07 December 2010

Persis Kamu

Persis gaya yang ini, ya.

Babah duduk tenang di kerusi rotan sandar di balkoni. Di hadapannya ada meja kaca kecil dan dua-tiga buku medical management setebal dua penumbuk manakala di tangannya ada surat khabar Harakah. Cermin mata kecil terletak atas batang hidung mancungnya. iras wajah babah persis wajah arwah tok ayah, yang berketerunan pakistan aku kira. janggut babah yang kontot ada sedikit warna oren-perang keemasan. sesekali babah berdehem. mungkin kering tekak setelah lama bermujahadah dengan bahan bacaan yang macam2.

aku lekas letakkan se-mug nescafe 3-in-1 tongkat ali dan sepinggan buah mangga potong di atas meja. 
"Mangga di pokok rumah lama. warna kuning lemak sedap woo.." Ngap! aku suap sepotong mangga ke mulut babah. babah kunyah perlahan sahaja sambil berkerut dahinya, habis mangga ditelan, babah menjelir lidah.. "masamnya..!!!" dan aku hanya mampu mengekek ketawakan babah. hahahaha

aku duduk di lantai, berteleku di sisinya. sengaja petang2 hari cuti begini aku mengusik babah. kebanyakan masa aku habiskan dengan berdiskusi dengan babah. diskusi tentang politik malaysia, tentang kewangan dan kapitilisma yang kian menjerut leher rakyat malaysia. jarang sekali babah sentuh tentang hal manusiawi. kalau babah mahu turunkan 'firman', babah lebih suka cerita tentang zaman mudanya di kampung. banyak moral, banyak punca semangat babah sekarang berasal dari situ. semangat untuk membesarkan aku, anaknya yang paling lenja, yang paling sulung.

aku seronok berbual dengan babah. kata-katanya tak pernah ada yang sia-sia. babah lebih suka dengar anak-anaknya merapu, berceloteh dan dia akan matikan celoteh kami yang semakin meraban itu dengan turut sama bergurau dan memberi peringatan secara halus tetapi tegas.

" Memanglah seronok jalan sana jalan sini, tapi kalau kerja sekolah tak siap, 'kepit ketam' pon berjalan jugak nanti..! ehehhehehe.."

kepit ketam. istilah yang babah bina sendri bagi menggantikan istilah cubit. bertebaran aku dan adik2 melarikan diri tiap kali babah sebut 'kepit ketam'! tapi tak.. aku tak pernah kena kepit ketam.. Paling 'dahsyat' pon, babah punished aku dengan gosokan di kepala *habes rambut aku terabur* , peluk bahuku dan tepuk belakang beberapa kali, itu pon jika aku keluar sehingga angka di dinding rumah mencecah jam 1100.

"Babah ni handsome la..". Sepotong mangga aku sumbat ke mulut dan berlalu ke dapur.

Ilusi aku terbayangkan peneman hidup seiras Farid Kamil, sedang membaca buku dengan wajah yang serius penuh kosentrasi dan aku pula melihat dengan rasa takjub sambil berteleku di sisinya juga. =D

manusia tanpa impian bukanlah sesiapa, kan?