar nye..

btw,

KFC kat sini ada delivery.. kat Malaysia ada? tak de..

;)

p/s: ALEX, KO PIKIR AKU DUDUK SINI KERJA MENGUSHA JE 247? hmm..sambil menyelam minum air...glup glup glup..




Baik-Baik Sayang

Salam.


Semalam petang waktu di sini, aku dapat berita yang mampu carik hati. Anak aku telah di-wadkan akibat broncho sepsis - jangkitan dalam sistem pernafasan. Bonda kata, Harith diberi bantuan oksigen, IV antibiotic ampicillin dan sedut ventolin. Gulp. 


Mohd Harith Iskandar, auntie baru tinggalkan tak sampai dua minggu, Harith dah sakit-sakit. Auntie runsing sangat. Panggung kepala, pening.


Harith baru sahaja cecah usia 7 bulan. Kelahirannya membawa sejuta kebahagiaan dalam hidup aku kerna pada awalnya semua sangka 'Harith' bakal keluar dengan berjantina perempuan. Sedangkan manusia pon boleh silap, inikan pula mesin pengimbas x-ray kan. Harith lahir cukup sifat dan sihat. Fully breastfeed membuatkan Harith membesar sehingga kini mencecah 9.5KG, in his best condition.


Harith sukar duduk diam

Harith bijak. Suka tiru aksi papanya. Aksi paling menarik apabila Harith sudah pandai buat high five dan baru-baru ni Harith sudah pandai tepuk tangan. Harith tak pernah gagal membuatkan orang yang melihatnya tersenyum. Ini kerana senyuman Harith yang tak lekang di bibirnya itu mampu melembutkan hati yang sedang amarah.


Aku masih ingat lagak dia tika aku kendong dia rapat ke dada. Dia sengih hingga menampakkan gigi susu yang baru mula nak tumbuh dan menempekkan tapak tangannya ke hidung aku. Bau masam. Muka aku berkerut-kerut manahan tapi dia geli hati lihat aku begitu. Pernah sekali waktu aku baharu sahaja tidurkan dia, Kamal menelefon aku, jadi aku tinggalkan Harith sebentar. Tidak lama kemudian Harith teriak, terpaksa aku putuskan panggilan dengan Kamal. Pantang berjauhan. Harith nakal!


Sebelum kaki aku menjejak dunia Mesir, aku meluangkan sepenuh masa melayan karenah Harith. 7 bulan bersama masih tak puas. Sejak Harith lahir lagi aku menatang dia bagai minyak yang penuh. Harith tak pernah sakit teruk. Paling mendebarkan pon semasa dia demam kuning. tapi dia kebah cepat. Dia kuat macam auntie nya ini. Harith tak pernah merengek. Dia kuat!


Aku dalam kondisi hati yang sangat sedih tika ini. Aku tak mampu attend Harith. Ini dugaan yang pertama sejak aku jejak di tanah piraun. Bonda sedaya upaya tenangkan hati aku, tapi aku tetap risau. Sekarang kondisi Harith agak stabil namun jawapan itu belum mampu menenangkan aku.


Harith, moga Harith kuat ya. Doa auntie sentiasa untuk kamu sayang. Teriaklah jika sakit, auntie peluk kamu dari jauh. Teriaklah sayang.


Harith..memang bukan anak yang aku kandungkan tapi dia darah daging aku. Rindunya aku pada keletah dia. RIndu sangat-sangat.


Airmata yang mengalir lambat-lambat aku seka.

29 September 2010

Dia memang cantek

Dibandingkan dengan aku yang masih berhingus, dia jauh lebih ayu dan indah.

Jiwanya putih, suci. Pemikirannya matang mengimbangi hal dunia dan ukhrawi. Tidak seperti aku, digelumangi lumpur amarah yang tidak matang.

Dia wangi, aku hanyir. Bau aku bau dosa. Bau dia, bau indah..bau rumput surga. Kau pernah hidu bau rumput surga? Belum lagi..

Dia liang lentokkan jari jemari melukis pelan indah di langit, lalu ada gelongsor pelangi selepas hujan renyai yang sekejap. Aku hanya akan merosakkan segalanya dengan guruh,petir kilat dan awan gelap. Memunahkan harapan.

Senang kata dia Indah, dia Lawa. Kesempurnaan buat jiwa yang sederhana dan kachak.

Dia juga boleh menggubah lagu terindah, khas buat kekasih hatinya. Dia reti membahagiakan hati-hati yang sunyi jadi gembira dan happy. Aku hanya mampu menyeksa dan rabak hati-hati pencinta biar jadi serik.

