20.12.10

Lalat penghisap darah

Salam alaik.

Semalam, ada yang kacau ganggu waktu tidur ku, jadinya pagi ini aku bangun dengan rasa lemah. Aku raba dahi, berbonjol bonjol dibuatnya. Tiap2 malam pasti kejadian yang sama berulang. Aku diserang oleh lalat penghisap darah. Bukan nyamuk, tapi lalat! ya, jangan buat2 terkejut beruk makyeh, google sendri lalat penghisap darah anak dara trangtengteng ni ok.

dah sejuk2 ni pekena kopi cino secawan lazat jugak.
tengok bonjol2 kecik kat dahi aku tuh..puas selubung dalam saratoga dah, lalat selinap masuk jugak.
lalat gatai macam manusia! 
sungguh berperikemanusiaan betul lalat Misr ni.mencik2..!

Pagi ini indah, selepas bebarapa das caci dan makian aku lepaskan kepada lalat, habis madu darahku disedut, dia tinggal bonjol2. Dahi sudah tak licin macam dulu.  dulu dahi aku licin kilat, macam dahi Suu Kyi, sekarang sudah macam tambhi. Ok aku merapu. Kau pandai2 bayang sendri. 

Pagi ini happy sebab dapat exercise dalam winter. Pakai seluar tido, t-sirt dan lari setempat terkinja kinja. Jadilah tu.. daripada selalunya, aku bangkit dari katil jam 8.30pagi terkocoh-kocoh gosok gigi dan zassssss terus ke gamaah, tanpa mandi manda. kenapa bangun lewat? sengaja =D bukan senang nak bermanja manja dalam saratoga (comforter) hehe. Jadinya hari ni, kehidupan normal di malaysia kembali memainkan rentak reggae di zagzig. adakah aku akan terus ber-reggae gini? apa pula kata wak seman tentang hal ini? oh..tak tercapai dek akalku..

Hari ini tak macam semalam. Kemungkinan perubahan emosi dikacau ganggu oleh hormone yang kurang stabil, canaknya turun naik turun naik mengalahkan graf bursa saham Malaysia. Nafsu aku bila tengok maher zain lalu lalang di gamaah tidaklah sebuas selalu.. hanya mampu beri senyuman semanis gula-gula hacks, manis sikit-skit tapi berangin. Pendek kata, aku dingin hari ini. senpai (senior) lalu lalang buat2 nak mengorat sedangkan mata dia macam juling air pon aku tak pandang. malas layan. biasanya yang juling air tu lah macam mata Zahiril Adzim, kali ni ahh.. sebab takde mood punye pasal maaflah, aku malas nak bukak kedai cuci mata.

Tahniah buat kawan2 sudah bertemu jodoh. Aku runsing hujung mata aku ni nanti naik kedut2 ala2 nenek kebayan, belom dapat2 lagi jodoh *ade hati nak kawen gak uh..haha lawok mung ni..* Taklah kebulur mana, test market cuma! Ehhehehe...Ok niat pon seburuk nangka jatuh berdebuk hujung tangga, mana nak dapat marka ya dakk..? 

ustaz kicap..? doctor hensem main bola keranjang? testing test test.. ahh.. bukan sekarang Fiq. sekarang aku sebok nak layan kehendak 4 subjek major kasi barai grey matter aku ni. 

jadi kalian semua, jari jemari seksi kesayangan hamba, kalau sudi, tintakanlah kata2 semangat untuk hati aku yang semakin dingin bak salju, semakin keras macam ais batu. 

salam masam masam manis, Fiq Vertigo.

pss: gambo tu saje tayang jari tak bercincin lagi. hikhikhik..dewdiks x aii  >.<