05 November 2010

Aku Sorry

salam.


kalau belajar tinggi-tinggi, kalau kepala benak nak masuk ilmu tu, ahhh...mesti ada yang tak kena.


jadi...aku sorry banyak2 kalau ada buat sakit hati, sakit jantung, sakit mata, sakit telinga, sakit hidung anda dan andi sekalian.


sakit mata sebab baca entri banyak2 kali tak paham2.. sakit hati sebab aku tak layan.. sakit telinga dengar benda benda lagha keluar dari mulut aku.. sakit hidung sebab hidu jahiliyah yang keluar dari rongga tubuh aku.


kalau nak kata aku cuma manusia, manusia itu sifatnya pelupa..yeah..itu common sangat. aku yang bersalah. jadi maafkan aku.


berblog hanyalah untuk kepuasan peribadi..diversion yang terindah setakat ini. belajar untuk hidup sebagai seorang manusia yang 'menjadi' adalah sangat payah. lagi payah kalau aku asyik gebang pasal kepayahan aku harung hidup macam bersampan dalam kumbahan, yang nyata korang pon sama...bezanya aku daripada korang? hah. tiada apa yang istimewa sangat.


tak..aku tak perlu orang bersyarah pada aku bagaimana nak terima kenyataan. aku dah bijak untuk mendengar semua itu. dah muak dengar alasan alasan hebat untuk continue hidup, fcuk, kalau aku tak buat benda yang ko suruh itu maknanya apa? maknanya aku rebel, kan? 


aku mahu jugak pegang gitar..duduk di puncak bukit yang tumpul, karpet hijau sebagai alas punggung dan menyanyi tentang cinta dan indahnya hidup sebatang kara. hell yeah..wait wait wait..bukan itu yang aku dapat dalam dunia ni. itu bukan jalan aku. shit..tak bersyukur..memang aku akan kena tulah tak lama lagi. hik..


ok Tuhan. kalau nak tulah aku pon..satu je aku mintak..jangan celakakan harapan yang mak apak dah letak pada pundak aku ni. boleh hilang arah jika kepercayaan dan kekuatan yang mak apak aku gamble untuk aku ini hilang.


kepada kau kau yang rindu sangat pada muka aku, suara aku, gedik aku...aku nasihat.. pergilah kau cari hidup lain. pergi. masa depan aku lingkup esok lusa, yang tinggal pada kau apa? kenangan 1 sen? hah..
buat penat beruk gelakkan kau je nanti. hik..


kau sakit hati baca ni? oh..aku sorry. aku sengaja. bangsatkan aku..buat salah then say sorry. hik..


hey..kau kau yang curik masa masa percious aku sebagai orang muda..aku nak kasi tahu..


kau berjaya! tehheeelll..! aku memang sedang membazir masa aku. masa muda. hik..


eh kejap ada kol..aku jawab kejap. hah..hello..ha? dah sampai? ok2..oraiitt..!aku tengah bagi tazkirah...syyyyy...jangan kasi tahu malaikat lain! hik..


hah..kat mana dah tadi? aku sambung sikit. .. aku sorry! hik..






ride aku dah sampai. adios amigos. encik pemandu sila bawak saya jumpa member lama.. munkar nakir..tempat biasa..

****************************************
"Fiq...bangooonnn...!!! kelas nak setat dah woi.."


Esah tak puas hati bila laungannya tak dipedulikan Fiq. termasuk yang kali ini sudah tiga kali dia menggerakkan Fiq dari tidor. biasanya senang sangat Fiq bangkit dari tidur. hari ini lain sedikit. Nash hanya memerhati dari tadi masuk mencelah..budak ni..tido kat ruang tamu ke dia semalam..tak pakai saratoga pulak tu..kulit kerbau budak ni tahan sejuk winter! Nash menyepak perlahan buntot Fiq..bup..bupp.. Tiada reaksi. Digoncangnya bahu, pon tiada reaksi. muka Fiq pucat lesi. Bibir yang kadang kadang warna ceri sudah jadi biru ketu. Esah ambil bekas tupperware di dapur. air sejuk 10 celsius ditadahnya lalu di bawa ke ruang tamu.


burrr...! tepat ke muka...tiada reaksi.


sia sia. nafas Fiq dah putus lama.