03 November 2010

More Than Blue



K & Cream



Cream : "Cinta itu apa?"


K : "Cinta..cinta seperti memberus gigi."


Cream : "Kenapa memberus gigi pulak?"


K : "Kau tak mahu sesiapa pon lihat kau memberus gigi, kan?"


.......................................................................


Cream : "Kahwin itu apa?"


K : "Kahwin..kahwin itu seperti pemegang berus gigi. Hanya ada satu lubang, tapi kena pegang banyak berus gigi."


Cream : "Apa kena mengena dengan perkahwinan pulak?"


K : "Menyatukan segalanya..seperti pemegang berus gigi."


.......................................................................


"Setiap kali anniversary dia nanti, aku mahu kau kirimkan bunga ini kepada dia. Supaya dia tahu aku tetap ada bersamanya. Untuk tiga tahun seterusnya." ujar K. Jenna yang sedang galak merakam gambar K terpana sebentar dengan permintaannya itu.


"Cantik.. tapi bunga plastik?" tanya Jenna, cuma ingin memastikan. K yang sedang memegang bunga kaktus plastik itu hanya diam dan mengangguk. Snap! Sekeping lagi gambar di potretkan sebagai kenang-kenangan.


"Seplastik cinta kau terhadapnya? Palsu.." laju sahaja tutur kata Jenna. K tersentap. Bibirnya diketap. Riak mukanya berubah. Matanya tajam membalas pandangan Jenna yang penuh sindiran.


"Jadi, apa yang benar?"tanya K, sekadar menduga. Riak mukanya dikawal habis. Walhal hatinya berkocak kencang.


"Betul kau tak tahu..? Jika kau lapar, kau makan... Jika kau sedih, kau menangis... Jika kau gembira, kau ketawa.... Dan kau tak akan tahan perasaan itu dalam dalam." jawab Jenna.


"Betul kau nak mati dalam keadaan begini?!" soal Jenna lagi. Tenang K menjawab persoalan Jenna. K tarik nafas dalam-dalam.


"Tidak! Aku tak mahu mati dalam keadaan begini. Aku mahu hidup....! Aku mahu menunggu dia di gereja esok dan berkahwin. Tapi hari esok hanyalah mimpi..dan aku..sudah penat hidup dalam mimpi!"


.................................................................


Aku mahu ucapkan aku cinta pada dia... mahu saja aku buka mulut dan ucapkan aku cinta padanya tetapi aku tahu.. air mata akan jatuh dahulu sebelum aku sempat mengucapkannya. 


Jadi aku diamkan aja, sekali lagi.




Cream.
..................................................................


Sebuah cerita cinta yang aku kira bukan klise tetapi klasik. pengorbanan dan kesetiaan yang tiada berbelah bahagi. mutu lakonan yang tinggi dan penghayatan yang cemerlang menimbulkan nostalgia yang indah..yang mampu membuatkan kita lebih menghargai hidup dan orang yang tersayang.


K tidak mampu membahagiakan Cream dalam tempoh waktu yang lebih lama akibat penyakit yang dihidapinya. dia tahu Cream tak betah tinggal bersendirian lalu dia gagah carikan lelaki yang lain buat yang tercinta. nak cerita lebih lebih aku tak sanggup..sebab klimaks cerita, mata aku dah lenjun. abang rok kapak kepala bana pon boleh lenjun tengok cerita ni, apatah lagi aku yang 'besi' nie kan..


tak tengok tak tahu.. tapi aku warned. awal2 memang agak busan..tapi bila dah tengah, agak sok ar.. bila dah sampai kemuncak cerita, tolonglah sediakan tisu. ok.
tapi seriously cerita ini amatlah tragik!


ok..ni trailer movie. nak yang lebih lanjut boleh tengok kat ----> sini..