8.11.10

Teori Lari Rumah

Salam.

Kau tahu....masa kicik-kicik dahulu, lebih kurang umur darjah dua, aku suka fikir aku akan lari dari rumah. dari segi financial, alhamdulillah, babah dan bunda bekerja keras untuk keselesaan kami anak beranak. babah selalu pulang lewat malam. bila aku tanya kenapa babah pulang lewat, babah kata dia on-call. aku tak puas hati dengan jawapan babah. aku tanya pulak kakak aku, kenapa babah balik lewat? nana kata, babah nak lari dari rumah, tapi beg duit mak yang pegang jadi babah tak dapat lari lah. lelaki yang sudah berkahwin memang payah nak lari dari rumah..bila dia ada peluang itu, dia akan rebut! kahkahkah.. nana gelak. ceh..
okay. aku setart enjin otak kiri sama otak kanan. aku duduk atas tembok di balkoni bilik aku. aku mengadap langit hitam. ada dua tiga empat lima biji bintang dan seketul bulan besar. babah selalu kata muka aku bulat dan bercahaya macam bulan. aku suka. tapi aku ada teori aku sendiri. aku mahu jadi seperti kejora, cahayanya adalah kepunyaannya sendiri dan tidak meminjam daripada sesiapa. unlike bulan..bulan pinjam cahaya daripada matahari. kebetulan posisi di balkoni inilah yang paling perfect sekali. kejora selalu muncul dan aku mulai membuat wish. 

i wish i boleh lari dari rumah macam babah buat hari-hari, ada rumah atas angin sebuah (baca: apartment), kereta kecik Mr. Bean dengan warna yang sama dan money pocket 1000

dah. itu sahaja wish aku since umur aku lapan hingga sepuluh tahun aku buat permintaan begitu. klise? lantaklah..aku cuma tiru aksi cerita Kush Kush Hota Hai! Sepanjang dua tahun, wish aku tak pernah makbul. aku mulai give up. aku dah tak panjat balkoni dan tenung bulan bulat-bulat. dan aku juga dah belajar tentang hidup. kau takkan boleh survive dengan money pocket 1000 kalau kau jenis sukakan Famous Amos, tivi sebagai teman rapat dan holiday hujung minggu di pantai. 

aku mulai blend-in dalam surrounding 'bekerja keras untuk benefit diri'. aku pernah jual karipap dan roti inti kacang merah-frozen food- from door to door di kawasan perumahan aku and aiskrim batang (pop in plastic). aku gained 50sen sehari. bila dah pandai kira sedikit, bonda naikkan jadi seringgit sehari. kumpul-kumpul sampai naik senak tabung bentuk bangunan tabung haji aku. bila tabung naik senak, bonda tolong bank-in kan dalam akaun harimau.

sepuluh tahun lebih selepas kejadian tu semua, baharulah wish aku termakbul. aku dah ada teori lari rumah sendiri.

i'm 8000 miles away from home, yup, crash in an apartment addition with two lovely mates, no ride but tremco-limo public transport and pocket money less than 1000; less but i'll survive!
sekarang aku dah tak jaja apa-apa untuk benefit diri. aku cari ilmu untuk benefit aku. babah juga pernah tinggal pesan, "babah tak tinggal harta menimbun untuk anak-anak babah, hanya ilmu sahajalah 'harta' yang boleh babah support untuk anak-anak babah senang dunia akhirat."

kalau babah, dia boleh 'lari rumah' hari-hari and balik semula ke rumah bila-bila dia habis kerja. aku ada 6 tahun lagi untuk habiskan teori 'lari rumah' aku sendiri untuk kecap teori 'lari rumah' babah pulak. sebab aku sekarang bukan sahaja bulan bagi babah, tetapi juga kejora; yang menunaikan permintaan & harapan.

jadi, apalagi.. chalo betey! 


arrggghh... wa rindu amy dengan rambut kembangnya! sekali sekala layan rock keras syok jugak weyh..