13.10.10

Walking With A Ghost

Pendahuluan

Kedua.

Dua,tiga, empat dan beberapa minggu seterusnya juga rutin yang sama aku repeat. Pergi, menelaah, memerhati, diperhati, hilang, pulang, tenggelam dan mamai. Ulang-ulang sampai aku sampai tahap kritikal - lembik diinjak, parah ditetak gesaan masa dan tuntutan kifayah. Namun akhirnya surrender juga. Kulit paling luar ini sudah naik kematu, sudah arif mendengar bisikan halus yang sama. Eh, ada yang lihat kau! Seram syall.. 

Semalam aku berkunjung ke rumah senior untuk solat maghrib kerana tidak sempat pulang ke rumah sebaik usai membeli-belah. Muka senior memang garang cam haremm..marah anak dara pulang lewat hingga ke senja! Memory aku lost tentang rules '10 minit before maghrib mesti ada dalam rumah' Bermacam hikayat yang keluar dari mulut mereka ; momokkan aku, Esah dan Nash tentang jin dan sihir di sini. Tentang seorang ustazah yang tidak menutup tingkap di waktu senja, lalu rumahnya dimasuki jin dan jin tersebut telah bersetubuh dengannya. Natijahnya, ustazah tersebut mengandung...namun akhirannya tiada siapa pon yang tahu. Amarah senior tidak berakhir begitu sahaja. Renungan yang maha tajam, bebelan yang pedih masih bertalu-talu dimuntahkan ke arah kami. Hanya mampu dengar dan angguk, Dengar dan Angguk! Lembutkan hati senior kena guna teknik yang betul...aku canang topik politik,shopping dan isu remeh yang kesian.., mahu ambil hati, terus tenang lautan Hindi tadi. Senyum senang.

Hari ini, malang bertimpa. Tetap lewat ke kuliah kerana tremco mengalami eksiden. Manusia terlanggar tremco dan bukan yang disebaliknya. Aku sedar, Tuhan selak satu persatu tabir kejelikan berada di tempat asing. Gundah gulana juga dibuatnya tapi bila aku terkerlih manusia yang berjalan tenang dan melihat aku dengan pandangan yang aman itu, aku juga, menjadi aman. Oh ya, manusia yang sering berpeleseran di mata aku itu sudah manjadi lembaga yang biasa. Bukan yang biasa-biasa sahaja, tetapi biasa yang lazim...menjadi bayang-bayang pengiring.

Alasan konkrit? Tiada.

Sebab munasabab? Juga tiada.

Yang ada? Hantu. Bayang-bayang. juga sebaris nama.

Tiada progress yang berlaku antara aku dan bayang-bayang. Sesekali melihat susuk tubuhnya di celah keramaian, aku tahu dia ada. Wujud. Jika bukan berbaju biru, dia sarung warna lembut, warna krim. kadang kala di-matching pula baju raihan warna putih dengan Levi 514 Slicker. Agak rare bagi aku. Tidak, tidak pernah aku datang dekat. Deria mahu tahu aku sangat tinggi tapi aku lebih selesa biarkan dia di situ, jarak 7 depa di hadapan. Lebih segak kalau begitu. Jika dia pon sudah segak jika 7 depa dihadapan, inikan pula Mofasad yang jauhnya 7 ribu batu. tentu tambah kachak!

Sebaik sahaja pulang dari kuliah hari ini, Esah dan Nash mengamuk mahu ratah ayam goreng. Memandangkan KFC di sini kurang umph! berbanding di Malaysia, kami memilih untuk santai di Chicken Rock. Duduk di meja betul-betul dihadapan kaunter pesanan. Sambil lihat senior lelaki pelajar malaysia pung pang pung pang lepas gian merokok, aku mendengar bebelan Esah dan Nash. Mengumpat resam dunia asing yang mulai sebati dalam diri anak watan.

"aku tak puas hati kena ra..dalam tremco..bla bla bla.."
"aku tak puas hati senior...bla bla bla...vougeh sangat..."
"aku tak puas hati ayam kechik...aku nak ayam besau..."
"aku tak puas hati harga tomato naik....aku nak lembutkan kulit..."
"aku tak puas hati...jiran sebelah pakai spender pink bawah jubah putih..harem jadah punya amu..bla bla bla.."

semuanya pasal tak puas hati..end up.. "Redha je lah.". pon semua diam. Dua ketol ayam dada n kepak, nasi kuning, marshmallow,roti bijan dan kentang french sampai. pelahap sungguh Esah dan Nash makan. semua diam menikmati lauk segera. malas masak. simple. usai makan, sorang sorang aku lihat seperti mak sawa baru lepas telan sekor kambing. kenyang buntal!

senior lelaki malaysia di belakang masih lagi pung pang pung pang hisap rokok. tak puas. sekilas pandang lantai di bahu kiri, aku lihat kaki Levi 514 Slicker. Terdiam, tersemput! aku bagi isyarat kepada Esah yang duduk betul-betul di hadapan aku. aku lirik mata ke kiri. Esah paham, dia pon lihat. Tersembul anak mata comelnya seakan mahu keluar. Nash yang masih enak menjilat jari jemari runcing hanya mampu melongong..tidak mengerti drama sebabak yang sedang berlaku.

" Bu..Bu..Bukh......."

pap! aku tekup mulut Esah dengan tangan kanan, yang masih lekit berminyak hasil meratah kepak ayam. "Sorry...!" bilang aku antara dengar dengan tidak! Nahas aku jika Esah sebut nama dia kuat-kuat di sini. Nash mengangkat jari jemari aku dari mulut Esah. Satu persatu. Kelepek! Esah baling kulit ayam hingga tertempel di kulit pipiku. Haru...

" Aku tak sengaja la neng..!" ujar aku. Hujung mata masih mencuri pandang ke arah kaunter.

" Bongoklah mangkok!" serentak mereka bersuara.

"sssssyyyyyyyyy....!" balas aku. mimik aku sudah serupa kucing berak kapur.

Gemersik suara Tegan dan Sara bermain-main di telinga.
















































No matter which way you go 
No matter which way you stay
You're out of my mind, out of my mind
Out of my mind, out of my mind

I was walking with a ghost
I said please, please don't insist
I was walking with a ghost
I said please, please don't insist 






to be continued...