28 November 2010

Mail.. Mail..

Assalam.

Mail punya dua ekor kucing putih yang comel. Aku gelar mereka Aben bersaudara. Mail tak setuju. Mail lebih suka letak nama kucing yang comel2 sahaja seperti nama Paris Hilton atau Jessica SNSD. Aku peduli hapa, aku suka nama Aben bersaudara. Keopta, aku kata bermaksud comel dalam bahasa hangul...

Mail sedang dalam peperiksaan besar sekarang. Aku tanya Mail, kau sudah makan malam? (semasa pereksa, makan itu penting) Jawabnya, sudah. Mail cuma makan telor goreng mata kerbau. Aku berazam untuk belajar buat goreng telur itik buat Mail..kesian dia. Sesekali tukar selera ye dakk.. Mak aku, setiap kali aku ada periksa besar, mak buatkan milo panas dengan hidangan biskut chipsmore sepinggan besar. Aku kunyah macam cookie monster dalam Sesame Street. Last mak hidangkan sewaktu aku berumur limabelas tahun semasa aku sedang duduki peperiksaan PMR. time SPM, aku sudah tiada di rumah..berkelana cari ilmu perlu pengorbanan banyak. Mujur ada Warden Samat yang sudi buatkan milo bechah untuk aku...milo tawar tanpa susu pekat..ahh..susu tepong ekonomi pon jadilah..janji biskut chipsmore tak tinggal.hehe.. Aku dengar Warden Samat kena masuk 'stem' kat salah satu coronary artery dia, semoga kau sihat selalu Samat..

Aku doa semoga mak Mail buatkan ikan keli goreng untuk Mail makan malam nanti. Mail suka makan ikan keli biarpon ikan keli tu mengamuk bila digoreng. Mail pon liat macam ikan keli..liat tutup blog padahal dia nak pereksa besar. Ah..tutup blog pon, kalau ingatan masih ada, jadi apa ya dak.. pandai control sudah. Macam aku, orang kata aku belajar pelajaran yang maha susah dalam dunia ni, tapi aku keep on update blog, pehal? jawapan ku mudah, blog ni alternatif mudah selain solat 5rakaat dan baca kitab. aku nak buat apa dengan blog aku, kau tak payah kesah sekarang. dah puas main nanti pandailah aku menangis...pandailah aku taubat. kau doakan yang baik2 buat aku ya. (oppa alvin kata aku ni keras kepala, ketuk dengan besi pon belom tentu kepala ni tak pecah tau!)

Mail sukar buang air besar bila teringatkan cerita palestin. aku kata, kau dengar lagu intifada dari kumpulan punk atheis tu, mesti berak kau laju je lepas. dun worry bro, i'm always by ur side! Mail teran punya teran macam Aben bersaudara selalu teran di timbunan pasir depan rumah, Mail berjaya! seberjayanya beliau lepas jawab soklan2 peperiksaan dunia. 

ah Mail.. tahniah!

satu hal pasal mail. aku suka gila rambut kembang separa afro dalam profile pic dia. semacam magnet kalau aku tenung lapan kali, siap lekat kat skrin lappie.. satu je ayat, sungguh unik!
(ecely rambut separa afro tu mengingatkan aku kepada jiran aku dulu..keopta!)

haha.. Mail dan mereka2 yang sedang pereksa.. ahh sape2 saja.. semoga bahagia dunia akhirat. *nak doakan kamu cepat kaya, kaya cepat habis. nak doa kamu segera dapat status, status boleh dicantas. doakan kamu peroleh kebahagiaan..tiada sapa boleh rampas itu dari kamu..!*

aja aja fighting!