01 November 2010

Gumpal-Gumpal Winter

Salam.



winter sudah jajah bumi yang aku pijak sekarang. semalam suhu 19 darjah celcius. aku kurang gemar dengan gaya winter menjengah, ingin manja-manja dengan aku sekarang. hari ini mungkin suhu turun lebih lagi, aku tak sempat grap termometer, mahu sukat suhu. kelmarin, winter datang bawa hujan. sudah lama aku tak mandi hujan..sebulan lebih since aku tinggalkan Malaysia. jadi aku pon dengan senang hati menyambut kedatangan hujan, yang turun membasahi hati aku yang makin kering sejak aku menapak di sini. :)


aku pakai baju panas kepunyaan babah ke gamaah hari ni. sesekali aku sniff  lengan baju, aku bau babah dekat dengan aku. ada bau Polo.., nyaman. hati pon kurang rasa gundah. senyum lagi. bau memang boleh mengingatkan kita pada sesuatu memorikan? yang indah2 belaka hendaknya..


telinga menjamah lagu dendangan Suede- When The Rain Falls saat ini. Thanks to Amal. 


Esah demam-putus-cinta. Nash demam selsema. Nampak gayanya aku sahaja lah yang masih kuat. tapi kadang-kadang rapuh jugak.


Pijat sudah tidak berlumba-lumba lagi mencumbu kulit aku nie. habis love bite tumbuh melata di kaki especially. oh, habis madu sepah dibuang ye pijat? pandai kau! sama pandai dengan manusia yang punya hati sejuk-cold habis, yang sanggup meratah hati yang lain. arrgghhh..hati hati yang mementingkan diri sendiri takkan peduli dengan rungutan aku. mereka pikir mereka dah besar sangat dah!


pedulik!


dalam kelas fikiran aku melayang jauh-balik ke rumah. lebih tepat lagi, di katil...ingin bermalasan dalam gumpalan selimut yang aku panggil saratoga. saratoga ni tebal tau..macam comforter la back at home(malaysia). tapi bila sampai rumah, bukan aku bermalasan sangat pon..banyak kejadah lain lagi yang aku kena kejar. arghh...bilalah boleh aku berhibernasi dengan tenang? tanpa ada bunyi rindu yang mendesak aku dan tanpa ada gesaan perihal akademik yang menimbun-nimbun.....


Dua sahabat perempuan aku ditimpa permasalahan hati. atau lebih tepat lagi orang zaman ini kata, masalah cinta. adapon sahabat gelar aku doktor cinta. doktor cinta tak ada dalam silibus mengubat penyakit ye sayang sayang semua..hahaha... setelah sah di-single-kan diri masing2 di status fesbuk, nahhh.. berbondong-bondong lelaki bertanya khabar. ada yang duda beranak dua, ada yang anak-anak ikan lepasan SPM dan tak kurang mereka yang berpangkat datuk. bagos juga...lepas putus cinta, luaskan lagi networking sosial, namun niat bukanlah mencari ke-sial-an tapi mencari teman. matangkan diri..tambah sayangi diri sendiri.


aku nasihat, yang baharu putus cinta nie..ko tunggu edah dalam 3 bulan ke..kasi suci-cuci-samak hati ko yang berdaki tu. biar kasi putih dan taruh haruman yang tenang. aku prefer haruman lavender :) and..tak. aku bukan doktor cinta. advice aku nie..either you take it or love it. up to you!


and ya.. seperkara lagi,


ada mata yang memandang semalam.. tapi aku diamkan sahaja.



mata ini empunya siapa ya?