19 November 2010

Selamatlah Kau Dunia Akhirat

Salam.

Sebelum aku mengarang sesuatu yang busuk terbit dari hati, aku mahu ucapkan salam aidl adha buat yang membaca tinta hitam atas putih ini sekarang. semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan hanya berteraskan keimanan(yang harapnya semakin menebal) serta niat lillahi taala, agar segalanya tidak sia-sia.


salam aidil adha buat yang berada jauh di mata, dekat di telinga serta rapat di hati daripada aku dan team kanak-kanak ribena yang sedang membesar menjadi bintang emas; tak mungkin dapat digadai kerana letaknya jauh di langit hitam tetapi bisa menyinari setiap malam yang suram.


Buat Jack Alvin, ini buat kamu. Aku tak sempat beli topeng gas meteora kamu tu, begini pon jadilah...

Sepanjang aku melawat Giza, aku melihat betapa gahnya tinggalan manusia-manusia hebat bergelar Firaun ini. tingginya darjat mereka sehingga diangkat sebagai pembesar Tuhan malah ada yang menganggap dirinyalah Tuhan. Dan bagiku inilah bukti Allah Maha Kuasa kerana Dia lah yang membenarkan semua ini terjadi, lalu menjadi hikmah terbesar buat kita. Sebilangan biji bola mata melihat keagungan ciptaan manusia ini sebagai sesuatu yang magik dan berpelajaran, namun ada juga mata yang melihat kesan tinggalan ini sebagai dosa terbesar sehingga nama Firaun tercatit di dalam al-Quran sebagai manusia yang rugi. 


Bila melihat bongkah-bongkah batu coklat besar disusun kemas dan rapat, rasa ghairah dan koktel perasaan; gembira, sedih dan terharu seperti mana saat aku melangkah masuk ke makam Husin dan makam Imam Syafie tidak ada bersama-sama aku kali ini. Perasaan teruja itu ghaib sekelip mata. Mungkin jika aku mampu bawa bersama kaum famili, rasa gembira boleh di-transfer masuk ke dalam aku atau mungkin sahaja aku terkilan melihat urus niaga berlangsung di sekitar kawasan piramid, manusia pandai dalam tipu daya dan godaan, tamaknya mereka melebihi segala. Melihat keajaiban piramid ada dalam wishlist aku yang entah ke berapa, yang pasti aku mahu kamu semua melihat sendiri tinggalan sejarah ini. janji dengan aku, kamu bakal ke sini nanti, ya?


kita berikhtiar, tetapi Allah yang memungkinkan segalanya.

4 hari 3 malam seterusnya, aku berserta Nash dan Esah berkelana di bandar Kaherah. Gaya backpacking habis. Hasrat untuk travel secara gamble dan main redah saja sudah tercapai. Kami nyaris2 tiada tempat untuk bermalam malah Esah pernah cadangkan kami bermalam di jalanan sahaja. Tempat orang, bukan boleh buat main! mujurlah ada senpai yang sudi menumpangkan kami berteduh sebentar. sempat juga aku menyuap lembu makan daun pokok jagung! ah..senpai.. terima kasih! sempat juga bertemu empat mata dengan Asada walaupon dia bizi habes..orang besar kan, mestilah bizi! memang peramah dan cakna orangnya. trimas Asada! 

masa kami pack menziarahi rumah anak negeri sekitar hayyu asyir dan sabie' serta embassy di muhandiseen. aku awal2 lagi angkat bendera putih jika di-offer untuk tinggal di kaherah. kawasanya besar dan jauh2 mendesak kami menaiki taxi. cost perbelanjaan untuk pengangkutan sahaja menelan hampir 200LE. ah.. tiba-tiba aku jadi makin jatuh sayang pada Zagzig, biar pon kecil tapi murah! dan mengenai makanan, hurm... aku tibai mana kedai junk food yg ada di malizie..heeheheehehehee.......

Perayaan besar kali ini sambut di Kaherah. terlalu 'unik' sambutan raya kami bertiga sehingga naik segan untuk aku ceritakan! sungguh, kali ni aku rindukan nasi dagang dan karamel yang selalu aku buat semasa aku di malaysia. bonda tiada mood untuk masak lauk tersebut kerana aku tiada, kata adik. ah.. terlampau rindu hingga seliter tangisan aku tumpahkan di pagi raya. jauh di sudut hati aku rasa takut..takut aku akan lupakan hangatnya pelukan bonda dan babah di pagi raya. haa..

sebagai seorang anak yang manja, yang fesyen pon ditentukan oleh babah dan kebolehan membuat keputusan diserah bulat-bulat pada ibubapa, aku berjaya membuktikan bahawasanya aku juga mampu berdiri di atas kaki sendiri dan membuat keputusan sebaik mungkin agar tiada siapa di antara kami yang tercicir di belakang. trimas untuk dahan-dahan yang sudi menyambut pautan kami. trimas! hanya Allah menjadi saksi kepada baik budi pekerti yang anda semua berikan. bak kata orang, kecantikan zahir itu bakal pudar, namun kecantikan budi pekerti itu kekal hingga ke mati!

oleh itu, kami dengan ini declare independence kami sebagai anak dara melayu yang tak takot pada cabaran dan cemuhan! 
katalah apa sahaja, kami ini solid, tahu?!