10.10.10

Teenage Dream

Salam.

Fantasi ahli rumah Full House pada malam ini amat berbeza sekali. Esah telah dipinjamkan ke Cairo untuk menyambut menteri besar perak yang datang perabih duit rakyat sambil melawat anak-anak perak yang belajar di bumi Mesir. Alkisah tinggallah aku dengan Nash sahaja. Nash memandang aku dengan tiada nafsu, membuka lappie lalu online sampai lebam bontot. Aku, hanya mampu terkebil-kebil memandang siling rumah. 

Tidak seperti Nash, ketiadaan Esah menyukarkan aku untuk masuk air. Nash bukan jenis masuk air, dia tu cenge 247, tapi bila datang sengal dia boleh terbalik dunia aku sekejap. Esah pula kuat berlawak. Dengan badan petite, mimik muka yang  a l a  budak korea tembam dan eksen perak serba sedikit boleh buat aku dan Nash mati kutu jika dia tiada dirumah. Natijahnya, bila kurang berlawak-masuk air-keluar asap, aku mulai diserap cas-cas molecule jiwang. Siapa yang emit cas cas tersebut jika bukan Nash, si jiwang tegar tu. lagu Teenage Dream dendangan Katy Perry aku ulang berpuluh kali. Boleh dihafal secara pantas mengalahkan surah Al-Fajr yang kurang daripada 40 ayat. haru..


Let's go all the way tonight,
No regrets, just love
We can dance until we die
You and I
We'll be young forever

Dengan lenggok liuk lentuk a l a Katy Perry, Nash menyanyi dengan penuh semangat! Feeling habis! Bagi aku lagu ni memang kasi naik semangat bagi jiwa-jiwa yang menuju kedewasaan. Lagu ini menyuntik rasa muda belia; seakan-akan botox yang dicocok ke muka Anita Swak. Lagi berkesan efeknya bagi jiwa yang sudah berteman. Seperti aku...ehem!

Aku tanya Nash, bila dia dengar lagu Teenage Dream ni apa fantasi dia. Nash dengan nada gedik menjawab; 

"Aku terbayang jika aku nyanyi lagu ini semasa aku tua nanti. Masa usia emas bersama Daus...barulah romenstik..ingat kembali masa seronok berchenta..heeeeheeeeheeee" panjang sengih Nash. Kemudian aku lihat Nash sudah goyang-goyang kepala. Sesekali dilibasnya rambut ke kanan dan kiri mengikut rentak lagu Teenage Dream. Sengihnya masih memanjang dan jari jemari memintal hujung rambut sambil mengupdate blog kepunyaan beliau. Aku hanya mampu angguk, paham dengan fantasinya apabila mendengar lagu tersebut.

Aku pon ada fantasi apabila mendengar lagu ini. Sambil mengayuh sampan menyelusuri Sungai Nil dan melihat kuda-kuda baka terbaik berlari di atas pasir pantai Matrouh Siwa. atau Memanjat gunung Sinai dan merakam pemandangan indah bersama D40. and end up menaiki classic mini cooper yang dipandu oleh sang suami. ya, walau apa pon lagu ini tentang lover - sang suami adalah yang pasti, yang tidak pasti adalah siapa gerangannya. sempat atau tidak. kita tak tahu.. senyum sengih.

classic itu menarik

pon bagaimanawalau..aku dedikasikan lagu ini untuk segala keringat yang keluar dari tubuh ini,membesar menjadi muda belia. aku mencintai aku - yang kekal setia mengorbankan segala-galanya demi cinta terhadap Tuhan dan kekasihNYA. rasa seperti setiap nafas yang mendesah adalah demi perjuangan yang tidak berpenghujung. after all, i'm living in this teenage dream of mine together with open minded souls and fresh thoughts of young people. i'm loving us.


Aku terbayang jika si dia menyanyikan lagu ini ditengah bendang sawah padi, sambil berlari-lari manja.
NGERI!
gendang gendut tali kecapi.


lalalalallalalalalalal~~~