19.10.10

Youjizz dan Redtube tu apa?

Salam.

Sejak dua tiga hari ini, kondisi fizikal aku kurang fit seperti selalu. Air hidung selalu sahaja mengalir. Badan seram sejuk. Bulu roma pon selalu naik turun. Sudah macam orang kena sampok! Semalam Nash tegur aku semasa aku sedang bercakap dalam tidur. Biasanya Nash yang bercakap dalam tidur, bukan biasanya tapi selalunya dialah yang juara. Aku cakap pada Nash, "Aku nyanyi sambil tido..", Nash hanya mampu angguk angguk sahaja, mamai lagi. Esah senyap sahaja. Tidurnya menikus bawah selimut. Mana sedar jika aku guna pembesar suara sekali pon.

Asada kata "Biasalah, demam baru sampai Egypt.". Mungkin perubahan musim  panas ke musim sejuk, mungkin juga kerana aku terkejut dengan bekalan air yang disalur ke rumah. Airnya sejuk  macam cecah ke darjah tiga celsius, menggigit-gigit kulit aku ni. Sebab tu aku mandi paling kuat pon sekali sehari. Normal lah! Udara sini tak lembab macam Malaysia, Dirgahayu tanah airku. Udaranya kering, kadang angin sejuk bertiup. Kadang terik matahari saja-saja. Itu sebab aku pon makinn gelap. Kulit aku kan mahal, sensitip la sikit.

Semalam, selesai sahaja kuliah aku buru-buru pulang ke rumah tanpa Nash dan Esah. Aku hanya ditemani pasir-pasir jalanan, najis keldai, hilai tawa gadis-gadis arab dan jelingan tajam si hidung mancung. Nash dan Esah terpaksa menguruskan sesuatu yang urgent "Ini antara hidup dan mati aku! kalau tak selesai hari ini, memang tak lamalah.." ujar Nash penuh makna sebelum kami berpisah petang itu. Esah di tepi melukis bentuk tahi di atas pasir. Aku pandang Esah pelik, tapi dia hanya senum nipis. " Aku tahulah kau pandai melukis Esah. Takkan tahi pon ko mahu lukis di sini.". Aku mengerling kiri dan kanan. Ternyata sekumpulan pelajar arab memandang kami dengan pandangan hina tapi Esah masih senyum comel. " Ok fine. Aku gerak sendirik balik rumah!". Bukan apa...pertama kali aku pulang tanpa mereka buat aku rasa gundah gulana.

Sampai sahaja di rumah, aku urus diri. Tangan mulai meng-testing connection internet. Lembab seperti kura-kura patah kaki. Tak bulih nak buat apa lah. Cit..cit..cit.. loceng rumah berbunyi. Loceng rumah aku agak ajaib. Bunyinya merdu seakan burung memanggil.

" Minn?" (siapa?)
" Orang atas!". lalu aku buka pintu. Tersembul jiran aka classmate aku, Syaza. rumah aku, rumah paling bawah dalam pangsapuri ni. harapanlah kalau ada jiran bawah.
" Nak bawang du bijik! Nanti aku pulangkan..." minta Syaza. rumah aku memang ada stok bawang korang..tanpa banyak bunyi aku ke dapur menyelongkar apa yang patot. Dua labu bawang aku hulur kepada Syaza.
" Kalau tak pulangkan dalam bentuk yang sama, siap kau!" selamba badak aku berkata. aku bukan jiran yang mesra. harap maklum.
" Malam ni tengok status fesbuk aku tau!" ujar Syaza tanpa berlengah lagi. aku sengih tanpa banyak soal. tutup pintu dan terus bum! tidur....

Malam pon tiba. Esah dan Nash sudah pon pulang. berkobar-kobar mereka bercerita dapat teroka kawasan baharu di Syarqiyah ni. Aku melayan endah tak endah. Malas. Mood malas memang beraja sekarang.

Bosan-bosan, aku online fesbuk atas permintaan Syaza tadi. poyo betol nak suruh aku tengok status fesbuk. kepoh. cakap depan-depan tak boleh ke? anih.

students d zagzig,,,arap anda braty2 d dlm tremco skireY ad pak arab y asyk m'gesel2 pd anda......sgera mnjauhi org itu wpun tremco dlm kadaan y sgt sgt sesak......kmudian jgn sesekali memandang ke arahY (censored part) apatah lg lalu d hdpnY....smpe shj destinasi y dtuju,,sgera trun tnpa mlihatY...jika tdk anda akn trauma trkjot brok krn.....'_____' 

lah.. dapat freeshow ke.. kah kah kah.. patotlah muka trauma semacam.. nak jalan tegak mendada pon dia taknak dah. Syaza cerita si pakcik tu tengok dia dengan muka setim bagai siap ramas-ramas. 
geli siall... dengar ceri dia buat aku rasa mahu pitam. grr..

pastu aku nampak status ni pulak

nuff skang dekat 2k gak la.. syukur... ekekeke

tips? tajuk entri taip youjizz, takpun slutload


aku pernah disuruh buka redtube masa aku masih di malaysia dulu. tapi gagal. tak bulih load semasa di malaysia. aku tak suka dengar khabar angin. aku suka fakta. mahu tahu apa itu... itu..

jadi aku pon cuba nasib sambil digesa Nash dan Esah. satu tab youjizz. satu lagi tab redtube. dan gugel!

..........................................................


tiga jeritan maha nyaring menyengat telinga ustaz indonesia, jiran sebelah rumah.

terus kebah demam aku!

sekian, terima kasih.