Kayaknya aku ini tidak cukup Indah, tidak cukup Lawa. Menambah beban buat jiwa yang sudah cukup gulandah.

Mencari sinar biar kulit iman ini lebih putih barangkali?



Ya. Titik Noktah.

28 September 2010

Sudah Seminggu Lebih

Kali ni biar aku hidangkan kepada korang apa yang mata aku jamah selama aku bertapak kat sini. 

atas Bahrain. kotak kotak cereal yang ada banyak lobang.

 cuba teka mamat separuh bangla separuh arab tu tengah buat apa.. Namanya Jon. dia kerja sebagai attenden tremco; transportation paling popular kat sini. easy and cheap. dia tengah tarik customer naik tremco (separuh bas separuh van).

 ini panduan pelajar malaysia kalau nak keluar lebih2 lagi pada waktu malam. mesti berteman dengan musyrif atau ustaz dan kalau berteman inilah syarat2nya.. 
aku and house mates gamble saje..wakakakka..

pizza ni biasanya orang arab makan sekeping besar ni seorang. depa memang balun makan besar2.murah je dalam 18geneh. dua orang kat dalam gamba ni adalah ahkak senior. shantek, pandai, ayu..aiseh muslimah sejati..mahu? 

jalan jalan makan aiskrim di Mahattoh (lebey kurang tempat cari barang harian).aiskrim ni satu kon harga 1 geneh = RM 0.60. ada perisa strawberry,mangga,susu and chocolate. aku suka semua..! 
plus air buah kat sini pekat likat. terbaik!

from left Aisyah Nabilah,me and Nash Amirah (kami dok bertiga sebuah umah..heaven betol..kihkihkih..). kanan sekali kak Shafiyah as our senior tahun 3 kuliah At-Tib.
cantek kan? nak ngorat? husy...takleyh..!

masjid negeri Zagazig

 kereta ni tak laku kat Malaysia tapi bersepah kat sini.
bangga tak?
haha..

Nash and Aisyah.

ini masalah rutin kami kat sini. nak bukak pintu pagar rumah memang seksa. sistem kunci di sini agak complicated berbanding di Malaysia. so, tiap kali nak bukak pintu pagar rumah mesti ada Superman yang tolong.
aish..nasib badan..

 waktu tengah hari di City.

Amu (pakcik) ni tengah masukkan cotton candy dalam sarung bantal. dalam 20geneh sebantal.
aku tak nampak aksi ni di Malaysia tau..

aku sedang terapung atas sungai Nil sambil shoot gamba ini.

 pelajar Malaysia kat sini sangat berdikari. tak sampai seminggu dah boleh adapt dengan kondisi kat sini.
hahaha

 habis subuh di Zagazig. angin sejuk di pagi hari.

on tremco di kawasan berhampiran dengan Mahattoh. cost sorang naik tremco dalam 25sen sorang. taxi plak satu trip tak kira berapa orang cuma 3geneh = RM 2.40
kat Malaysia boleh dapat? haremm...

babah pernah cakap yang aku ni kalau sampai nanti tak sampai 2weeks dah abeh round tempat nie..betol!
tak sampai 2weeks aku boleh jadi tourist guide korang kat sini. transportation murah, cepat and senang nak dapat. dengan bantuan senior senang lah jugak nak gerak. tapi aku suka gamble je. main redah. baru best.kan?

bahasa bukan penghalang bagi aku..tapi arabian kat sini sangat teruja kalau anak dara melayu boleh berbahasa arab. untung-untung pak arab ajak kahwen! hahaha. kalau anak dara tua yang susah nak dapat pelawaan kahwen tu..boleh try test datang sini. hari hari ada pelawaan orang ajak kahwin.

banyak dugaan dan cabaran bertamu di tempat orang ni. tapi aku percaya,

"benih yang baik, dicampak ke laut pon boleh menjadi pulau"

kan?




19 SEPTEMBER 2010

Inilah harinya. Seawal subuh, aku dah terpacak di KLIA. Perasaan? Bercampur baur. Aku sudah tenggelam dalam suasana kacau bilau check in dan dalam masa yang sama menunggu kedatangan Mofasad & Sigg. Pertama kali bertemu dengan family aku buat mofasad nampak cuak. Nak sangat dia jumpa babah aku, boleh pulak kata babah garang. Jumpa dalam keadaan chaos memanglah haru.. :P

9.45am. inilah saat yang memisahkan antara semalam dan esok. Inilah ‘wall’ yang aku bina antara Malaysia dan Egypt. Seperti yang aku kata, jiwaku telah lama berada di Egypt. Saatnya telah tiba untuk satukan jiwa dengan jasad. Aku peluk kuat seorang demi seorang ahli family. Saling meninggalkan pesan. Sesekali mataku lirik kearah mofasad, yang berdehem tak sudah - nak jugak peluk gamaknya! Gaya Sigg sudah macam paparazzi, click sana sini. Aku sudah macam artis malaywood. Dang~!

