24.11.10

Don't Act As A Friend When You're The Girlfriend




As salam

Malam ni seperti biasa salji masih menghuni petisejuk di rumah. Aku kikis dinding freezer sambil mengalunkan lagu Percaya Padaku dari Ungu Band. Sejahil-jahil aku, keadaan rakyat Malaysia tersayang masih aku titip sikit-sikit. Khabarnya negeri Perak berdentam-dentum dengan lagu dari Ungu Band sekarang ni. Ah..aku pon polow je lah. Intercostal muscle mulai membeku tiap kali aku duduk berteleku di hadapan pc. Bila tirai malam berlabuh suhu jatuh menjunam, mahu tak mahu aku kena sarung sweater juga. Sesekali aku tempek jari-jemari yang mulai membeku ke pipi Esah dan Nash, mahu terkejut seperti terkena elekrtik shock!

Lewat tengah hari tadi di dalam kuliah, seperti biasa otak aku sudah pandai menerawang..kadang-kadang ada rama-rama berterbangan di atas hidung, lalu bola mata pon dijulingkan apabila rama-rama hinggap di batang hidung dan tak semena-mena rama-rama terbang lemah lembut menuju ke arah lecturer yang sedang berborak sendiri di hadapan. Lamunan mati. Ahhh.. focus2..! 

Sesekali ada bunyi suara  mengalun lagu Exist betul2 dibelakang aku, aku sengih, Zaki (coursemate) bosan lah tu. Aku join melalak dengan suara maha perlahan dan sesekali bergendang mengetuk meja. Ada suara Marwan join sekaki..ah..nampaknya identiti pemuda melayu masih belum pudar, masih belom mahu dedikasi seluruh hidup muda pada 'berpersatuan'. haha.. Galak sangat nak jadi 'malaikat pengiring', sesiapa yang terkena, aku tak mahu masuk campur. Lantak!

"Don't act as a friend when you are the girlfriend!"

terngiang-ngiang suara Mary di gegendang telinga secara tiba-tiba. Mary mana pon aku tak pasti..tapi teori ni baharu sahaja aku dengar and frankly, hell, aku tak paham dengan maksud phrase ni, bah. to not to be your partner's friend is kinda hard, bah. bukan ke girlfriend tu sama ja tugasnya dengan friend2 yang lain? ada beza ke, bah? *is trying so hard to practice sabahan..ekekeke..* 

Selalunya method yang aku guna apabila sedang 'in a relationship' , aku biarkan sahaja partner aku dengan life mereka and i try  not to interfere in his daily routine. Obviously, aku kekok bila masuk hal ni.. senang cerita, aku tak reti.. and people akan senang lenang tunding jari tengah ke arah aku and says:
"Ko yang tak tahu menghargai!" 


watta prada levi's kau..??!

ah biasalah..org2 yg ketinggalan dlm bab2 gini mmg senang jadi punchbag. 
*aku lah tu!*

oh shait.. technically or literally or both, i do not know how to act as a girlfriend........... pathetic sangat kah?

dang! 

hahaa. lol.

so people, kalau kau reti sangat, ya kau kan hebat dengan ada album penuh gambar muncung-muncung sama balak kau, bah.. ... ajarkanlah aku.. boleh bah...? 

BUT hey hey.. jangan ajar aku bagaimana laga-laga muncung tu.. 
pehal2 pon aku tetap pilih piramid dowhh..apa kelas KLCC, macam sungai tak mengalir, idea2 dok takat tu saja. bak kata Najib "Glokal lah sikit!"

dan lecture aku pada lewat tengah hari itu pon berakhir dengan 
sadakallah hul azim...

oh man..it's so shitty to me.



ps: Esah kata dengar lagu-lagu begini barulah kau rasa lebih disayangi doowwwhhh...!!

status: Fiq is bertungkus lumus belajar loghat Sabah. :D