11.11.10

Love; Deceive and Manipulation.

Hey ho.


Kau yang baharu jatuh daripada buaian cinta...yang suka tulis blog dan meraban sorang sorang, yang punya alter-ego seorang skizo separa kronik (ah..itu merujuk lebih kepada aku!), yang punya peminat seluruh malaya, ya kau, aku mahu beri pesan!


Baca aku tulis ni dengan mata buntang besar, dengar aku bisik dari jauh, tanam dalam minda...;


# kau jangan putus asa kerana wanita


# kau jangan mensia-siakan harta.


# kau jangan takbur dengan takhta.




Biasanya sifat manusia yang jiwa muda itu, rebel. suka memberontak. tebarlah surah apa pon, tazkirahlah sunnah episod yang mana pon, hatinya tetap degil!


yang jangan itulah dia akan buat!


jadi..;


# kau berazamlah kerana wanita.


# kau gunakan hartamu sebagai modal pelaburan untuk saham di dunia dan akhirat.


# kau bertanggungjawablah dengan kuasa yang engkau pegang.


Aku bukan orang besar mahu bersyarah, tapi aku hanya gelendangan sementara yang datang menjenguk hidup kau dan meminta sedekah belas kasihan. Kau takkan mahu peminta sedekah patah kembali pada kau; dia licik,pandai menipu dan manipulasi!


Aku mohon, gunapakailah kebijaksanaan minda yang telah Tuhan kurniakan untuk kau itu untuk elaborate dengan hemah gesaan aku ini. kau bukannya dungu. kau makhluk paling mulia yang dicipta olehNya.



p/s: kepada manusia yang akalnya senteng(tiada kena mengena dengan org di atas); ada aku kisah kau mahu pengapakan aku? aku ada Tuhan yang Maha Mengetahui niat di hati kau yang berkeladak itu-palsu punya olang! aku tak goncang sikit pon dengan ugutan dunia kau tu.