7.12.10

Hijrah Apa Yang Kamu Ada?

Salam 'alaik.


Sedang enak teman sekatil diulit mimpi, aku on cik acer dan godek2 ilmu mana2 boleh aku cedok. singgah ke blog Abrar aka si panda comeyl . aku petik sebeberapa baris ayat..


"Hijrah itu skopnya bukan sebesar satu skop ais krim. luaskan pemikiran, jangan jadi jumud. berubah kepada situasi yang lebih baik dipanggil hijrah."


jujur aku katakan.. aku ingat2 lupa pada sambutan maal hijrah sewaktu djaman persekolahan dahulu. biasalah, djaman sekolah adalah wadah terbaik kita mengisi tong2 hati yang kering iman.. yang aku ingat, adalah aku attended perhimpunan satu dua kali dengar ceramah ustaz berjanggut bersongkok hitam dan selebihnya seperti biasa..aku cabot lari ikot jalan tikus untuk balik ke rumah. 


bila masuk 'kandang asrama' hah..rasalah kau tazkirah siang malam..pernah juga jadi naqibah untuk 8 jiwa yang kontang. harap2 tong2 jiwa mereka tidak bocor, jika tidak..sia2 menakung ilmu taqwa..ya dak..? ok..itu celaan untuk diri sendiri.


masa dalam 'kandang' tu..itulah djaman terindah termanis segala..manis apa..? manis dijamu ilmu2 jalan ke syurga.. tapi bahana sengsaranya, aku sering rasa tak puas..tak cukup..ah..rasa nak nak nak lagi..!! ini kisah bukan nak gebang atau apa, aku mulai meninggalkan dunia 'remaja indie', 'gig' dan 'CM' sejak aku masuk 'kandang'. ahh.. jiwa ni sentap habis! bila hari2 di-polish, di-brain wash dengan ideologi syabab islami yang terbaik seumpama kena sembur dengan paip pili bomba tu, daki saki baki jahiliah dulu boleh tanggal sikit2, nak tak nak aku kena juga angkat bendera putih dan melangkah pergi daripada 'rasa indie bebas yang dijanjikan' tersebut. goodbye sayonara maas salam.


itu hijrah terbesar bagi aku. orang kata "bagoslah ko dah tak jijak drumset kletung kletang di studio BlackHorse. ko dah berubah..dari buruk ke baik..bagoslah ko da tak sedut asap2 rokok dan tingtung skali sebab stone.. bagoslah untuk ko! nilah hijrah terbaik untuk ko.." ahh.. time tu rehab aku benar2 KENA jugak menjadi.. ko pergi tanya sesapa yang puasa rokok..bapak sentap..ahh..ko sendri tahu dan itulah yang aku rasa..dan bila bawa nama selepas BIN / BINTI tu, ah.berat untuk aku kecewakan segalanya. jadi..aku gagah bawa juga ideologi baharu dan tanam rasa indah beragama dalam hati.


habis tempoh menyucikan jiwa di kandang.. aku jejak balik tempat2 yang aku pernah pergi dulu..djaman sebelom aku angkat bendera putih.. hanya mampu lihat dari balkoni annexe dan tak brani jengah ke dalam. hanya mampu lihat dari jauh. tapak kaki Vans ni dah aku haramkan dari jejak tempat2 ni.. bagaikan curse bagiku. macam sumpahan yang Hermoine kenakan pada ibubapa muggle dia. seksa beb. but i had to!


zaman kolej..djaman aku timba ilmu akhirat dan dunia. djaman kenal cintaik. dan memang banyak dosa terindah aku palitkan ke muka aku sendri. mak bapak aku letak jauh kat belakang. aku tak ingat apa dah. memang sialan. memang S I A L A N. aku sedar Tuhan mahu tunjuk kekuasaannya. aku sedar Tuhan masih bagi chance sekali lagi lalu dia hantar aku ke tempat yang lebih dekat dengan sirah agamaku sendiri.


Sekarang, tiba masa cari gali identiti yang hilang. tong iman aku agak kosong..dalam tak sedar mengharung hidup, ada banyak bolong yang lobos..kebanyakannya aku sendiri yang tebuk atas alasan mahu mencuba! 
kalau tak cuba..tak sakit. kalau tak sakit..tak menyesal. kalau tak menyesal..tak bertaubat dan tak berhijrah!
jadi..biarlah sakit sedikit dan natijahnya berbuah positive kekal ranum sampai ke tua.


tell you what, bila ko menginjak besar/dewasa/matang, perjuangan yang ko agung2kan dahulu jangan dibuang..biarlah jadi bara..jangan dimalapkan terus marak apinya. sebab apa2hal pon, itulah diri ko yang pure, yang true, yang ko sendri pilih. Bersederhanalah dalam segala hal yang kau harung..bersederhana tu key induk. bukan apa..takot bila ko gelabah nanti, ko lemas. jadi..bersederhana sahaja. itu yang aku amal so far aku hidup dlm dunia. wait wait..istanah syuwaiya..aku tak kata benda2 yang aku amal before masuk 'kandang' tu salah, baik buruk sesuatu tu letak pada pundak kau sendri. kau yang tentukan. saudara arab aku berkata, Hani namanya, "Allah tak judge dari segi apa yang ko pakai.. Allah judge apa yang kau bawak dalam tong iman kau."


jadi kengkawan..check tong iman kita sekarang.. kalau da sampai E tu, kasi isi minyak ilmu dan pengamalan tip top punya! kalau ada terbocor kat mana2, lekas2 tampal. meshi?


tuntasnya, jangan lemah semangat, kecewa bila kita lihat hijrah kita selalu tak consisten..tak istiqamah. jangan pula putus asa untuk perbaiki diri dan niat. 


hijrah ini telah membawa aku jauh dari family malah keluar terus dari comfort zone. 
hijrah kali ini membuka mata aku supaya tidak hanya mengolah isu dari bawah tempurung tapi lebih terbuka.
hijrah kali ini semoga membawa kekuatan untuk aku dan rakan-rakan membawa panji perjuangan masing.


yang penting teriakan kami satu dan padu,


jadi.. hijrah apa yang kamu ada..?
 jika tidak ralat, tuliskan dalam diari kecil untuk kamu muhasabah kembali hati yang lagha dalam membuai nafsu dunia.

p/s: bila dosa silam kembali menghantui, lapangkan dada dan terima dengan redha hati segala natijahnya. mungkin kesakitan ini adalah sedikit hukuman yang ALLAH bayar cash di dunia agar kurang sedikit tempoh masa di neraka kelak.