Hati aku tenggelam saat aku lihat airmata bunda. Aku sudah pesan agar beliau jangan menangis, iron lady mana boleh nangis! Rembes jua. Terakhir aku peluk babah. Aku akan rindu bahu yang ini, bahu yang aku selalu amukkan amarah pada dunia, jua bahu yang memikul aku hingga ke saat ini. Terima kasih babah, terima kasih semua. Saat mahu melangkah pergi aku toleh, aku nampak Nana (my oldest sister) yang anaknya umpama anak aku, aku peluk erat. Payahnya untuk aku lepaskan. Rela..

Satu persatu wajah melepasi pandangan. Dia. Ada kesedihan di mata itu. Aku biar. Nanti hati hati yang terluka hari ini akan terubat sendiri. Plot ending; Lambaian dan cumbuan terbang  terakhir aku layangkan sebelum wayang perpisahan ini tamat. Air mata tumpah seakan tidak mahu berhenti, juga aku biar. Sebelum berangkat, aku dengar suara mereka yang tersayang buat kali terakhir. Memohon ampun dan maaf serta ucapan terima kasih. Terima kasih untuk dia dan sigg kerna sudi hadir meminjamkan kekuatan yang hampir rapuh.

Semasa take off, bibir aku tak putus doa dan salam.lemah benar time ni. Aku peluk beg sandang kuat-kuat. Teringat pada suatu waktu, ada orang dahulu yang boleh menenangkan. Shit!

Dalam perot belon terbang, aku koyak sampul berisi surat pemberian Syah. Aku baca dengan teliti..paling kepala ke sebelah kiri menghadap tingkap, sekali lagi rembes airmata dara. Filem kenangan bermain di mata. Tentang semalam, kelmarin dan waktu sebelumnya. Hari ini, I just can’t help it. Empangan airmata sudah roboh. Pak arab disebelah melihat aku sambil mengajuk; dengan bibir terjuih dan muka sememeh. Aku biarkan, mungkin itu caranya ingin buat aku ceria kembali. Maaflah, tak berjaya.

Sampai.

beger McD di Bahrain. 14 USD. hmffftt..!

Transit di Bahrain, hari masih lagi siang sedangkan di Malaysia sudah malam. 7jam melepasi lautan hindi buat pinggang aku sengal-sengal. Sambung 2 jam setengah ke Cairo. Makin naik sengal. Sampai di Cairo baru aku nampak waktu malam. Belon terbang aku melepasi sebuah pyramid kecil yang terletak di pinggir Cairo, sempat Firaun say Hye. Aku iakan saja. Orang di Malaysia sudah tidur barangkali. Mata aku segar dihidang pemandangan baharu. Angin yang berhabuk menembus masuk nasal cavity aku. Great! Angin bertiup bawa segala macam sampah habuk. 2jam perjalanan ke Zagzig menaiki bas menghidangkan pemandangan waktu malam di Mesir. Pukul 10 pagi Malaysia 20 september, baru aku nampak rumah & katil. Heaven! 

Selamat malam dunia Mesir.

25 September 2010

unta ensem disuakan, ayam kampung aku dambakan

entri khas untuk kamen, alvin n my mofasad sayang..

Assalamualaikum.

Jejak sahaja kaki kanan di bumi Mesir, aku terus ingat pesan kamen n alvin..yeahhh.. aku masih setia ingatkan AYAM KAMPUNG CAP SUNGAI BESAR. Doakanlah ingatan aku tak mudah kabur ye!

