14 December 2010

Sparkle Sparks On Me

Atas dasar apa diri mu itu aku bisa maafkan tanpa ada sekelumit pon dendam yang masih membara?

Atas dasar apa hati ini butuh memperuntukan sedikit belas terhadap kekejaman yang pernah kau 
lakukan..sedang luka yang kau robek dulu masih berdarah? Semakin bernanah..

Atas dasar apa harus aku lupakan segala kenangan yang kau gambarkan setiap kali kau dengan ku?

Atas dasar bekas kekasih?

Itu yang paling aku tak mahu..itu yang paling aku gerun! kerna bagiku bila berkasih-kasihan tiada yang berbekas, kenangan itu tetap tumbuh mekar, malah ranumnya membuahkan semangat yang ada untuk aku terus hidup.

Foto hitam putih itu dironyok kemas dalam genggaman lalu dicampak ke dalam tong sampah. Yang ada kelihatan gambar pegun seorang wanita cantik, bermata bundar dengan pakej senyuman indah menawan seolah sedang ketawa. Bahagia dalam persalinan gaun putih perkahwinan. Di sisi wanita itu ada Rahmat berpakaian formal dan lelaki lain-bertuxedo hitam. Lelaki asing itu memeluk pinggang wanita cantik dengan erat. Foto perkahwinan.

****************
Rahmat mematikan telefon bimbit lalu dia simpan dalam kotak Rayban. Kotak itu dibawa ke dalam laci. Tutup rapat semula.

Biarlah dia yang bawa diri. Beg galas atas belakang, dipegang erat talinya. Kasut but coklat Dr Cardin yang disarung berbunyi detup detap. 

Berbekalkan al quran dalam poket winter coat dan sedikit persiapan bagpacking, dia berangkat ke luar dari rumah.

Allahuakbar!

Destinasi seterusnya; Kaherah.


__________________________________________

salam 'alaik.

sekadar mengasah pensel yang kian menumpul. kalau asah pakai sharpener 20 sen agak2 layak bertanding 

bila dapat proposal *echen, proposal lah sgt..tak maluu..hik hik hik* dari brader Linglung, excitability aku tak dapat dibendung lagi. terus aku roger Abrar, seorang member yang tulisannya aku senang dan dia sendiri ada kumpul cerpen2 enak untuk aku kunyah.. juga aku ada invite beberapa blogger yg aku kenal..secara maya.. hehe.

so, sesiapa yang nak cuba2..silalah ke kisahklasikita.blogspot.com untuk lanjutan.

just listen to the magnificent voice of Mighty Yuna. Bagaimana kalau aku sparkle - kan cerpen utk kontes tu based on this song..? mungkin payah bagi burung yang selalu patah sayap macam aku ni..kan?