20 November 2010

Perfect World; Rubuq dan Nus



Bawa aku keluar dari sarang nerd ini. Aku mahu bebas terbang umpama burung undang yang hanya lebarkan sayap untuk cari kepuasan diri, dan tidak perlu bertanggungjawab atas sesiapa.


Memanglah tanggungjawab mematangkan, kerna selalu yang datang hinggap di bahu aku adalah masalah-masalah yang gede. selesai satu, datang lagi satu. dan datang lagi dan lagi dan lagi.sampai aku masuk lubang kubur pon ada lagi!


Kadang masalah itu aku yang cari. juga atas tiket untuk mematangkan diri. aku meningkat dewasa kan? perlu ada masalah. barulah cool. barulah matang. tahikkerbau! 


aku nak juga selalu dikendong di atas belakang abah dan dibawa ke pesta yang ada badut sarkas. aku mahu bersalaman dan dapat hadiah belon bulat-bulat ketul-ketul bentuk poodle, barulah nyaman hidup aku dipangku abah selalu.dan aku dan abah sama-sama lihat langit hitam dihiasi pesta kembang api! seronok lihat percikan warna terang menghujani hari malam aku dan abah. 


ah..tika musim sakit jiwa mencanak-canak inilah aku teringat bahu abang. abang rajin angkat aku naik ke bahunya dan biar peha aku yang lebar gebu ni duduk diam-diam mengepit kepalanya sewaktu kami ke pantai. abang selam aku dalam laut china selatan. ahh..kali terakhir abang benam aku di laut selat melaka; pantai teluk batik, perak. itu selam aku dan abang kali terakhir sebelum dia jadi suami orang. memang, bila dah jadi suami orang, bahu yang sentiasa ada untuk aku dahulu sudah ditukar hakmilik. menyampah! abang-abang di luar sana, jangan perlakukan begini pada adikmu, perlahan-lahan dia sudah hilang tempat bermanja...


bahu abah pula sudah tidak kuat. tambah lagi, aku sudah dewasa dan juga gede. malah bahu aku pon sarat dengan masalah yang aku sendiri cari. nak langkah alam dewasa ni bukan mudah ya? angka awalan 2 menyesakkan dada. semak! 


ah..aku rindu mahu selam sama abah dan abang. mahu diperlakukan seperti anak-anak hingusan dan manja.


tadi aku korek-korek beg dompet yang bonda hadiahkan. ada nus(50sen) dan rubuq (25sen) sahaja. mana lagi aku nak menagih kasih. ah..dunia sekarang semuanya material, mana peduli desakan manja aku!


sebal.!






I just want a perfect world
something beautiful preserved
and to take what we’ve been given’s
a trick I’ve never learned
I just want a perfect world

So the world falls off around you
you’re standing on the edge
know you’ll fall it just hasn’t happened yet
And there’s no-one left to catch you
and even if there were
you’re not sure you could repay such a debt

but I just can’t seem to shake
the old pursuits of youth
simple need to be
the seeker after truth

I just want a perfect world
dumbest thing you ever heard
but to take what we’ve been given’s
a trick I’ve never learned
I just want a perfect world

p/s: dengar lagu ni boleh buat aku selam kepala dalam baldi 20 minit lamanya...baldi tanpa air.hehe