(aku online ni pon waktu tengah hari di sini, sambil sambil tunggu ayam idop kena sembelih kat kedai, buat lauk kat rumah.)

wireless tak masok umah lagi...kang nanti da masuk, aku haplod gambaq banyak2..! aku kat CC ni..sebelah kanan aku ada sorang mat arab; hidung mancung terletak, putih melepak, tinggi tegap.. mak aih.. gugur jantung melayu aku..hahahaa

tapi yang tak blah, pakai baju ketat melekat, neck V, sudah macam gayyy..lalallalalalalalala~~~ gulp! suka aiii nyahh..hahaha

line telepon kat sini celam celop..bikin hati panas saje. apa apa hal pon aku redha. mofasad pon kena redha.

terima kasih buat doa dan kata-kata semangat kalian semua. walau kita jauh, tapi 'jiwa' rasa dekat.
rasa tak? ada rasa? kuikuikui...

bila lah kelas nak setat...semingu lagi..semangat yang korang dermakan dah meluap-luap nie. tak sabo-sabo!

till next time sayang sayang semua.

tolong jaga ayam kampung tu elok2! kalau boleh kurung, kurung lah. payah2 buat masak ayam berempah pon sodap.

wassalam...

19 September 2010

KAU YANG AKU SAYANG








All my bags are packed I'm ready to go

I'm standin' here outside your door

I hate to wake you up to say goodbye

But the dawn is breakin' it's early morn

The taxi's waitin' he's blowin' his horn

Already I'm so lonesome I could die



So kiss me and smile for me

Tell me that you'll wait for me

Hold me like you'll never let me go

Cause I'm leavin' on a jet plane

Don't know when I'll be back again

Oh babe, I hate to go



There's so many times I've let you down

So many times I've played around

I tell you now, they don't mean a thing

Every place I go, I'll think of you

Every song I sing, I'll sing for you

When I come back, I'll bring your wedding ring



So kiss me and smile for me

Tell me that you'll wait for me

Hold me like you'll never let me go

Cause I'm leavin' on a jet plane

Don't know when I'll be back again

Oh babe, I hate to go



Now the time has come to leave you

One more time let me kiss you

Close your eyes I'll be on my way

Dream about the days to come

When I won't have to leave alone

About the times, I won't have to say



So kiss me and smile for me

Tell me that you'll wait for me

Hold me like you'll never let me go

Cause I'm leavin' on a jet plane

Don't know when I'll be back again

Oh babe, I hate to go



Cause I'm leavin' on a jet plane

Don't know when I'll be back again

Oh babe, I hate to go







18 September 2010

Tuah Berbaju Kurung Merah di Malam Terakhir.

Salam

Malam ni malam terakhir  aku ronggeng di Kolumpo. Aku singgah tempat command rakyat tempatan selalu melepak dan mencuci mata; pasar malam. Setiap malam Isnin dan Sabtu mesti aku ronggeng ke sana. Kalau tak pasal wantan goreng, aku jalan tengok manusia bersesak. Suka.

Malam ni malam istimewa. Aku berpakaian baju kurung kaler merah sambil jalan gedik gedik manja. Dari jauh aku lihat tak banyak gerai yang dibuka. Gerai jual apam ada. Lagi aku senyum suka. Aku tahu abang jual apam tu syok kat aku since aku lepas Spm dulu. (Abang tu punye kuit macam sam shaheizy..nyahh…kuit betoii..hahaa.) Macam aku tak kenal lirikan gatai tu; sama macam lirikan mofasad bile dia nampak aku. Hahaha..

Kali ni lain sikit, abang apam berani tegur. “hye…”. Aku senyum sambil mata juling.hangauuuuuuuuahahahahaha.. sempat dia beri apam seringgit. Alhamdulillah..tuah baju kurung merah.
Selesai bertentangan mata, aku teruskan pencarian wantan goreng. Nasal cavity tak begitu membantu sebab aku demam selsema..kalau tak..sebatu aku dah boleh bau wantan goreng. Hampa. Tak jumpa.

Round punya round , aku terpana..kekasih lama di depan mata! Hekhekhek..taklah..senior aku di zaman sekolah dulu rupanya.. nama beliau Hyze Azri. YES..nama yang takkan aku lupa (Macam nama Mohd Farid Sadri..yes..aku takkan lupa nama tu..jugak) . Mata kami bertentangan,sekali dunia berputar perlahan..dah macam citer matrik! Dia senyum, aku pon! Haisyyyyyyyyyyyyy…! Tuah baju kurung merah lagi.
Kuch kuch hota hai?

Nehi..nehi…kabhi nehi!

Kisah lama..biar saja…hahahhahahahakktuihh..

Malam ni aku syok sendiri dibuai angin sepoi sepoi bahasa. Aku tenggelam dalam peluh orang ramai di pasar malam. Malam aku tidak berakhir di pasar malam sahaja.. tuah baju kurung merah membawa aku ke rumah terbuka seorang jiran. Untung-untung aku dijamu soto and nasi dagang. Feberet.... feberet....nyum nyum nyum....! puas makan, dihulur pula duit raya! mak aiihh..lebat rejeki aku malam nieh.. syukur..! Bergerak pulang ke rumah.

