02 November 2010

Meracau

Salam.


Sejuk-sejuk begini.. kalau kena dakap dengan yang tersayang sedap jugak kan? Boleh sendel-sendel, gosok-gosok pipi...... sampai naik merah! 


Boleh transfer haba. Aku nak serap cas cas positif dari yang tersayang. Biar macam minum koko panas...dan haaaaa.....hembus nafas melalui mulut lalu keluar kepulan wap wap warna putih (*wap itu jernih, bila banyak jadi putih. eh?)


Bonda taip mesej dan layangkan kepada aku. Bonda kata bonda tahu aku kesejukan. Bonda tahu aku tak suka mandi pagi-pagi pakai air sejuk, nanti aku menggigil sampai terkacip lidah; sakit! (Heater tak ada, Hulk pon tak ada..oh..miskin haba betul aku kali ni!)


Jadi, bonda hantarkan pelukan hangat dari jauh. 


Erm..hangat sangat! Terima kasih bonda!


Leher baju T aku basah tiba-tiba. Aku jamah pipi kiri perlahan, oh patotlah hangat....ada air mata yang mengalir rupanya.