3.10.10

Tonton dan Nilai.

 Salam.


Sedang aku mencongak jumlah masa dan tenaga yang aku habiskan di hadapan cik acer, aku jengah laman youtube. Kebiasaanya aku hidang mata dengan video fantasi orang barat atau aksi gedik manja orang korea tapi kali ini lain.

object width="425" height="344">

Ianya merupakan satu bentuk penilaian yang paling mudah, yang buat aku terdiam panjang. Seingat aku tika rajin menyelak helaian kitab Al-Quran tafsir dahulu, jadi benarlah janji-janji yang termaktub mengenai dunia akhir zaman. Aku tergamam seketika apabila menonton video ini.

Aku merupakan salah seorang pelajar yang sangat tumpukan perhatian pada subjek Sejarah sewaktu zaman persekolahan dahulu. Mungkin kerna aku suka mendengar cerita daripada guru dan membentangkan idea dihadapan kelas. Menonton video ini buat aku kutuk diri sendiri. Aku tidak mengaitkan apa yang aku belajar dalam sirah an-nabiyah ke dalam subjek sejarah. AKU TELAN BULAT-BULAT SETIAP AYAT DALAM TEKS BOOK. 

Aku kira, aku seorang pelajar yang gagal mencantumkan titik-titik sirah dalam Al-Quran. Aku sudah gagal dalam hal ini. Aku tidak memahami sejarah yang sebenar. Hanya mampu mengiakan apa yang termaktub dalam sejarah perdana dunia. 

Pernah persoalan yang sama bermain di minda.. takkanlah Nabi Adam diturunkan dalam keadaan sehina zaman batu tu? Sedang kita tahu Nabi Adam gained ilmu pengetahuan sewaktu baginda di alam Syurga lagi.

Exam oriented student tahu apa kan? harharhar..


Malunya aku, Ya Rabb..