25.11.10

Last Arpeggios

in the mood of wanting you..

"eh kau..mari ambil angin bersama aku.."
>"mahu ke mana?"
"kita ke pantai..aku rindu bau laut.."
>"baiklah..jom"

dan kita pon bersama-sama menaiki kereta yang aku pandu menuju ke selatan tanah air. aku lihat kau dari pandangan sipi..kau usap kepala ke belakang seolah membuang segala masalah yang terbuku di kepala..buang bersama angin yang masuk melalui tingkap...kau lihat aku sambil senyum. senyuman yang paling ikhlas aku lihat, penuh kasih yang tak terluak. aku kembali fokus pada pemanduan. fokus.

"mari..kita duduk di sini.."
aku pon bentangkan kain  hamparan yang sengaja aku bawakan bersama. aku hampar atas permaidani pasir pantai dan aku duduk. keluarkan sandwich dari plastik bag yang beli di R & R tadi dan hulur yang berintikan chicken ham pada kau. aku tahu kau suka ayam, malah setiap kali kita keluar bersama dahulu kau sering bawa aku ke KFC. ayam.. haha.. aku ketawa sendiri tika mata ini melihat kau berdiri di gigi air sambil merenung jauh.. 

huu..~~ keluhan berat aku lepaskan sambil membetulkan duduk. aku peluk rapat lutut ke dada dan melihat kau, yang sedang berdiri membelakangi aku. susuk tubuh yang amat aku rindui. terasa manik suam mengalir di pipi. ah..mudah aku tewas tiap kali melihat jasad kau yang berada di hadapan mata..di dalam ingatan minda..di celah memori..di pendengaran..di setiap angin yang menghembus lembut..bau mu.. kau ada.. dalam segalanya.

aku kesat air mata cepat-cepat. tarik nafas dalam-dalam dan tahan lapan saat. hembus. aku hidu bau laut, mahu ingat bau ini dan simpan dalam memori. bau laut bersama dia..
ahh~
this must be ended. fast. now.

perlahan kau membelakangi laut dan berjalan menuju ke arah aku pula. teringat aku pada saat kau berjalan lemah kepada aku dahulu, meraih simpati dan belas..meminta teduhan kasih daripada aku. jalan kau lemah, berbanding sekarang seolah kau sudah mampu bersendiri dan hidup tanpa ada payungan sesiapa. aku menghulurkan tangan kiri dan kau sambut lembut sambil duduk di sisiku.. selamanya tempatmu di sebelah kiri ini.. 

aku bawa tangan mu ke langit dan perhatikan cahaya yang menembusi setiap celahan jari nan runcing.. segera kau genggam dan bawa ke bibirmu. bibir yang tak putus ucap kata sayang..yang tak putus mengirimkan doa untuk kesejahteraanku biar aku jauh atau dekat dari tempatmu. kumat kamit mulutmu menitip kata terima kasih..aku ketap bibirku perlahan, terharu. aku hanya mengangguk perlahan.

>"baringlah..kau pasti penat memandu. esok, dalam hidupmu ada pertarungan lagi."

aku hanya mampu tersengih. angguk perlahan mengiakan suruhannya. aku letakkan kepalaku di pangkal pehanya. terik mentari seolah tidak terasa. angin lembut sahaja menyejukkan hati aku yang dihambat gundah. dia usap perlahan dahi ini sambil membetulkan anak rambut menutupi. aku pejamkan mata.

"aku rindu kita begini lagi. aku rindu."
>"syy...aku tahu. kerna itulah aku datang menjenguk tidurmu."
"selalukah kau ada kelak menemaniku?"
>"terus..selalu..selagi kau mahu."
"apa yang menghalang kita?"
>"aku."

aku senyap. benar... hanya dirinyalah penghalang bagi penyatuan aku dan dia. semuanya kerna dia bukan hak aku. bukan yang hak.

"jiwa kita..ianya sudah terikat kan.." tanya aku..yang hanya mahukan kepastian.
>"ya, sudah imprint jadi satu!"
"jasad kita?" tanya lagi.
>"yang nyata sayang..bukan sekarang.."
"esok?" Nyatakanlah segera. jiwa ini terseksa!
>"mungkin tidak.."
"bila?" Masih mendesak.
>"tak pasti." 
titik noktah.

kelopak mataku buka perlahan..ada jurai air mata yang menitik lalu jatuh menuruni pipinya. aku bangkit dari pembaringan dan ku sapu perlahan airmata itu. mengapa wajah ini yang aku temui dalam takdirku?

salahkah jika aku mempertahankan cinta bukan yang aku punya? jika aku kembali berjuang, aku hanyalah pahlawan yang keseorangan..mati seorang, hidup seorang. 

Dan angin pantai pon bawa kau pergi jauh..bersama deraian air mata yang tangisnya khas untukmu. butir-butir pasir pantai pon ikut terbang bila diseru angin..seperti terbangnya fikiranku pada jasadmu. jauhnya dikau mengembara..berkelana..bertemankan 'bukan aku' di sisi. ah..yang nyata aku ketinggalan lagi.

aku masih berteleku di atas hamparan sambil mendengar Last Arpeggios daripada Blue Dawn. memeluk rapat lutut ke dada. memikirkan perlukah perjuangan ini aku mulakan kembali setelah lama medannya aku tinggalkan?

berpeluk tubuh. ah.. sudahnya memang tinggal aku sahaja.