Pagi esok nak berangkat dah. Biarlah malam ni tuah baju kurung merah bawa aku ke dunia lama. Malam ni si dia mahu telepon puas2. Sampai bengkak cuping telinga katanya. Pesan Alvin, sampai sahaja Mesir, anytime aku boleh on9, first thing, aku kena bagi repot kat wallpost fb dia (Ceyt! Yang utama mestilah didahulukan Alvin..mana boleh potong line..! hahaha..)..tak mungkin mudah aku melupakan ayam kampung walau unta di sana segak belaka..tapi yalah, ujian datang bertimpa..aku cuba!

kepada Kamal Khairy, seorang sahabat yang tak pernah jemu dengan aku. sedang aku menulis ni, beliau dendangkan lagu untuk aku melalui panggilan telefon. each time beliau call, wajib beliau nyanyi untuk aku! "Bersama" , "Sahabatku" and " Maafkan Teman". Kamal, terima kasih ya! Mendengar suara lunaknya buat kali terakhir..cita-cita terpendam beliau mahu jadi penyanyi... Aku doakan yang terbaik Allah berikan untuk beliau..insyaAllah.

mofasad pon pernah nyanyi untuk aku.. 150jutakali by Fynn Jamal. suara beliau? perghhhh...! kalah Nash..wakakkaa.. sumbangsaran...!!!

terima kasih sayang... ;)

Bertuah aku...ya,masih berbaju kurung merah tadi..

Tuah malam ini aku dah tahu.. malam esok,lusa siapa yang tahu..kan..?

p/s: hujan lebat di luar saat aku sedang menulis. rahmat Tuhan. alhamdulillah.

Salam.

Untuk yang mengenali diri secara personally atau tidak..kurang lebih 24hours lagi aku akan berangkat ke KLIA dan menyusul selepas itu menaiki penerbangan ke Mesir. Aku ke sana demi menyambung pengajian dan kejar cita-cita yang bagai nyawa-nyawa ikan. Inilah chance yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt atas rezeki ini.

Khabar ini aku kongsikan bersama keluarga dan teman-teman. Respon semuanya positif. Untungnya aku apabila Mofasad aka sultan blogger mahu turun padang hantar aku di KLIA nanti. Khabarnya Siggplus akan turut serta. Jadi hulubalang, kata mofasad. trimas banyak2.

Aku menulis wasiat ni dalam diam yang paling indah. Hanya sendu yang berlagu. Kenapa? Aku pon tak tahu.

Lately ni aku mengaku, aku banyak sakitkan hati dia. Hukumlah aku untuk itu. Bukan sengaja jauh, tapi untuk dia prepare..aku bukan selamanya di sini.

Jadi, aku nak tinggalkan wasiat buat teman-teman yang mengenali dia; MOFASAD - yang suka amek gamba ala-ala gayyyyahhhh..~~

~Tolong tengok-tengokkan perot beliau..kalau makin surut laggiii bagos..!

~Kalau dia balik pukul 5am lepas main futsal, make sure dia stay up sampai Subuh, takut     hanyuuuuttt..

~Kalau dia main mesej/phone call time bawak keta…tolong cubit perot dia kuat2..! takpe..aku redha!

~Kalau dia moody, ceria-ceriakan dia. Dia mesti suka ulang tengok crite Piranha tu byk kali. Dia paling tak kisah tang tu..

~Ingatkan dia ttg cita-cita dia..jangan biar tergantung.

~Kalau dia mesej/kol, cepat2 jawab tau..nanti dia merajuk.buruk!

~Bila dia merajuk, pujuk.. kalau merajuk lagi, tarik muncung dia panjang2! Kasi kejam siket!

~Jangan biar dia tido sorang2 dalam kereta, bahaya! Berteman takpa..yang jantan sahaja ok ;p

~Kalau entri blog dia jiwang karat abeh..maknanya beteri dia kena charge balik. Ikot suka korang la nak charge ikot mana pon.

~Kalau nak pilih makwe baru untuk dia, pilih yang cantik, yang gedik dan mengada-ngada..jangan pilih macam dia nieh!


aku tak pandai nak jaga hati orang, sebab tu hati dia calar balar aku kerjakan.

aku pon kurang pandai dalam hal hati..jadi pandai-pandailah dia jaga diri.

mungkin lepas ni sukar tengok aku update entri...almaklumlah..skru dah ketat..mana aku nak ke laut lagi..hahaha..

cau cin cau..

