3.12.10

Cakap BELOM Bikin Bikin LAGI

Assalam..

Alkisah, maghrib tadi aku bertemu lagi dengan otromen yang pernah aku ceritakan dalam entri luah rasa buat kakanda hari tu. Kali ni pertemuan kami tanpa dirancang. Otromen tak pula pakai sepek mata super-ultra-zoom dalam perjalanannya ke surau *kami terserempak betul2 dihadapan surau berdekatan dengan rumah, kantoi aku berjalan-jalan lewat petang hingga awal maghrib!*, bila mata kami saling bertembung, nahh... berlakulah teori bigbang yang dicanangkan oleh Georges LemaĆ®tre apabila renungan mata turun lalu meletop di hulu hati.. auuchh auchh peih nyyaahhh!!

Dengan pandangan separa tajam dan disepetkan sedikit, dia bertanya. "Dari mana?". Aku yang gelabah mak ayam terpinga-pinga. Aku kilas pandang ke arah Nash dan Esah. Masing-masing telan air liur kelat. Aku pon sama. Aku lempar senyum. Chill..chill.. aku bisik. "Dari depan nak ke sana.." jawab aku sambil jari kanan menunding arah laluan ke rumah. ok..lepas..lega.. aku lempar senyum harga se-rubu' (rubu' = 25sen) dan bawak anak2 ayam aku pergi. alih-alih otromen ikot aku dari belakang. pueh aku menghalau "eh, takpelah..tak yah hantar, surau depan mata dah tu *dia kan nk ke surau". simple maple dia jawab "la.. takpelah..". cis..aktik menghalau aku tak menjadi. 

haih otromen...ko hantar aku depan pintu rumah, pastu dia kembali ke surau. Shizuka mana tak jatuh hati bila Naza the Times sanggup travel dari Singapura ke Kuala lumpur untuk dirinya? ahh.. metefora lagi! aku pernah kata "tapi, kalau wa jumpa lagi lu ikot wa, siap lu! wa ajak nikah je nanti! " . ok.. kata2 aku memakan diri. sila padan muka aku ramai2..! aku tak mampu nak kata "jom kita nikah dah awak sebok membontoti saya!". sebab apa aku tak mampu? sebab aku malu.. malu aku lagi besar daripada emosi kanak2 aku. so yeah, padan muka.


meludah ke langit, alih2 terpalit ke muka sendri. yang nyata busuk masam itu diri kau juga.!

talk pasal cakap tak serupa bikin, kawan aku menghadapi krisis 'rumah tangga retak menanti tak belah2 lagi'. alkisah pakwe beliau ex-Darul Quran pernah ber'sabda' bahawa, "lepas aii putus dengan awak, aii takkan kaple lagi dah..kaple tu HAROM ok. aii nak terus kawen." . kawan aku ni punyalah terkebil-kebil mata apabila lest two months, ex-DQ tu kaple pulak dengan perempuan mana tah aku pon tak nak amik tahu. agak kecelakaan di situ apabila cakap tak serupa bikin. ok korang boleh kata, perasaan cinta tu macam taik, kalau ia nak keluar, maka kena beraklah! kalau mahu cinta, maka kaple lah. hahaha..

ok jom jangan jadi otak narrow macam aku. but as for me, kata2 itu adalah penegasan dari diri kita. bila kita kata A, maka kita buat A..jangan kita buat W, X atau R. hasilnya, cirit nanti..cirit itu menyeksakan.ok. kesimpulan kes kawan aku dengan pakwe ex-DQ tu, hell, ko datang dari background se-perfect mana sekali pon, kalau kata tak terkota, ko tak ubah macam jilat ludah sendri. jijik. 

jadi, otromen, bila aii kata aii akan ajak u nikah, aii , insyaallah, akan ajak jugak satu hari nanti *for sure lepas ni dia takkan berani buntuti aku lagi . yay :D* hal otromen tu nanti kita selesai esok lusa..hal2 nikah takleyh buat main. kalau kena tulah dengan Nefertity, habislah aku...! ahaha

ok.. otak narrow dah berleluasa.

fav word for this week ; PROGNOSTIC bukan DIAGNOSTIC! remember honey.. a prediction is unlikely the same as the cause. konsep judging; nilai manusia berdasarkan diagnostic yang diperoleh,dan elakkan daripada hasil prognostic semata-mata.. takut kita tergolong antara 2 daripada 3 hakim yang menempah kerusi VIP ke neraka kelak. mana tahu.. ada yang suka tanned-kan kulit ke...hehe....


Try listen to NIN : Everyday is Exactly the Same. nice touch on the drums, same old routine on the base and hellyeah..i dig this so much!



I can feel their eyes are watching
In case I lose myself again
Sometimes I think I'm happy here
Sometimes, yet I still pretend
I can't remember how this got started
But I can tell you exactly how it will end