06 November 2010

Otthokaji?

Salam.


Tadi aku ketidoran after asar di bilik. Menurut hadis, tidur selepas waktu asar boleh menyebabkan gila isim, gila talak, gila tak gila dan gila-gila remaja. Yang nyata aku 'gilakan' Kurt sekarang. Kurt ada datang dalam mimpi dan ajak aku kawen dengan dia senyap-senyap kat Misr ni. Alasan dia Misr tak ada Mofasad, tak ada babah dan bonda. Aku jawab, boleh, tapi bersyarat. Syarat aku, hantaran biskut Famous Amous sekilang dan aku tak mahu bersanding. Dia setuju sambil dia hulur gitar fender yang dia selalu petik. Baru nak sambut, ada teriak tempik kejut aku bangun dari tidur. potong line betollah......


Bukan teriak suruh aku bangun. tak. nih..tuan rumah aku boleh pulak bergadoh dengan arab sebelah rumah. dah la aku depressed tahap skala 10.0 hari ni. time nie mata aku dah buntang besar. aku dok dengar pak arab dok sebot2 nama malaysia. siot. jadah apa panggil maliezie2 petang2 nie. slack habes bila aku tidur dengan tingkap bilik terbukak. aku cuak kalau tak pasal2 melayang segala kapak,tukul,parang,tahik keldai semua masuk dalam bilik aku. orang arab ni bukan boleh tentu.kalau dia baling maher zain dalam bilik takpelah jugak.aku boleh tolerate lagi...


nak jadi cerita dengan muka busuk masam, rambut mengerbang ala-ala Courtney Love and baju takyah cakap la kan.. aku pon panjat katil n hulur tangan keluar. fiy, tingkap aku ni macam setail kat kampung, ada dua daun pintu. nyahhh....aku tak perasan ustaz kat sebelah umah aku ni pon tengah bertenggek kat tingkap bilik dia jugak time tu (oh tingkap bilik kami bertembung and i swear dia jarang pegi kat tingkap tu!)..sekali dia tenung aku lama gila..tanpa rasa bersalah! aku yang baru sedar yang ustaz tu bukannya Kurt Cobain (refleksi lepas bgun tido sangat lambat.) terus terduduk and hanya mampu hulur tangan ke luar, tarik daun tingkap n trus shut down! gelabah bukan main. merincik peluh kat dahi ni sekejap.


sekarang ni aku rasa takot yang amat... takot esok lusa datang rombongan para ustaz..rombongan kawen...


aaaaaaa....aaaaaa.......aaaaaarrrrggghhhhh...!!


apa aku perlu buat sekarang? ottokaji..ottokaji..??????!!!


mampuih aku lagu ni..mesti Kurt kansel nk minang aku sebab aku tak pandai jaga diri..macam mana kalau ustaz tu gebang satu dunia rupabentuk makhlus halus rumah sebelah dia nanti (aku lah tu). cho mal babo!

aku taknak pindah balik indo..! ambogo..!! tak nak!!


kenapa indo? sebab aku rasa ustaz sebelah ni org indo..ye atau tak.. aku tak tahu..


sedihnya.



*******************************************************

kepada para ukhti, ana pasti enti lagi paham perasaan ana sekarang. ana tak sedih pasal Kurt Cobain, ana sedih ana tak pandai jaga diri..tak pandai jaga aurat ana sedangkan ana berada dalam rumah sendiri pada waktu itu. ana agak tensen dengan apa yang dah terjadi.