30 November 2010

Gesaan



when they said

"hard to remember ones not much to the eye tho..."

i started to cry..

bilamana air mata ini tumpah, keluarnya ia bukanlah disengajakan.

aku tinggalkan dia semasa dia masih lincah dalam dakapan. 
mereka kata, dia sudah gede, sudah mampu duduk dan berjalan sampil meraba kiri dan kanan.

kalaulah mata-mata yang sering menyakiti hati aku dengan perbuatan tak dewasa mereka itu melihat aku rangkul anak ini semula pasti ego mereka akan kendur sedikit, kan?
pasti mereka akan berlembut dan biar aku hidup tenang.

ahh..alah bisa tegal biasa! aku bisik pada diri.

perbuatan meninggalkan orang tersayang..., buat aku tambah kuat.

jadi jangan sesekali pamit aku dengan segala desah resah rindu, aku rimas!
biarlah aku tatap gambar anak ini buat seketika, akan aku bangkit jadi kuat, kau tak perlu risau!

anak ini aku tinggalkan jauh lapan ribu batu di sana. moga tibanya aku kelak di tanah air dia sambut aku dengan gelak tawa riang dan kelincah kaki yang mengorak langkah tanpa sempadan. 
biarlah akhirnya jatuh anak ini dalam pelukan aku. aku rindu bau busuk masam anak ini!