16 September 2010

Satu, Dua, Tiga.. Infinity.

satu.
Masa yang berlalu terasa amat pantas meninggalkan aku jauh dibelakang. aku yang kecil dulu telahpon besar panjang. tiada beza, aku masih lagi terkontang-kanting. Sudah 7 tahun berlalu, masih aku berendam dalam air mata. pemergianmu semakin memakan diri ini. terlalu menyakitkan. aku consider segala apa yang sedang berlaku kini- peristiwa yang berlegar antara kau, aku dan mereka- adalah ubat paling pahit yang terpaksa aku kunyah dan telan biarpun payau lidah dan tekak. hanya kerana ubat itu adalah ‘hadiah’ daripada seseorang yang aku kasih, aku kuatkan jua. walau lunyai hati aku mereka kerjakan, biarlah. mereka takkan dapat nafikan hak antara aku dan kamu yang sudahpon termaktub di luh mahfuz. jadi aku putuskan, untuk terus kunyah dan telan ‘ubat’ hasil kehidupan yang kau tinggalkan untuk aku. redha.

dua.
waktu itu hujan renyai, membasahi bumi tuhan. dalam keramaian manusia yang menguruskan kamu, aku hanya mampu bungkam diam. setiap perilaku aku berdasarkan teori dan logic akal. automatis dan hanya bertindak apabila diiring. ruang emosi aku tertutup rapat. aku sudah tidak kenal erti sedih apatah lagi meratapi kehilangan yang amat besar. hati kaku. batu. langkah pertama dan kedua, aku berhenti dan berpaling buat kali terakhirnya ke arah mu. langkah ketiga dan keempat, aku mulai gusar dan risau, bagaimanakah keadaanmu kelak di ‘rumah’ baru? air mata kian menitis laju bersama-sama hujan lutsinar. aku gagahkan kaki untuk mengorak langkah kelima dan keenam, rasa senak menghurung diri. sedar inilah perhentian terakhir buat kamu. langkah ketujuh aku berhenti, duduk, dan menangis sepuas hati. aku teriak dalam kesunyian yang paling dalam. aku sedar kau sudah ada dua malaikat sebagai peneman baharu, dalam alam baharu yang menyambut kamu seperti mana yang telah dijanjikan dalam rangkap sumpah saat rohmu dimasukkan ke dalam jasad saat kau bersatu dengan dunia. Dan ini adalah pengakhirannya.

tiga.
anak kecil itu ketawa mengekek, geli hati dengan usikan mu. kamu pandai bermain kata dan mengacah anak kecil itu tiap kali dia bersedih. muncung yang panjang sedepa sekelip mata hilang bila kamu beri pelukan kemas, erat dan ramah. kamu titip setiap yang diperlukan anak kecil itu dengan usaha dan doa keberkatan berpanjangan. mana mungkin anak kecil itu mampu lupakan hangatnya kasih sayang mu. sampai tua besar panjang pon tak mungkin dapat lupakan. terutamanya saat mengaji kitab Allah bersama-sama belajar alif..ba..ta..dan seterusnya, dan saat kamu ajarkan dia pakai tudung buat kali pertama serta betulkan pelat anak kecil itu tiap kali dia berbicara. anak kecil itu akan sentiasa terkenang dan merindu. biarpon ketika kamu lapkan air hidung yang meleleh lambat, dia tetap akan kenang dan berterima kasih dalam diam, dengan sepenuh hati. kamu berjanji dengan si kecil itu, “aku akan hidup 100 tahun lagi untukmu, sayang.”. bahagia dengan senyuman tanpa gigi merekah di bibir.

long live my guardian angel.
tiga,dua,satu.

kalau orang lain ada opah, embah, tok ki, tok wan etc etc.. aku ada dia, si guardian angel. yang memerhatikan aku dalam mimpi yang panjang.




Fitnah vs Bunuh


Semalam mereka bercanda dan mentertawakan pilihan hati aku. Aku diam. Bila ditanyakan mengapa harus taktik ini yang aku pilih, aku diam. Senyuman manis diberikan.

Ceita kedai kopi berlarutan hingga ke rumah, mereka tidak tahu menilai antara fitnah dengan khabar benar. 

Mereka gugat keimanan aku. Mereka mahu uji kesabaran yang aku miliki.

Tidak mengapa.

Esok nya aku tanya kepada salah seorang daripada mereka.

lu mahu kena pisau rambo atau lu mahu kena sabit? Lu pilih, mau wa rodok lu pakai apa..senang kerja wa. Bia lu mati kasi puwas hati woo..”

