04 December 2010

Kita kan Kawan..





kita kawan kan..
kita kawan yang baik. 
yang sanggup berkongsi selimut bila kesejukan..
berkongsi makanan bila kelaparan..


kita kawan kan..
bila aku teresak-esak menangis, kau datang memujuk. 
kau usap lembut kepala aku dan cium. kau tenangkan hati yang gundah..
sebab.. kita kan kawan..


kita kawan kan..
bila mana aku perlukan bahu, kau ada. lalu aku peluk kemas dan bergantung, aku teriak menangis..dan teriak lagi dan teriak lagi..!!
kau tak kesah bahu mu dipalu berkali-kali dengan cerita kekecewaan aku.. 
kau tak kesah lencun baju topman baru dibeli dengan segala mucus dan bendalir yang keluar hasil teriakan jiwa mentah aku..
sebab.. kau kan kawan aku..


kita kawan kan..
bila aku tinggalkan kau sekejap kerana mahu menyepi dan duduk terperosok di celah dinding bersegi, dibawah pancuran bilik mandi itu, lalu kau lihat aku dengan pandangan mahu mengerti tapi tak paham2 jugak kenapa aku jadi begini lalu kau pon..
duduk di sisi kiri aku dan buka pancuran air lalu kita pon basah bersama..
"sekarang, airmata mu dan air pancuran ini tiada beza. semuanya akan baik seperti sediakala.". pap pap..kau tepuk bahu ku perlahan. tepukan semangat!
bingkas kau ambilkan tuala, kau lap sisa air yang menitis di pipi, rambut dan bahu aku..
kau pimpin aku ke dipan dan dodoikan aku dengan zikir rindu hingga lenaku hanya ditemani mimpi-mimpi yang indah ibarat di kayangan ke tujuh.
sebab..kita kan kawan..


kita kan kawan...
jadilah tongkat bila aku rebah, jadilah penghadang bila aku disanggah.


itulah kawan.