31 October 2010

Penjarah Cinta



Salam.


Aku pernah jatuh tersungkur pada lubang halusinasi yang paling dalam saat aku menjarah negara cinta. Kelukaan. itu yang aku dapat.


jenuh aku laung mahu tali yang panjang untuk aku tarik diri sendiri keluar dari tempat jatuh, tapi tak siapa datang menghulur. aku kebulur pertolongan, kebulur sorang-sorang.



dari jauh aku sambut huluran salam dari teman-teman yang membisikkan kekuatan. aku dengar pakai hati. aku dengar nasihat dan dorongan teman-teman tapi bukan sekadar dengar, aku buat. aku turut.


teman kata "tawakal pada tuhan."
teman kata "minta pertolongan daripadaNYA"
teman kata "tadahkan tangan, sujud dan mohon petunjuk"


aku buat semua. aku buat dengan juraian air mata tak henti henti mengalir. teruk aku jatuh kali ini. luka maha dalam. tak bisa sembuh dengan gam. mungkin perlu pakai stapler gun atau jahitan silang pangkah; biar kemas, biar tak berdarah.


tak cukup dengan itu aku teringat kata-kata seorang muallim. beliau berkata "jika kita terluka kerana Manusia, mengadaplah kembali kepada Allah. Mengadulah padaNya. jangan takot, segan atau malu. kita tak mahu jadi orang bodoh sombong, sudah tahu salah tapi tak mahu mengaku salah."


Makanya, aku tak mahu menjadi orang bodoh sombong. aku cekalkan hati sambil mendengar kata-kata nasihat daripada Maher Zain setiap malam dalam ulit tidur aku. aku pujuk hati sendiri, aku kata, aku kuat! aku mampu keluar dari lubang yang dalam ni!




Kerana tidak betah menjeruk perasaan, aku decide untuk panjat keluar dari lubang jahannam. berjaya dengan perlahan-lahan. tapi, ambil masa yang lama. aku lihat ramai manusia bergerak ke hadapan. dan syukur,  ada juga yang mahu tumpangkan seorang penjarah seperti aku di atas pedatinya. terima kasih di atas tumpangan itu. perjalanan masih diteruskan dengan gaya yang hebat.


tapi bila ada teman yang jatuh pada lubang yang sama, tempat yang sama dan rasa sakit yang sama saat aku terkena dahulu, aaahhhh......aku ketap bibir rapat. aku keciwa. aku sedih. rasa binasa yang ada berbaki kembali membuak-buak mahu terbit dari bekas hati yang pernah dirobek.


lalu aku pon bisikkan kata semangat. aku tarik tanggannya keluar.... aku bantu dia! aku usap kepalanya yang sedang bingung ditolak cinta. kalam dari kitab Ilahi aku tutur dengan penuh hati-hati..kembalilah kepadaNya, aku bilang. kembalilah kepada pemegang kunci jiwa-jiwa yang mati dan kalbu-kalbu yang merintih.




"tinggikan ego mu. maruah kau harus terbela! jangan cepat melutut!" sedikit amukan marah aku tuturkan. mahu jadi insan yang mulia perlu jaga maruah, jangan biar enteng dipijak!


ya, aku bersemangat memperjuangkan nasib mereka yang senada dengan aku. kerana aku pernah rasa peritnya jatuh dari kayangan ciptaan sendiri.









kalau kalau ada teman yang layan korea, aku mahu dia dengarkan lagu ini. bukan setakat dengar, tapi hayati, bukan setakat hayati, fahami!


kau harus bangkit!