21.11.10

luah rasa buat kekanda

As Salam.

"Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”." 

(aku malas nak argue. jadi aku setuju dengan article yang kebas kat fesbuk pasal salam ni)

meh nak buat sesi luah rasa...

kau pernah rasa tak macam hidup kau ni terancam yang amat. setiap kali kau keluar rumah, tutup sahaja pintu pagar tu, kau akan rasa bulu roma kau meremang.. tak bukan sebab ada pontianak harum sondol menyondol tapi ada mata yang memandang dan kaki yang mengekori. i tell u what, im sick of this.! 

kira, bapak wa pon tade nak ikot wa ke mana-mana kalau wa keluar dari rumah kununnya nak baca buku dekat perpustakaan negara padahal pergi jumpa keluangman, tapi kat sini, hah..pantang kau keluar rumah, memang ada yang merepot ada yang mengekor. paling best renungan tajam maha dendam kesumat! pergh..tahulah muka ensem, mata kuyu, bila dia tengok wa lama2 macam tu boleh lembik kau tahu..lembik macam An dalam filem porno pendek "Dia piley KLCC dowh.."

no, aku bukan jenis betina keluar malam. and no, aku bukan jenis bawak jantan datang rumah (pendek kata aku bukan liar) tapi aku kecewa...sebab orang tak percaya sama aku.. (so better u jaga yang lagi liar pada aku! :P)

the musyrif

kisahnya gini, balik sahaja dari berjalan kat Cairo hari tu, tepat2 aku sampai kat simpang nak masuk kawasan rumah tang tang tu jugak keluar otromen ber-spek dengan pakai henpon berjalan kat depan aku n kawan2..nak dijadikan cerita, time tu tepat2 nak masuk maghrib. bila kami passed depan dia, time tu jugak dia berenti cakap ngan enpon, pastu tanya; "ha..dari mana?" dengan muka kiut dia (aku tak nafikan..kau memang ensem..oh shit shit shit!!)  selamba badak kami jawab "dari Cairo..". dan kami terus berlalu and dia buntuti sampai betol depan umah. cis.. kau sameon bin dolah wadepakcis, kau tak boleh nak berlakon kuat lagi ke? pakailah topeng masked rider sambil ikot kami all the way from mahatoh (perhentian) sampai masuk dalam umah..kan senang??!! 

damn..lepas pada ae tu..aku naik darah tak yah cakap lah.. bengang weyh..bengang dah lama..tu belom aku korek kesah lama2.. aku tahu ko nak secure aku tapi please lah, please...jadah pakai undang2 negara mana yang larang pompuan takleyh kuar 10 minutes before maghrib and onwards??  "this country is just the same like others.u can move freely and go out whenever u want" kata Yassier, seorang engineer komputer, kawan baru  aku kat sini..ko pakai buat undang2 sendri sampai orang arab terasa hati dengan peraturan korang. ko nak auta kare kat tempat lain weyh..tolong wat dengan org len..bukan ngan aku!  cinabengong habes.. lu bikin wa panas lu tahu? 

ok fine.. aku try nak pikir positip,pikir yang korang nak kami secure,nak kami selamat, tapi kamonlah sayang.. takkan u nak ikat kami dalam pagar..kami ada idop sendri..sikit2 pakai mushrif (peneman berjantina lelaki, hensem dan bujang), baik aku kawen je ngan ko, kan senang cerita ada mushrif tetap seumur hidup...yang halal pulak tu. wa bukan apa beb, wa tensen idop wa kena perhati..kalau wa dah terbiasa lu baik2 ngn wa camni, macam mana wa nak survive sendri nanti..? kat malaysia mana main mushrif..bahaya tetap ada.. argh..lu wat wa makin naik lemak dok kat sini. and wa bukan suka2 pakai pakwe/laki orang nak teman wa semata hal kecik2!..sapa2 ada pakwe kat sini..hahahhaa...selamat jalan juliet wa cakap sama lu!

dem.. ok fine, ko kata ko ikhlas..tapi sampai mana ikhlas lu boleh tahan hantar anak dara orang ke hulur hilir? kacau ganggu pelajaran lu kat sini? lu datang sini bukan nak jadi hulubalang pompuan beb, lu datang sini nak belajar, get a life lah! hah..ikhlas takat mana sangat..belakang korang cerita lain..lu kutuk 'ah..banyak soal la pompuan ni nak aku teman..'. tefak lu! baik tak payah jadi mushrif. 


nak kata tempat ni bahaya? hahaha.. tengoklah pencabulan terang-terangan 'Dia piley KLCC dowhh..' itu kes kat malaysia, sendri mahu cabul, dicabul atas konsep 'Jangan cabullah saya bang..' itu kat malaysia, negara yang kununnya sedang mambangun, yang kita sayangkan sangat. the main point is, bahaya dan danger tu ada menanti di mana-mana, kita hanya perlu ikhtiar, tawakal dan berserah pada Allah. that's it. jadi tolonglah..percayalah pada saya ni.. 
>.<




wa sedey ni sebab org tak percaya kat wa..wa bengkek di dalam.. paras estrogen wa pon tak betol skg ni.. tapi, kalau wa jumpa lagi lu(otromen pakai spek mata sambil buat2 ckp ngn hp) ikot wa, siap lu! wa ajak nikah je nanti! ingat wa tak brani...? ahahaha



p/s: abang2 mushrif sayang..meh adinda nak kasi tahu..adinda dilindungi Allah SWT, ingat kun faya kun, dan ingat juga, bukanlah adinda bersuka-suka keluar balik hampir maghrib, adinda ada urusan maha penting abang.. lagi satu, malaikat kiri kanan ada bang..abang jangan risau sangat tentang adinda..payah2 baik abang bentang tikar depan pintu adinda buat abang bertapa, kan senang gitu bang? huhu..menyampas tau!

pecah kaca pecah gelas
sudah baca tak payah balas.

yang ikhlas menyayangimu.......kahkahkah!