Dosa ‘makan daging sedara’ lebih besar daripada membunuh. Aku dah pilih pilihan aku.


Kau?

Jawablah! Bisikkan di telinga, aku mahu dengar..

Berebutkan Aku


Aku tak punya apa-apa. Tiada harta, tiada pangkat mahupun rupa. Asal usul ada, kerna kita semua lahir dari rahim Hawa yang sama.

Aku menjadi harapan bonda, sandaran buat ayahanda dan taruhan keluarga untuk bertarung merebut peluang keemasan yang diberikan Tuhan. Aku tidak meletak sebarang apapon batu penghalang di jalan hadapan, kerna setiap batu yang menghalang itu aku jadikan sebagai pemangkin untuk aku melompat lebih tinggi. Menggapai bintang di langit bukannya mudah. Perlu bahan pembakar semangat yang banyak dan iringan doa yang berkat. Barulah menjadi.

Sejak dua menjak ni.. ramai yang berebutkan aku. Merebut perhatian dan belas kasihan. Merebut kasih sayang yang masih tak luak. Merebutkan jasad yang masih bernyawa. Ada antara mereka yang khabar, hanya jasad aku di sini tetapi fikiranku sudah lama bersemadi di tanah anbiya, tempat yang bakal dituju nanti.

Aku lihat bonda tekun, menyusun satu persatu persalinan yang perlu aku bawa masuk ke dalam bagasi besar. Aku sudah lama tewas melihatkan ketabahan itu. Jika kau, kau mampu terus lihat dan bersandar sahaja? Sang ibu itu tabahkan hati mempersiapkan anak kesayangan untuk pergi berjihad buat masa yang lama. Jika kau,Ya letakkan kau ditempat aku, sebagai manusia yang punya hati dan akal, kau sanggup untuk melihat sahaja?
Mati hidup semula pon aku tidak mahu lihat mata itu bergenang, tahu?!

Biarlah untuk beberapa hari ini tinta hitam berkabung kerna ‘kehilangan’ diri buat seketika. Sementelah aku kan tidak punya apa. Pesan ku hanya satu, cariklah bahagian mana yang kau mahu carik daripada aku, agar kau bahagia punya secebis daripada aku sedang diri ini masih bertapak di sini.

Pelukan erat dan renungan mata yang manja aku kirimkan buat mereka yang jauh di mata. Maafkan aku jika aku tidak mampu secara zahir, memuaskan hati kalian semua. Bukan sifatku untuk kejam pada hati-hati yang cakna, tapi aku harus melukakan juga. Harus atau ada hati yang lebih parah kerana perbuatanku kelak.

15 September 2010

Bunuh & Rasist

Salam syawal.

Semalam  waktu malam aku gerak NSK, pasar raya borong di selayang.  Sambutan cukup memberansangkan daripada pembeli terutamanya daripada kalangan kaum melayu. Rata-rata membeli barangan mentah untuk menu jamuan rumah terbuka. Aku pon tidak terkecuali. Bezanya aku buat jamuan tahlil memperingati orang yang sudah meninggal dunia dan juga majlis doa selamat untuk diri sendiri.

Rata-rata pekerja di NSK adalah pendatang asing yang berkulit gelap dan berhidung macho ala-ala Hrithik Rosyan. Kebetulan pula aku terbaca akhbar Harian Metro petang tu. “Datuk Sosilawati dipercayai DISEMBELIH”. Aiseh… peluh mulai memercik di dahi. Aku toleh kanan kiri.. yindia.. thambi…
Dahi dah berkerut seribu, kening lawa aku pon dah bersatu. Tak boleh main macam ni.

Aku bisik di telinga Babah.

“kita grap yang mana patut je, lepas tu kita blah cepat. Wokeh??!!”. Babah pon angguk setuju. 

Laju sahaja aku bawak troli. Isi sayur-sayuran, daging batang pinang,tepung cap kunci dan sebagainya. Pergerakan aku amat cemas. Degupan jantung semakin galak tiap kali aku nampak kelibat si hitam manis. Tapi air wajah aku tetap chill. Sesekali jari jemari memicit keypaid, membalas mesej sultan blogger yang sakan menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

Selesai bayar di kaunter yang sangat lembab, destinasi terakhir adalah tempat jual telur; luar bangunan borong.

“ anney, telur dua dozen.” Ujar babah. “wokeh, sikit punya hal.!” Jawab si hitam manis lalu menghulurkan kotak telur pada aku.

Renungannya tajam.! Senyumannya nipis dan sinis. Tegak bulu roma aku sekejap. Aku lurut-lurut tangan. Bulu roma jatuh semula.

Gulp!

Ngeri.!

Aku terbayar pisau rambo, minyak petrol dan bom C4.

Aku raba pergelangan tangan, fuuuhhhh~~ nasib baik aku tak pakai jam. Mana tahu kot kot dia berkenan. sengih sumbing.

Malaysia ku gemilang! kasi naik semangat sikit!

Pesanan tanpa penaja; Kita tidak perlu bersikap rasist. Tapi kita perlu mengamalkan sikap berhati-hati!

Chalo betey!

Kalau tak kenal maka tak cintaik...

Salam Syawal.

14 September. Ini tarikh bergegarnya medulla oblongata aku apabila di-lazer oleh orang yang sangat aku hargai. Kewarasan sifat romantik aku telah menular masuk dalam jiwa dia; yeah..dia yang terkenal dengan jiwa rock kapax tapi hati ada taman, bukan Taman Rasyidah Utama tapi Taman sorga cinta. Saat aku sedang menaip ni, aku diserang demam; konon terkena panahan cupid. Parah aku kali ni. Hati ini dipanah buat kali ketiga, tapi panahan kali ni disusuli dengan janji setia. Rapuh sungguh hati ini bila masuk bab cinta. *ketuk kepala.

Buat julung kalinya aku ke ibukota berpakaian perempuan melayu tulen; tidak, bukan berkemban ala Sofia Jane tu, aku pakai baju kurung ler..amek semangat raya ;). Si Dia pon mengada mahu pakai baju melayu kuning diRaja. Sultan Blogger lah katakan.

Cerita panjang jadi pendek, sebelum menonton wayang pacak kami mengisi perot dengan juadah kedai Siam. Dia makan apa yang aku mahu makan. Katanya, barulah romance-tik  =.=”

Tuanku sultan blogger ajak aku nonton movie Piranha. Disebalik sipat kemachoan rock kapax beliau, ada sipat kelembutan rupanya. Hilang sudah suara macho ala Nash Lefthanded, beliau menjerit ketakutan ala-ala ZianA Zain sewaktu klimaks movie tersebut. katanya terkezot! Berderu darah ke muka aku masa tu gelakkan dia dalam diam. Aku kira, kemaluan beliau hilang sebentar.ngehehehe..

Mungkin betul kata wong ah ian, tak patot beliau ajak aku layan cerita bogel almost 1jam 30minit ni. Mungkin movie disgustingly porno – seram ni patut dilayan bersama ahli penasihat sultan blogger yang lain. Tak pasal-pasal surut pahala ramadhan aku.ekekke..

Janji temu kami dipenuhi dengan gelak tawa dan rajukan manja si dia. Ikotkan hati, mahu saja aku tinggal dia tang tu jugak. Berani mati mahu aku pujuk? Mintak maaf lah. Laki aku si Fahrin Ahmad mahu campak ke mana? paling aku kutuk diri sendiri apabila aku secara desperatenya minta tolong si dia topup sikit untuk belikan gajet yang aku mahu sejak sekian lama. Muka bahagia tak hingat time tuh..wakakakkaa.. 

Janji dia, mahu hantar aku berlepas pergi nanti. Bahagia. Pertemuan kami berakhir dengan Assalamualaikum. Bila tapak kaki aku melangkah 20 tapak ke hadapan, aku toleh belakang. Aihh.. sudah hilang. *senyum kambing.

1 tentang dia, dia tidak lokek. Kejam tak aku?? 1st date dah buli dia..wakakkakakaa. 2nd tentang dia, dia hormat pendirian aku; aku takkan naik kereta berdua je dengan dia. Kalau aku naik hantu, sape nak tanggung? Hahaha.. 3rd tentang dia, dia ingatkan aku tentang pendirian aku sendiri – dah cuba baru merasa! Pengalaman itu penting, jadi sebelum aku tinggalkan dia buat beberapa lama ni, dia mahu status baru. Dia pon sudah lama menduda. Sebab kalau tak kenal maka tak cintaik kan kan kan..??!!

Tinggal kurang lebih 4 hari menjelang hari aku berlepas pergi. Bak kata orang muda-muda, Kalau sayangkan laki tinggal-tinggalkan.


*time nieh dia nak tilik tapak tangan aku*
*aku memang tak gedik, tapi dia jauh lebih mengada-ngada daripada aku.*

Sudah lebih 150jutakali awak ucap kata sayang, kalau menjadi plan6tahun, Sampai Tua tetap jadi milik awak, sayang..




end.